Isnin, 20 Disember 2010

PERSAHABATAN YANG TERJALIN INI...

Dua minggu cuti yang berbaki ini, memberi ruang kepada saya untuk mengemas beberapa barang peribadi termasuk koleksi-koleksi majalah dan buku. Dalam sibuk berkemas saya terjumpa satu catatan puisi yang dicatat pada tahun 2000.

Sekadar perkongsian, saya titipkan puisi ini buat semua sahabat 'blogger'. Semoga ada sisi manfaatnya, walau mungkin hanya cebisan semata.

Persahabatan yang terjalin ini...
tanpa sedar telah sampai ke penghujungnya
telah mengukir banyak kenangan untuk diingati
pahit...manis...
pahit...berkerut dahi
mencari destinasi
tugasan yang diberi
manis...senyuman hiasi diri
tugasan akhirnya berjaya disudahi
dengan rasa ceria di hati

Persahabatan yang terjalin ini...
hendaknya terus mewangi
diberkati dan dikasihi
di bawah Panji Ilahi
Panji hakiki

Persahabatan yang terjalin ini...
harapnya tidak mudah diakhiri
kerna terlalu susah untuk dimulai
yang pasti persahabatan ini tetap kurai
sebagai persahabatan abadi
duniawi dan ukhrawi

Persahabatan yang terjalin ini...
bukan mudah untuk dilupai
kerna ia telah bersemi
di lubuk hati
persahabatan yang suci
moga kembali lagi di suatu hari
yang belum pasti....

"Dari Anjung K6R 104 UKM Bangi"

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum kitak..:)

    Moga kitak sihat hendaknya dan sentiasa dalam rahmat kasihan belas~Nya..

    Seorang KAWAN, mungkin tidak mampu untuk menolong kamu tapi mereka masih mencari jalan agar kamu tidak terus jatuh...

    BalasPadam
  2. Salam Ros

    Semoga sihat dan diredhai Allah.

    Semoga ikatan pershabatan antara kita berkekalan.. insyaAllah..

    BalasPadam
  3. Salam :)

    ABD RAZAK: Moga kita sihat juak hendaknya, ameen.

    Allah penolong segala kehidupan kita, manakala KAWAN itu adalah pendokong.

    KAK WERDAH: Saya kurang sihat sebenarnya, mungkin disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu. Semoga akak sentiasa dalam peliharaan Allah selalu.

    InsyaALLAH Kak, saya sentiasa berharap agar dapat kita ketemu satu hari nanti...semoga ukhuwwah sentiasa berpanjangan. Ameen.

    BalasPadam
  4. Salam Ros,

    Setiap orang memerlukan seorang sahabat untuk berkongsi segala isi hati sama ada suka atau duka.

    Semoga Ros sihat selalu.

    BalasPadam
  5. Salam Kak Ani :)

    Moga sihat sokmo.

    Sahabat ketika ketawa amat mudah dicari, semoga kita dapat menjumpai sahabat yang lagi satu...insyaAllah :)

    BalasPadam
  6. SALAM,
    JUJUR DAN IKHLAS DALAM PERSAHABATAN DAN KERANA ALLAH SWT

    BalasPadam
  7. moga tahun 2011 memberi makna baru dalam kehidupan ros

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..
    selamat tahun baru..
    pertama kali berziarah di sini..salam kenal dari kawan baru abgreds

    BalasPadam
  9. Salam...

    LF: Orang yang bersahabat kerana Allah sudah pasti ikhlas dan jujur dengan kita... (Hablun minannas, hablun minAllah)

    A KL CITIZEN: Semoga Kak Normah juga mendapat kebaikan sentiasa...hari ini, esok dan seterusnya...InsyaAllah.

    ABGREDS: Waalaikumussalam...Terima kasih sudi berziarah, harap ada manfaatnya ye...Ahlan wa sahlan ya sodiqi... :)

    BalasPadam