Jumaat, 30 Ogos 2013
Jumaat, 12 Julai 2013
SEAWAL MANAKAH ANAK BOLEH MULA BERPUASA
"Bila saya baca artikel di bawah di laman http://drmuna.wordpress.com/ , saya rasakan ianya wajar dikongsi bila mana, saya sering berhadapan dengan persoalan ini dari kalangan para sahabat dan kaum keluarga. Saya juga, sering merasa simpati terhadap anak-anak yang dipaksa berpuasa seawal usia 4 atau 5 tahun, sehingga permohonan anak mahu berbuka awal diketepikan demi mahu memuaskan hati sendiri.
Ini kerana, ada dalam kalangan ibubapa merasa bangga apabila anak mereka mampu berpuasa sempurna, sekalipun kesempurnaan itu diiringi dengan paksaan dari ibubapa, bahkan ada juga bapa menunjuk-nunjuk akan kejayaan tersebut.
Di sini, saya tidak nafikan akan kemampuan anak-anak yang berusia sekitar 4-5 tahun berpuasa, tetapi bagi anak-anak yang tidak berkemampuan perlukah kita paksa? Kenapa ibadat solat tidak digalakkan, sebaliknya puasa pula dipaksa? Fikir-fikirkan...Mari kita hadam artikel di bawah, mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar darinya. InsyaALLAH."
Tahun ini Imad berumur 6 tahun.
Seperti abang dan kakaknya, kami bercita-cita untuk mengajar Imad berpuasa pada usia 6 tahun.
“Imad, tahun ini Imad nak puasa tak? Imad puasa ye nanti. Nanti boleh
buka sama-sama”, kami mengindoktrinkan idea berpuasa sejak beberapa
bulan yang lalu.
Sekitar bulan Syaaban kami mula mengingatkan Imad tentang Ramadhan.
Sekolah tadika Brainy Bunch Islamic Montessori juga bercerita kepada
Imad dan kawan-kawannya tentang amalan berpuasa di bulan Ramadhan.
Imad nampaknya begitu teruja untuk berpuasa. Tidak sedikit pun nampak
kerisauan di mukanya. Ini adalah kerana kami tidak pernah
menakut-nakutkan Imad serta adik beradiknya tentang ‘kesan sampingan’
berpuasa.
Mengapa 6 Tahun?
Seperti Yop dan Naurah, kami menunggu Imad mencecah 6 tahun barulah
dia berpuasa. Ini adalah kerana kami yakin pada umur 6 tahun, Imad sudah
pun mumaiyiz yakni tahu membezakan antara baik dan yang buruk serta
bijak memberitahu ibu bapanya apabila beliau sakit atau terlalu lemah.
Dengan kata lain juga, anak-anak tidak seharusnya berpuasa selagi mana
tidak mencapai usia yang boleh bercakap dengan betul (verbal age).
Pada umur pra sekolah ini, Imad tidak lagi bergantung sepenuhnya
kepala susu botol malah sudah pun mula memakan makanan yang seimbang.
Di tadika juga, Imad sudah pun diajar tentang keistimewaan dan cara
amalan berpuasa. Maka, sedikit sebanyak persediaan beliau dapat
dipengaruhi oleh guru dan rakan-rakan sebaya.
Saya tidak berapa pasti dengan idea berpuasa pada usia sebelum pra
sekolah. Ini adalah kerana sebab-sebab di atas. Kadang-kadang, ibu bapa
terlalu ghairah untuk menyuruh anak-anak berpuasa sehinggakan mereka
lupa anak-anak belum pun lagi capai usia wajib berpuasa.
Sebagai ibu bapa, kita mesti tahu kadar dan faktor kekuatan serta kekurangan (limitations)
anak-anak iaitu sama ada mereka benar-benar mampu berpuasa. Jika mereka
tidak mampu secara mental malah lebih-lebih lagi secara fizikal, puasa
mungkin boleh memudharatkan mereka.
1 Ramadhan 1433
Seperti biasa, berpuasa dimulakan dengan amalan bersahur. Yop, Naurah dan Imad, kami kejutkan pada pukul 5 pagi.
Sehari sebelum itu kami sudah pun bertanyakan kepada mereka apa yang
mereka mahu makan ketika sahur. Maka, semangkuk Coco Crunch untuk
seorang disediakan. Kami tidak memaksa mereka memakan karbohidrat yang
lain kerana memahami betapa tidak biasanya mereka untuk memakan ‘berat’
sewaktu sahur. Sekadar minum air kosong yang lebih sudah memadai.
Alhamdulillah 1 Ramadhan diraikan di kampung Pasir Puteh, Ipoh. Risau
juga sekiranya mereka dahaga di dalam perjalanan. Sekali sekala, kami
bertanya kepada anak-anak akan keadaan mereka. Kami juga menyuruh mereka
tidur semasa dalam perjalanan sekiranya berasa penat. Mungkin kerana
terlalu gembira pulang ke kampung menyebabkan mereka lupa akan keletihan
berpuasa.
Iftar di rumah Opah sangat meriah.
Sepupu-sepupu dari Kampung Manjoi datang menziarahi rumah opah.
