Ahad, 8 Ogos 2010

RAMADHAN YANG DINANTI...

Ramadhan kembali
Ramadhan yang penuh erti
Ramadhan yang penuh isi
Ramadhan yang melimpah dengan 'rezeki'

Ramadhan
Satu antara bulan
Bulan yang dinanti
Bulan yang dirindui
Punya satu malam
Lailatul Qadr untuk mereka yang merai...

Ramadhan yang penuh tragedi
Perang Badar menang di "sini'
Pembukaan kota Mekah di 'sini'
Bandar Taif diserah di 'sini'
Andalus kalah di tangan Islam di 'sini'
Tentera Monggol kalah di 'sini'
Perang Yakhliz menang di 'sini'

Ramadhan yang penuh dengan isi
al-Qur'an diturunkan di 'sini'
Pintu syurga dibuka di 'sini'
Pintu neraka di tutup di 'sini'
Ahli kubur tenang di 'sini'
Syaitan diikat di 'sini'
Barakah berada di 'sini'
Maghfirah berada di 'sini'
Rahmat berada di 'sini'

Apakah kita mampu berada di 'sini'
Belajar mengawal nafsu diri
Belajar mengenal kesusahan hakiki
Belajar mencari redha Ilahi
Belajar mendekati seru Rabbul Izzati
Agar keluar dari 'sini' nanti
Menjadi pelajar yang lebih banyak berbakti
Pada Allah Rabbul 'Aali
Pada Rasul Allah yang patut dicintai
Pada ibubapa yang banyak berbudi
Demi melihat agama-Mu terus berada di puncak yang tinggi

Ramadhan
Hadirmu dinanti
pergimu pasti ditangisi
Ku datang padamu
Dengan seribu harapan
seribu impian
agar ramadhan kali ini
akan membawa barakah,rahmah dan maghfirah dari-Nya
Ameen ya Rabbal Alameen...

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"

9 ulasan:

  1. Salam kitak..:)

    Moga kitak dikurniakan Allah kesihatan dan dapat dipertemukan dengan Ramadhan al-Mubarak yang akan menjelma tidak lama lagi..

    Menghayatinya Ramadhan akan terus bersedia dalam gembira, selagi ada usia maka selagi itu pengisiannya bersungguh...

    Salam Ramadhan buat kitak, maaf atas silap dan salah kamek..:)

    BalasPadam
  2. Salam Ros,

    Selamat menyambut ramadhan dan semoga kita diberikan peluang dan kesihatan yang baik untuk beribadat kepadanya di bulan yang mulia ini.

    Mohon ampun dan maaf andai ada penulisan yang menguris perasaan Ros.

    BalasPadam
  3. Salam Ros:)

    Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatannya :)
    Selamat berpuasa yaa:)

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Salam :)

    ABD RAZAK: InsyaAllah, moga dipanjangkan usia agar sempat meraikan Ramadhan sebaik mungkin.

    Ramadhan Kareem 0-0 !


    KAK ANI:Salam Ramadhan buat akak juga,insyaAllah...moga Allah mengurniakan kesihatan ruhani dan jasmani bagi meraikan Ramadhan dengan penuh kesungguhan.

    Tiada apa yang mengguris hati kerdil saya. Semuanya baik-baik belaka :)


    PN KARTINI: Selamat berpuasa dari saya juga. Semoga mendapat rahmah dan barokah-Nya. Ameen.

    Salam ukhuwwah :)

    BalasPadam
  6. assalammualaikum ros

    moga kita sama2 diberkati dan diberi kesihatan baik sepanjang ramadhan ini serta diampunkan segala dosa kita

    BalasPadam
  7. KAK NORMAH

    Walaikumussalam... :)

    Ye Kak..mudah-mudahan begitulah hendaknya. Ameen.

    BalasPadam
  8. Salam Ros.

    Selamat menyambut Ramadhan yang mulia. Semoga kita dapat mengawal nafsu kita dan beramal dengan ikhlas. Maafkan segala kesalahan kak jika ada ya.

    BalasPadam
  9. Salam :)

    Semoga Akak sihat selalu...

    Salam ramadhan buat akak juga...Maafkan salah silap jua.

    BalasPadam