Sabtu, 11 Jun 2011

PUASA SUNAT ISRAK MIKRAJ? (ulang siar)

Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk menulis mengenai bab ini. Saya berpendapat bahawa kebanyakan umat Islam sedia maklum tentang perkara ini, memandangkan setiap tahun isu ini akan 'berkumandang' sama ada di media cetak mahupun media elektronik.

Bahkan penjelasan dari mulut ke mulut juga tidak terkecuali. Walau bagaimanapun, kita perlu akur bahawa di sebalik penjelasan yang benar, pasti ada kekhilafan jua. Kepalsuan itu jua sering saja melindungi yang sah.


Di sekolah, ada juga rakan setugas bertanya tentang perkara solat sunat 1 Rejab dan puasa sunat israk mikraj. Masih ramai yang tidak tahu sebenarnya. Saya rasa isu ini perlu disebarluaskan agar kita semua, sebagai generasi baru lebih memahami yang benar daripada yang salah.

Saya sebenarnya tidak mempunyai banyak sumber untuk dirujuk mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun melalui 'penjelajahan' dari satu blog ke satu blog, saya kira artikel di bawah sangat wajar untuk kita kongsi bersama.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan kepada kita semua. InsyaAllah, saya akan cuba kemaskini mana yang perlu dari masa ke semasa sebagai rujukan bersama.


Apakah ada kelebihan khusus bagi puasa di bulan Rejab?

Tidak ada kelebihan khusus bagi puasa bulan Rejab selain dari kedudukannya sebagai salah satu dari bulan-bulan Haram yang dinyatakan tadi.

Said bin Jubair r.a. (seorang Tabi’iin) pernah ditanya berkenaan puasa Rejab. Beliau menjawab; Aku telah mendengar Ibnu ‘Abbas r.a. berkata; “Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung” (Riwayat Imam Muslim).

Dengan berdalil hadis dari Ibnu ‘Abbas tersebut, Imam Said bin Jubair ingin menjelaskan kepada kita bahawa hukum berpuasa di bulan Rejab sama seperti berpuasa di bulan-bulan yang lain iaitu tidak ada tegahan dan tidak ada galakan secara khusus. Cuma berpuasa pada asasnya memang digalakkan pada setiap bulan dan lagipun terdapat pula hadis mensunatkan kita berpuasa di bulan-bulan Haram di mana bulan Rejab tergolong di dalamnya.[1]

Kesimpulannya, tidak salah untuk berpuasa pada hari Israk Mikraj, tetapi hendaklah diniatkan berpuasa sunat pada bulan haram. Bukannya berniat berpuasa sunat Israk Mikraj. Wallahu A'lam.

Nota kaki;

[1] Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, jil. 8, hlm. 41.

SUMBER: ustazshauqi.blogspot.com

Juga boleh dirujuk di sini.


"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah

15 ulasan:

  1. Salam kitak..:)

    Moga kitak sihat..

    Sebenarnya kamek sik pernah jumpa tentang hadith mengenai solat sunat 1 Rejab dan puasa sunat israk mikraj. Dari asalnya tidak diketahui.

    Bagi kameklah sik payah nak nunggu datangnya bulan tertentu utk beribadah, buatlah ibadah itu bersungguh-sungguh setiap hari mengikut kemampuan kita hinggalah ke akhir hayat. Yang penting istiqamah, walaupun sikit tapi berterusan.

    BalasPadam
  2. syukran kak. kdg2 mmg pening kan byk sgt keluar hadis palsu

    BalasPadam
  3. Salam Ros

    Kakpun setuju dgn Abd Razak, buat ikut kemampuan dan istiqmah.

    BalasPadam
  4. Salam :)

    ABD RAZAK : Terima kasih doa kitak...

    Ya betul beramal ibadatlah secara berterusan walaupun sedikit. Bukannya beribadat pada hari-hari tertentu sahaja semata-mata kerana ganjaran yang besar, sedangkan palsu semuanya. Fatamorganakah ia....?

    BalasPadam
  5. NADIAH

    Salam Dik... :) Akak sekadar berkongsi ilmu,moga ada manfaatnya...Semoga yang benar itu akan mengenepikan yang palsu.

    Terima kasih komen ya!

    P/S: Malam tadi akak mimpikan Nadiah lah. Agaknya sebab selalu berkunjung ke 'rumah' adik kut... :)

    BalasPadam
  6. Salam
    Baru terbaca psl Rejab n puasa ni, nape msh ramai berpuasa berturut till ramadhan? Takde dalil yg sah psl ni, malahan Rasullah tidak sama sekali berpuasa pd bulan Rejab dan baginda juga tidak mengalakkan berpuasa, wlupun begitu nak puasa tp bkn kerna nk agungkan bulan Rejab, dibolekan. Wallahuaklam, yang baik dr Allah, kekurangan dr kita. Jazakallah

    BalasPadam
  7. ya.. setuju
    buat ikut kemampuan dan kefahaman
    buakn ikuta sahaja

    BalasPadam
  8. Salam :)

    KAK WERDAH & KAK NORMAH: Istiqamah dalam beribadat amat digalakkan berbanding 'ibadat bermusim'.

    Allah telah berfirman dalam surah al-Syura:15 yang bermaksud:

    "Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka."

    Begitu juga dalam hadis yang mana maksudnya berbunyi:

    "Hendaklah kamu bersederhana dan tetap lurus beristiqamah dan ketahuilah seorangpun dari kalangan kamu tidak terselamat(dari neraka) dengan amalannya. Lalu sahabat bertanya: Anda juga wahai Rasulullah?, baginda menjawab: Ya, tidak juga saya melainkan Allah menyelimutiku dengan rahmat dan limpahan-Nya."(hadis riwayat Muslim)

    Sama-sama kita berusaha agar dapat tekun dan istiqamah dalam beribadat. InsyaAllah.

    BalasPadam
  9. Salam Ros,

    Tak aperlah benda yang baik di ulang-ulang sebagai panduan kepada yang baru nak tahu dan sebagai ingatan kepada yang dah tahu.

    Semoga Ros sihat selalu.

    Kalau free jemput ambik award di blog kak ani.

    BalasPadam
  10. salam ziarah & ukhwah,
    moga sntiasa dlm redha & rahmat-Nya.
    jzzkhier bkongsi peringatan

    BalasPadam
  11. salam, ni ada sedikit hasil perbincangan mengenai topik ini oleh saudara Habib Ahmad.

    http://pondokhabib.wordpress.com/2011/06/23/jawapan-terhadap-kemuskilan-fadhilat-berpuasa-di-bulan-rejab-al-muharram-dan-kelebihan-rejab/

    "Sampaikanlah, walau sepotong ayat"

    BalasPadam
  12. Salam..

    AHP: Terima kasih atas doa. Semoga saudara begitu juga. Ameen.


    FISAB: Terima kasih atas perkongsian, insyaAllah akan ke sana untuk menela'ah.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum :)

    http://aniesandyou.blogspot.com

    Ilmu yang kita ada hanyalah setitis dari seluas lautan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa meng'upgrade' ilmu yang ada sejajar dengan aturan al-Qur'an dan al-Sunnah.

    Semoga apa yang ada di laman ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kekeliruan yang ada.

    Terima kasih sudi menitipkan kata di sini. Salam ukhuwwah dari saya :)

    BalasPadam
  14. Terima kasih untuk blog yang menarik

    BalasPadam