Anak-anak sungguh gembira. Tambahan pula pelbagai makanan disediakan
bagi menjamu 16 orang sekeluarga. Imad, Naurah dan Yop berjaya
menghabiskan puasa 1 Ramadhan. Kami memuji anak-anak di atas kejayaan
mereka terutama Imad yang kali pertama berpuasa.
Kelonggaran Berbuka Versus Kelonggaran Tidak Berpuasa
Di antara tip kejayaan anak-anak berpuasa ialah kami tidak pernah
menghadkan tempoh mereka berpuasa sebelum mula berpuasa. Kami percaya
anak-anak harus digalakkan berpuasa dan berbuka hanya apabila mereka
merasa tidak mampu atau lemah.
Menggunakan hukum fekah orang sakit, anak-anak digalakkan cuba
berpuasa terlebih dahulu lalu berbuka sekira tidak mampu sebelum belum
apa-apa lagi sudah menyerah kalah berniat untuk tidak berpuasa.
Dari Abdullah Bin ‘Umar (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):
“Sesungguhnya Allah menyukai rukhsahNya dilaksanakan sebagaimana Dia
membenci maksiatNya dilakukan”. [HR Ahmad – sahih menurut Ibnu Hibban
dan Ibnu Hizaimah]
Ini sama seperti aplikasi solat jamak di mana Allah memberi
kelonggaran (rukhsah) menjamakkan solat bagi mengelakkan daripada
meninggalkan solat.
Maka, keutamaannya ialah berpuasa dan kemudiannya diberi kelonggaran (rukhsah) berbuka sekira tidak mampu.
Menu Makanan
Sahur yang berikutnya, anak-anak terus bersama menu Coco Crunch.
Hanya pada sahur ke empat, kami memujuk mereka untuk menjamah nasi dan
karbohidrat yang lain. Alhamdulillah mereka mula menjamah selain bijirin
apabila semakin biasa dengan amalan bangun sahur.
Pada awalnya saya juga meminta suami membelikan multi vitamin untuk
anak-anak. Namun, apabila melihat selera anak-anak sangat baik, kami
terlupa langsung untuk mendapatkannya. Walau bagaimanapun, saya tetap
mengesyorkan pengambilan multi vitamin untuk memberi tenaga terutama
buat anak-anak yang kurang berselera untuk makan.
Periksa Kadar Hidrasi
Dalam tempoh anak-anak kami berpuasa terutamanya Imad, saya dan suami
sentiasa memastikan mereka tidak mengalami dehidrasi iaitu kekeringan
air di dalam badan. Saya akan memastikan tiada tahap kekeringan lidah
yang serius, cengkung pada bawah mata atau kadar nadi yang lemah.
Anak yang sihat dan cukup hidrasi ialah anak yang kekal bertenaga dan aktif.
Namun sekiranya mereka terlalu aktif, kami akan pastikan mereka tidur
sekejap di waktu siang selepas waktu sekolah. Kawalan kepada aktiviti
mereka perlu bagi mengurangkan air hilang daripada badan melalui
pernafasan dan peluh.
Fleksibel Dan Tidak Rigid
Pada tengahari Ramadhan ke 10, Yop didapati demam panas. Kami
membenarkan Yop berbuka. Namun, Yop memilih hanya untuk meminum air
kosong dan sebiji Panadol lantas meneruskan ‘puasa’nya tanpa mengambil
sebarang makanan sehingga masuk waktu maghrib. Itu pilihan beliau. Namun
dari masa ke semasa, saya terus memantau beliau.
Imad juga mengalami beberapa insiden ‘accident‘. Imad
terminum air milo dan air oren pada Ramadhan ke dua dan ke tiga. Kami
hanya menyuruh Imad menyambung puasa kerana ianya hanya beliau terlupa,
tanpa dikenakan sebarang hukuman mahupun teguran.
Reward Dan Galakan
Selain berpuasa dan bersahur bersama-sama, kami juga menggalakkan
anak-anak solat berjemaah. Pujian dan ciuman diberi setiap kali mereka
melakukan ibadah berjemaah bersama.
Tidak salah jika ingin memberikan ganjaran berupa wang di hujung
Ramadhan, namun saya berpendapat sekiranya setinggi itu nilai berpuasa
di bulan Ramadhan maka mungkin tinggi lagi harga menunaikan solat lima
waktu.
Adakah kita memberikan ganjaran atau pujian yang sama apabila
anak-anak berjaya solat? Kesannya, mungkin anak-anak seronok untuk
berpuasa tetapi tidak seronok apabila ‘dipaksa’ solat.
Setakat ini kami cuma berjaya membawa anak-anak beberapa kali solat
sunat terawikh di masjid. Ini adalah kerana anak-anak kami cepat
mengantuk sekitar pada pukul 9 malam, maka mereka sendiri meminta izin
untuk berehat di rumah. Kerana mereka masih muda, maka kami memberikan
sedikit kelonggaran kepada mereka. Memadailah mereka dapat menunaikan
solat wajib 5 waktu. Mungkin di tahun-tahun hadapan mereka lebih
bersedia.
InshaAllah, Ramadhan 1433H masih berbaki lebih separuh lagi. Maka,
sama-samalah kita memeriah dan meraikannya dengan seisi keluarga
khususnya buat anak-anak.
