Isnin, 30 Ogos 2010

MERDEKAKAH KITA...


Merdekakah kita jika masalah kebejatan sosial masih mendominasi negara?

Merdekakah kita jika pembuangan anak menjadi satu berita biasa?

Merdekakah kita jika kes rogol semakin berleluasa?

Merdekakah kita jika operasi kedai-kedai arak semakin bermaharajalela?

Merdekakah kita jika mata yang pejam semakin dipejam pabila azan subuh memanggil?

Merdekakah kita jika ayat al-Qur'an hanya menjadi hiasan dinding semata-mata?

Merdekakah kita jika kebenaran dianggap nista ?

Merdekakah kita jika fitnah-memfitnah menjadi perkara biasa?

Merdekakah kita jika hukum Tuhan menjadi bahan senda?

Merdekakah kita jika ibubapa dilayan macam hamba?

Merdekakah kita jika berpuasa hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga?

Sama-sama kita renungkan...


"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"


P/S:Entri ini adalah ulangsiar, telah di'post'kan pada Ogos 2009. Semoga ada manfaatnya..."Salam Kemerdekaan"

7 ulasan:

  1. Salam...:)

    Semoga kitak sihat dan ceria di samping tugas seharian..

    Merdeka dalam erti sebenarnya bebaskan diri dari segala maksiat baik kecil ataupun besar, hidup mengikut tatacara Rasulullah s.a.w. bukannya mengikut budaya dan gaya hidup orang yang menyimpang dari al-quran dan sunnah..

    Wallahu'alam..

    BalasPadam
  2. assalammualaikum ros

    memang merdeka kita hanya pada tarikh ... dan sejarah
    banyak lagi aspek lain yang masih terjajah

    BalasPadam
  3. Salam :)

    ABD RAZAK: Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan oleh Allah. Moga kitak sama juak...insyaAllah.

    Benar sekali erti kemerdekaan itu. Malangnya ramai di kalangan manusia hari ini hanya melihat merdeka sekadar meraikan tarikh keramat 31 Ogos 1957.Hanya menraikan sejarah lampau.

    Mereka tidak melihat erti yang tersirat di sebaliknya. Hasilnya negara merdeka, jiwa manusia tetap terkongkong dengan hasutan nafsu dan syaitan yang melulu.


    KAK NORMAH: Waalaikumussalam Kak :)

    Sama-sama kita memainkan peranan agar minda yang terjajah tidak akan terus terjajah...InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. salam,

    semoga nikmat kemerdekaan itu berkekalan untuk generasi seterusnya..

    BalasPadam
  5. Salam Ros,

    Susah nak faham merdeka sekarang. Dibulan baik dan penuh keberkatan ini ambang merdeka disambut dengan kemungkaran.

    Semoga Allah lindungi negara ini dari mala petaka.

    Salam merdeka.

    BalasPadam
  6. Salam Ros.

    Merdeka bermakna kita berusaha membebaskan diri kita daripada perkara sia-sia.

    BalasPadam
  7. Salam :)

    PENJEJAK MAYA: Semoga nikmat merdeka yang sebenar akan terus dinikmati oleh generasi seterusnya dengan penuh kesyukuran.

    Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dengan memanifestasikan melalui lisan dan juga tingkahlaku yang sejajar dengan al-Qur'an dan al-Sunnah.InsyaAllah.


    KAK ANI: Sungguh mengecewakan bila bulan yang mulia ini dicemari dengan kemungkaran.

    Namun, itulah hakikat yang berlaku disebabkan oleh salah faham mengenai erti kemerdekaan yang sebenarnya.

    Kemerdekaan disambut semata-mata kerana meraikan sejarah yang lampau-tidak diambil pengajaran dari nilai-nilai murni yang lahir dari kemerdekaan itu.

    Sama-sama kita doakan di suatu hari nanti maksud sebenar kemerdekaan akan dapat dihayati oleh segenap masyarakat kita. InsyaAllah.

    Terima kasih Kak Ani. Salam ukhuwwah berpanjangan :)

    BalasPadam