Ramadhan bukanlah sekadar lampu pelita, bunga api dan lampu warna
warni untuk anak-anak kita. Ramadhan datang untuk semua dan dengan
tujuan yang lebih besar daripada semua itu.
Kesimpulan:
1. Analisa usia anak yang mampu untuk berpuasa.
2. ‘Semangat’ ibu bapa versus kekurangan (limitation) anak-anak.
3. Persediaan dan pendidikan awal yang beterusan lagi suportif.
4. Apabila sudah bersedia, cuba untuk tidak hadkan tempoh berpuasa.
5. Makanan seimbang dan multi vitamin.
6. Rehat yang secukupnya.
7. Periksa kadar hidrasi.
6. Fleksibel.
7. Galakan dan ganjaran.
8. Jangan lupa amalan-amalan wajib dan sunat yang lain.
SUMBER: http://drmuna.wordpress.com/
Ahad, 23 Jun 2013
KELEBIHAN BULAN SYAABAN (ulang siar)
Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah?
Bulan Syaaban menyusul selepas daripada bulan Rejab. Manakala selepas itu, akan datang pula bulan yang mengandungi penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Namun, Apabila tibanya bulan Rejab dan Syaaban, kita seringkali mendengar hadis-hadis mengenai mengenai bulan-bulan ini akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya ialah hadis:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Hadis ini adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Apabila membicarakan tentang bulan Syaaban, maka sewajarnya kita merujuk kepada riwayat-riwayat yang sahih dan yang diterima oleh para ulamak agar kita tidak termasuk dalam golongan 'pak turut' yang hanya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sedangkan Islam itu sendiri adalah agama ilmu, maka sewajarnyalah apa yang hendak dilakukan mestilah berteraskan kepada ilmu.
Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tidak ada suatu pun keistimewaan pada pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat pada hari ini. Sebaliknya peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"
Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa:
"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."
Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).
Justeru, daripada hadis-hadis di atas, kita mendapati bahawa nabi saw amat mengambil berat untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Di samping itu, sesiapa yang masih berhutang puasa pada Ramadhan yang sebelumnya seperti wanita yang meninggalkan puasa kerana 'datang bulan', maka inilah waktu yang sesuai untuk mempastikan agar segala 'hutang' dilunaskan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sebagai mencontohi sunnah nabi, kita juga sewajarnya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban yang mulia ini.
Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk memepertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya.
Persoalan seterusnya yang selalu timbul dalam masyarakat kita ialah amalan pada malam nisfu syaaban. Biasanya pada malam nisfu syaaban, masjid-masjid dan surau-surau akan merayakan malam tersebut dengan amalan-amalan tertentu. Di beberapa tempat di negara kita, pada malam nisfu syaaban, orang ramai biasanya berkumpul di masjid-masjid dan mereka membaca surah yasin bersama, kemudian melakukan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, solat sunat dua rakaat lagi dengan niat agar menjadi kaya dan tidak tergantung pada orang lain, dan sebagainya. Setelah itu, mereka membaca doa yang panjang, iaitu doa yang dikhususkan bacaannya pada malam tersebut.
Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi , tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf dhaif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak, walau ia telah didhaifkan oleh sebahagian ulamak lain. Hadis tersebut ialah: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (sekiranya dianggap sebagai satu kemestian dan wajib seperti ‘mesti’ membaca Yasin sebanyak tiga kali, dan menunaikan solat-solat tertentu sempena nisfu syaaban) adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya 'Fatawa Mu'asirah', “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya".
Inilah juga pendapat majoriti ulamak seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya. Begitu juga dengan doa khusus yang dibaca pada malam nisfu Syaaban, ianya bercanggah dengan nas al-Quran dan Hadis. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi.
Justeru, daripada pandangan-pandangan ulamak yang dikemukakan di atas, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk memahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak termasuk dalam golongan yang membuat sesuatu amalan itu secara membuta-tuli. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seperti menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu syaaban.
Namun, untuk membaca ayat-ayat al-Quran tertentu seperti Yasin dan seumpamanya, maka ia boleh dilakukan tetapi dengan syarat kita tidak ‘mewajibkan’ bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan seumpamanya. Alangkah baiknya juga kalau pada malam itu juga diisi dengan program pengajian ilmu agar pemahaman terhadap ajaran Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Justeru, amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!
SUMBER: ustazshauqi.blogspot.com

Sabtu, 11 Mei 2013
BAGAIMANA BERAMAL PADA BULAN REJAB?
Pandangan Beberapa Ulama Muktabar Mengenai Kesahihan Fadhilat Bulan Rejab
1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.
a) Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.
Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar
mengatakan bahawa setiap fadhilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari
segi nas yang sahih dan beliau melihat bahawa hadith-hadith yang
didatangkan mengenai fadilat di dalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah
lemah dan palsu, katanya:
“ALLAH Subhanahu Wa Ta`ala memberi fadhilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yang qath`i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, dan banyak hadith-hadith timbul mengenai fadhilat bulan Rejab, di mana statusnya antara Dha’if (lemah) dan Mawdhu’ (palsu), dan tidak thabit dari pembawanya (naqal).”
Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
“Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya: Penjelasan yg datang di dalam Fadhilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadith menyebut mengenai Fadhilat-Fadhilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu`.“
b) Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.
Fadhilat Rejab secara umumnya berada di
dalam Fadhilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman ALLAH di dalam surah
at-Taubah:36 dan terdapat juga Hadith Sahihain mengenai Hijatul Wada’,
di dalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah,
Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Di masa itu orang
Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang
melakukan maksiat kepada ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
c) Berpuasa hari pertama atau yang lain sama sahaja fadhilatnya.
Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
“Amalan soleh di dalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya di dalam bulan-bulan Haram, yang di dalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : ‘Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadith mengenai fadhilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan’. “
Beliau memetik beberapa hadis da’if dan palsu, diantaranya ialah:
i. “Sesungguhnya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka ALLAH akan memberi ia minum dari sungai itu.” – hadith ini Dha`if.ii. “Barangsiapa berpuasa sehari di dalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yang berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yang berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan.” – hadith ini Dha`if.iii. Terdapat sebuah hadis yang panjang mengandungi fadhilat berpuasa Rejab menurut hari, dan di dalamnya terkandung matan : “Rejab bulan ALLAH. Sya`ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.” – Hadith ini Palsu.
d) Tidak ada solat khas didalam Rejab.
Daripada Hadith yang tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :
“Barangsiapa yang solat Maghrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, ALLAH akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab.” – Itu adalah hadith Palsu.
e) Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:
Mengenai fadhilat menziarah kubur pada
bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak
ada dalilnya di dalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok
melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku di bulan Rejab dan mengambil
tauladan daripadanya.
“Ini adalah manusia yang prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama di dalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya di dalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula di dalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yang berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mengingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra’ dan Mi`raj iaitu pengajaran darinya, di mana orang Islam menganggapnya berlaku di dalam bulan Rejab. ALLAH yang Maha Mengetahui.”
2. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi
a) Fadhilat Rejab sama dengan fadhilat bulan-bulan haram yg lain.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan bahawa
fadhilat Rejab adalah sama seperti yang terdapat di dalam 3 bulan-bulan
Haram yg lain. Katanya:
“Tidaklah ada kesahihan di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah menyebut di dalam kitabNYA – di dalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram. Itulah bulan-bulan yang mempunyai fadhilat. Tidak terdapat Hadith Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: “Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya’ban..”
b) Hadith-Hadith mengenai fadhilat Rejab kebanyakannya lemah dan palsu.
Beliau juga menyatakan bahawa
hadith-hadith mengenai fadhilat-fadhilat khas Rejab kebanyakan merupakan
Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
“Hadith ini dimaklumkan sebagai sebuah hadith yang mengandungi fadhilat Rejab – “Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”….. Hadith in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadith ini Palsu! …. yakni penipu.. Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Di situ ada hadith yang mengatakan terdapat Fadhilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini…. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan di dalam Hadith yang memasukkan perkara yg berlebih-lebihan….”
c) Ganjaran yang dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.
Pada beliau ganjaran-ganjaran yang
dinyatakan di dalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan.
Ini merupakan satu pendustaan yang amat besar. Menurut beliau ganjaran
sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri.
Katanya :
“Berkata ulama’ : Janji untuk mendapatkan ganjaran yang besar di atas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yang pedih ke atas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadith yang bohong.”
d) Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadith yang Palsu
Dr Yusuf Qaradhawi menyatakan bahawa
sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadith yang
diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yang boleh kita berikan kerana
terdapatnya buku-buku yang banyak di pasaran mengenai taraf sesuatu
hadith. Kata beliau :
“Ulama’ telah memberi amaran contohnya ke atas Hadith Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya… Sesungguhnya telah datang hadith : “Barangsiapa mereka-reka Hadith difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong…..” (Riwayat Muslim di dalam muqadimahnya yang Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya …. maka di sana ada Kitab Hadith yang Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadith Palsu, contohnya Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb……….”
3. Ibnu Hajar Al-Asqalani
Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu
kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan
amalan. Kenyataan ini dapat dilihat di dalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5]
mengenai fadhilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
“Ibnu Hajar di dalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadith-hadith yang melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yang berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad (niat) yang bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yang dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yang dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yang diletakkan dan tidak mengapa baginya.Maka jika ianya dikhaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu di dalam hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda : “Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail”. – riwayat Muslim.Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainnya yang di dalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cenderung menegahnya, dan sebagaimana yang dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi di dalam bukunya “Bid’ah wa hawadith” bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefardhuan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadhilat khas dan puasa-puasa yg lainnyakalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, : berkata Ibnu Dihya : “Puasa adalah amalan kebajikan”. Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar.”
4. Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq di dalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
“Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadhilat yang berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram”.
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram
ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh
mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk
berpuasa sunat adalah makruh[6].
——-
Allahu A`lam. Maklumat di atas telah dipetik dari sebahagian jawapan Haji Kamin di Al-Ahkam.net. Baca selanjutnya di sini:
Ahad, 17 Mac 2013
JANGAN CEPAT MENGHUKUM...
Teringat satu ketika dahulu semasa saya masih lagi seorang remaja
yang semakin meningkat dewasa (lepasan SPM, berumur 18 tahun).
Setelah berpenat mencari buku-buku agama di beberapa toko buku di KL, saya singgah di salah sebuah masjid untuk bersolat asar. Selepas solat, saya berehat di masjid tersebut sambil memerhatikan ahli jamaah yang sedang bersiap-siap untuk meneruskan agenda masing-masing.
Entah kenapa pemerhatian saya tertumpu kepada seorang ‘pak cik’ yang berumur lebih kurang 40′an yang sedang menukar jubahnya. Saya agak terkejut apabila melihat tatoo yang jelas kelihatan di beberapa tempat di badan dan lengan pak cik yang sebelum ini berjubah.
Tanpa soal panjang, saya terus menegur ‘pak cik’ yang bertatoo ini dan mengatakan bahawa dia tidak boleh berbuat demikian (haram). Air mukanya berubah lalu berkata dengan suara yang marah,”Kalaulah aku belum bertaubat, engkau juga aku akan bunuh !”.
Saya terus berundur perlahan-lahan dengan rasa kesal dan ketakutan. Risau juga kalau saya di’belasah’ oleh beliau.
Dia berkata lagi,”Cuba kau baca akhbar utusan dan berita harian pada tarikh sekian-sekian haribulan….tahun sekian”. Aku telah disabitkan kesalahan membunuh dan dihukum penjara seumur hidup ! Aku baru dibebaskan setelah 15 tahun dalam penjara dan sekarang aku telah bertaubat. Kau janganlah buat aku marah ! Nak buang tatoo ni bukan mudah tau. kau jangan cepat menghukum aku….!” katanya lagi.
Baru saya sedari bahawa beliau adalah bekas banduan yang pernah membunuh kerana terjebak dengan jenayah besar. Namun kini beliau kini telah bertaubat.
Saya terus memohon maaf kerana menegurnya tanpa usul periksa. Saya bersalam dengannya dan dengan rasa kesal beredar perlahan-lahan daripada masjid tersebut sambil bermuhasabah diri.
Pengajarannya :
Elok periksa dulu atau kenali masalah sebenar sebelum ‘menegur’ apatah lagi untuk ‘membantai’ orang lain dengan kesalahan dan kelemahan yang kita perhatikan.
SUMBER: http://zainurrashid.com/
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH"

Sabtu, 16 Februari 2013
ALLAH...DIALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana hari
ini saya dapat bertahan tanpa makan ubat tahan sakit. Dua doktor yang
saya temui mengatakan telinga saya dimasuki sejenis serangga yang dipanggil 'pirah' oleh orang Terengganu (nama saintifik: tick),
lalu diberinya ubat titis dalam bentuk cecair.
Saya menitiskan ubat tersebut telinga mengikut arahan doktor, tetapi tidak menunjukkan apa-apa perubahan, bahkan bertambah sakit.
Semalam, rasa sakit sangat menyengat, sebarang kerja tidak dapat dilakukan melainkan dengan pertolongan ubat tahan sakit. Saya kalah dan tidak mampu bertahan lagi, lalu mengambil keputusan berjumpa pakar di Kuantan.
Sebelum maghrib bertolak ke KMC (Kuantan Medical Centre) untuk berjumpa pakar, malangnya doktor pakar tiada kerana bekerja hanya pada waktu pejabat sahaja. Bergerak ke Klinik Rama-klinik swasta ENT (ear, nose and troat)), jawapannya lebih kurang sahaja, hanya dibuka sehingga 6.00 petang.
Saya termenung panjang, mencari alternatif lain.
Salah seorang saudara saya yang bekerja di di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), telah mencadangkan agar saya menjalani pemeriksaan di Hospital HTAA.
Walau hati rasa agak kecewa, saya menurut sahaja.
Lebih kurang dua jam menunggu, dapatlah saya berjumpa doktor.
Doktor memeriksa kedua-dua belah telinga walaupun hanya telinga kiri yang sakit.
Ya ALLAH, DIAlah sebaik-baik Perancang.Rupanya Allah telah merancang yang terbaik untuk saya.
Setelah diperiksa dengan teliti doktor HTAA mengatakan telinga saya sakit bukan kerana dimasuki 'pirah', tetapi masalah gegendang telinga bocor. Kesakitan yang saya rasai bertambah teruk dan tenat bila saya menggunakan ubat titis-cecair. Menurut doktor, sebarang air/ cecair sangat sensitif kepada gegendang telinga yang bocor, bahkan saya dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti berenang, menyelam dan seumpamanya.
Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mengikuti rawatan susulan dengan Pakar ENT selepas ini.

Syukur kepada Allah masalah ini juga
dijamin dapat disembuhkan. Hamdan lillah.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dan mendoakan.Terima kasih kepada Dr. Yip Yat Keong. Keprofesionalan tuan doktor memberi ketenangan buat diri saya. Kerutan di dahi sudah pergi :).
Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dan mendoakan.Terima kasih kepada Dr. Yip Yat Keong. Keprofesionalan tuan doktor memberi ketenangan buat diri saya. Kerutan di dahi sudah pergi :).
P/S: Sudah lama tidak menulis, hasilnya penulisan sedikit celaru
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH"
Sabtu, 17 November 2012
WALIMAH HARI INI
Gambar ihsan Pakcik Google
Walimatul urus atau kenduri kahwin zaman sekarang sudah banyak lari dari falsafah sebenar walimah dalam Islam. Walimah dalam Islam bertujuan memperkenalkan pengantin dan mengisytiharkan hubungan halal antara pasangan pengantin tersebut, bagi mengelakkan dari ruang-ruang fitnah.
Dengan tujuan tersebut walimah disunatkan untuk diadakan, dengan 'menyediakan' makanan kepada tetamu mengikut kadar kemampuan yang ada, bukannya mengharapkan 'bayaran' daripada para jemputan. 'Tuan rumah' menyediakan makanan, 'jemputan' menghulur salam berisi duit. Hinggakan ada 'tuan rumah' mencongak-congak keuntungan yang bakal dikecapi hasil dari walimah yang diadakan. Sempat pula berjanji dengan pembekal daging lembu, yang mereka akan bayar harga daging bila mendapat duit dari tetamu nanti.
Dalam Islam, memang disunatkan mereka yang berkemampuan membantu 'tuan rumah' dalam meringankan beban mereka sepanjang kenduri sama ada bantuan kewangan, barang mentah, tenaga dan lain-lain yang berkaitan,termasuk memberi hadiah kepada pengantin.

Namun, fenomena masyarakat Malaysia hari ini, kenduri kahwin tidak sah jika 'salam berisi' atau 'ngeleng' mengikut istilah Kelantan tidak dihulurkan. Seolah-olah, 'salam berisi' itu menjadi wajib hukumnya. Teringat saya kepada jiran sebelah rumah,ketika cuti sekolah menerima banyak jemputan kenduri kahwin. Termenung panjang beliau, mencongak-congak dalam kepala "kalau sebuah rumah RM5, 5 buah rumah? ..kalau tak pergi, orang mengata pula..." . Sedangkan dengan jumlah duit sebanyak itu dapat digunakan untuk membeli sekampit beras 10 kg untuk menyuap mulut anak yang ramai.
Saya kira sudah sampai masanya kita meniru kebanyakan orang Kelantan yang mengadakan 'kenduri kesyukuran' sebagai walimah tanda kesyukuran atas ijab dan qabul anak mereka (Alhamdulillah, nilai baik ini sudah menular ke Terengganu). Kenduri sebegini sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan, serta menyenangkan tuan rumah, juga tetamu jemputan. Bila sudah menyenangkan kedua-dua pihak sudah tentu akan membawa berkat berganda. InsyaAllah. Islam itu mudah, jangan susahkan.
NOTA: Apa yang ditulis ini sekadar pemerhatian umum penulis, tiada niat ditujukan kepada sesiapa secara khusus.
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
Rabu, 14 November 2012
Hukum Membaca Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.” dan juga “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan”.
Kata-kata
siapakah ini? Apakah kata-kata dari manusia biasa boleh dijadikan
sebagai hujah fadilat sesuatu amalan lebih-lebih lagi perkara yang
berkaitan dengan aqidah? Sudah tentu sekali tidak boleh sama sekali.
Perkara yang berkaitan dengan fadilat amal, dosa, pahala dan semua
perkara yang berkaitan dengan akidah tidak boleh berhujah atau diambil
dari kata-kata manusia biasa yang tidak maksum, meskipun ia merupakan
seseorang yang begitu alim dan warak di dalam selok belok agama. Hanya
Allah dan Rasulnya sahaja yang berhak.
Yang
paling menyedihkan sekali, kata-kata yang terkandung di dalamnya
janji-janji syaitan itu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi
sayangnya ujaran kata-kata di atas tidak terdapat di dalam kitab-kitab
yang menghimpun hadith-hadith baginda s.a.w seperti Sahih al-Bukhari,
Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa’ie, Sunan
Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah
dan lain-lain lagi.
Maka
jelaslah bahawa fadilat doa awal dan akhir tahun adalah palsu dan batil
serta tidak boleh sama sekali disandarkan kepada Nabi s.a.w. Ketahuilah
bahawa di situ terdapat amaran keras daripada Rasulullah s.a.w bagi
sesiapa yang menyandarkan sesuatu perkara yang bukan dari baginda,
Sabdanya:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan
namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama
orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka
siaplah tempat duduknya dalam neraka” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Beramal dengan riwayat palsu?
Berdasarkan hadith di atas, para ulama hadith menekankan bahawa haram beramal dan menyebarkan hadith-hadith palsu apatah lagi disandarkan kepada baginda s.a.w bagi sesiapa yang mengetahui status kepalsuannya, seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Ibnu al-Solah di dalam karangannya ”Ulum al-Hadith‘ m.s 98:
“Tidak
halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya
dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan
kepalsuannya“.
Al-Imam
an-Nawawi juga menjelaskan hukum berkenaan dengan hadith palsu di dalam
muqaddimah (pendahuluan sesuatu kitab) karangannya iaitu ‘Syarh Sahih Muslim‘:
“Haram
meriwayatkan sesuatu hadith palsu bagi orang yang mengetahui bahawa
hadith itu maudhu’ atau dia hanya menyangka hadith ini palsu. Siapa yang
menceritakan hadith yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya palsu
serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman
ini. Tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad
SAW di antara hadith tentang hukum-hukum dan hadith yang bukan
berkenaan dengan hukum seperti hadith yang mengandungi dorongan serta
galakan beramal ibadat, hadith-hadith nasihat dan lain lain. Semuanya
haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan
ijmak ulamak Islam.“
Seterusnya an-Nawawi berkata lagi: ” Ulama-ulama
telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa.
Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya
adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.”.
Selain itu, kebatilan riwayat doa tersebut dan fadilatnya dikuatkan dengan tiada riwayat yang menyatakan amalan ini diamalkan oleh golongan salafussoleh yang terdiri dari golongan sahabat dan tabi’ien. Jika benar amalan ini dari Rasul dan digalakkan di dalam Islam, nescaya para sahabat dan tabi’ien berlumba-lumba untuk melakukannya demi mengarap kebaikan disebalik amalan tersebut yang kononnya hebat fadilatnya. Begitu juga tiada riwayat yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w dan para sahabat r.a membaca doa tersebut secara berjemaah dan beramai-ramai. Apa yang thabit dari baginda s.a.w dan para sahabat r.a adalah membaca semua jenis doa secara bersendirian.
Bolehkah beramal dengan doa ini?
Berasaskan
minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca doa ini selagimana tidak
terlintas di hati pembacanya bahawa ia disyarakkan atau diperintah oleh
agama kita. Begitu juga kerana maknanya pun tidak menyalahi syarak.
Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama doa
ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1
Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari
apapun, baca sahajalah doa ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan
doa tersebut.
Pada
pendapat penulis, doa ini adalah lebih baik tidak diamalkan samaada
individu ada secara berjemaah. Kerana terbukti bahawa ia datang dari
riwayat yang palsu dan batil. Kerana ia juga dikuatiri bahawa masyarakat
akan menganggap bahawa amalan ini adalah sunnah yang datang dari
baginda s.a.w atau dari sahabat nabi r.a. Lihat sahaja bilangan bacaan
yang digalakkan untuk membacanya(sebanyak tiga kali), siapakah yang
mengesyorkannya begitu? sudah tentu bukan sama sekali dari Allah s.w.t
dan RasulNya.
Lihat
realiti semasa, betapa ramainya individu muslim menganggap bahawa doa
awal dan akhir tahun disyarakkan oleh agama sedangkan ia tidak termaktub
sama sekali di dalam al-Quran dan Sunnah mahupun amalan salafussoleh.
Jika anggapan seperti ini terus diyakini setelah mengetahui kebatilan
riwayat, sanad dan matannya, maka secara jelasnya ini adalah Bid’ah di
dalam agama dan perkara yang diketogarikan sesat dan ditolak oleh Islam.
Semua
orang maklum bahawa doa tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat
dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw sahaja tetapi ia adalah yang
terbaik. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si
pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan.
Asalkan ia tidak menyalahi syarak dan keterlaluan, maka bacalah apa
sahaja doa yang kita hajati.
Lihat juga:-
http://forum.jiwang.org/Kebathilan-Doa-Awal-Tahun-and-Doa-Akhir-Tahun-t15171.html
http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=97&t=31502
http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/artikel-jakim-doa-awal-dan-akhir-tahun.html
Nota
: Jumhur Ulama’ mengatakan bhw HARUS kita berdoa dgn doa yg dikarang
sendiri walaupun Nabi tidak pernah berdoa dgn doa itu. Bila berdoa dgn
doa yg tidak ma’thur , janganlah pula iktiqad doa itu lebih baik drp doa
yg didatangkan dr Qur’an dan Sunnah.
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
Jumaat, 26 Oktober 2012
SALAM IDUL ADHA 1433H
Alhamdulillah, tahun ini diberi ruang dan masa
oleh Allah untuk meraikan Eidul Adha di kampung halaman sendiri setelah
bertahun menyambutnya di rantau orang.
Salam Eidul Adha saya ucapkan buat semua, diiringi dengan doa dan harapan agar kita semua sentiasa bermuhasabah diri...apakah kita sudah cukup berkorban melawan kehendak hawa nafsu demi mentaqarrubkan diri kita kepada-Nya.

Taqabbalallahu minna wa minkum ya Kareem.
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH"
Sabtu, 6 Oktober 2012
2. Anakku Hidup Sekali Biar Bererti: Nasihat Iman dan Wasiat -Anuwar Nursi-
KEHIDUPAN ini tidak selamanya berjalan seperti yang
kita harapkan. Sekali kita mujur, sekali kita kecewa, sekali kita rehat
dan sekali kita bekerja.
Seorang pemuda, seorang penuntut ilmu dan seorang remaja juga mengalami hal yang sama. Malah semua orang juga sama. Seseorang sentiasa memerlukan nasihat dan bimbingan, baik di kala menemui kesulitan mahupun ketika dibelenggu persoalan.
Jika situasi anakanda juga demikian, mintalah nasihat daripada mereka yang berpengalaman terutama ulama yang mendalam ilmunya atau mentelaah buku-buku tulisan mereka. Di situ anakanda boleh boleh memetik mutiara-mutiara ilmu dan mengamalkannya.
Ayahanda juga bekalkan mutiara nasihat buat tatapan anakanda. Mudah-mudahan dapat menjadi panduan untuk hari-hari mendatang:

• Badiuzzaman Said Nursi berkata, “Orang yang mengenal dan taat
kepada ALLAH ia akan bahagia meskipun berada dalam penjara. Orang yang
tidak mengenal-NYA akan sengsara meskipun berada dalam istana.”
• Dalam kitab ‘Ayyuhal Walad’ Imam Al-Ghazali Rahimahullah berkata,
“Wahai anakku yang tercinta, engkau juga bertanya tentang ikhlas, maka
ikhlas itu ialah engkau menjadikan segala amalan hanya untuk ALLAH Taala
dan hatimu tidak merasa senang dengan pujian manusia dan dirimu juga
tidak peduli dengan kecaman mereka.”
• Syeikh Sya’rawi Rahimahullah berkata, “ALLAH menciptakan manusia
agar beriman atau kufur kerana DIA ingin kita datang kepada-NYA dengan
kecintaan bukan terpaksa. Maka ALLAH menginginkan hati yang khusyuk
bukan jasmani yang tunduk.”
• Sayyid Qutb berkata, “Kehidupan materialisma yang menggugat dunia
diumpamakan seperti kagumnya anak-anak kecil terhadap pakaian berlukis
dan mainan berwarna-warni.”
Jangan Suka Menunda
Imam Ibnu ‘Athaillah As-Sakandari adalah anak murid kepada Al-Imam Abul Abbas Al-Marsy. Beliau mempelajari ilmu tasawuf seperti yang diajarkan oleh Al-Imam Abul Hasan Al-Syaziliy. Beliau juga seorang wali ALLAH, seorang alim besar dan juga tergolong dalam barisan sasterawan Arab yang ternama. Beliau berkata, “Penundaanmu terhadap amal hingga ada waktu luang termasuk kebodohan jiwa.” Ini adalah masalah yang penting dan kita merasakannya.
Jika ditanya kepada seseorang, “Apakah engkau menelaah kitab?”
Dia akan menjawab, “Tidak ada waktu terluang tapi jika ada kesempatan, insya-ALLAH aku akan menelaah.”
Jika engkau bertanya, “Apakah engkau berwirid?”
Spontan ia menjawab, “Tidak ada kesempatan...”
Inilah situasi hari ini...
Ramai orang menunda amalan sehingga ada waktu lapang untuk dilaksanakan. Sedangkan tabiat manusia hari ini sentiasa berada dalam kesibukan. Oleh itu, barang siapa yang menangguhkan amal ukhrawi dan menunggu sehingga waktu lapang, maka dia tidak akan dapat melakukannya.
Maka, ambillah pengajaran daripada situasi tadi agar dirimu tidak lalai dan leka serta bersegera melakukan amalan ukhrawi (berzikir, membaca al-Quran, qiamullail, menuntut ilmu dan lain-lain. Lakukanlah sekarang. Aturlah jadual harian dan sisihkan sedikit masa untuk amalan akhirat. Sesungguhnya, memelihara waktu juga sebahagian daripada sunah Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Daripada Aisyah r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, amal yang paling dicintai Rasulullah s.a.w adalah amal yang terus-menerus dilakukan oleh orang yang melaksanakannya. Keluarga Muhammad itu, apabila melakukan suatu amal, maka mereka sentiasa menekuninya. - Takhrij as-Sittah
Untuk melaksanakannya tidak memerlukan masa tertentu. Misalnya ketika melakukan tugasan rutin, jadikan tabiat membaca zikir dan wirid tertentu. Ketika waktu rehat, isikan pula rohani dengan bacaan kalamullah.
Tidak mengapa jika tidak banyak tetapi biarlah berterusan. Di samping menata amalan-amalan wajib yang lain. Seharusnya kita perlu mempunyai tradisi tertentu yang sesuai dengan keperluan hati dan kehidupan. Paling penting tidak membebankan diri.
ALLAH tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. - Surah al-Baqarah: 286
Jika anakanda menemui seseorang yang culas dengan amalan-amalan akhirat dan jika dia berkata tiada kesempatan untuk melaksanakannya, maka itulah petanda daripada kebodohan jiwanya yang tidak terdidik.108 Mahukah anakanda menjadi sepertinya?
Enam Pandangan Apabila Ditimpa Sesuatu yang Tidak Diingini
Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah, pengarang ‘Zadul Ma’ad’ dan ‘Tibbun Nabawi’ yang masyhur menulis, ada enam pandangan yang muncul terhadap seorang hamba jika ditimpa sesuatu yang tidak diingini, sebagaimana berikut:

• Pandangan tentang tauhid. Iaitu apa yang dikehendaki ALLAH pasti
berlaku dan apa yang tidak DIA kehendaki pasti tidak akan menimpa.
• Pandangan tentang keadilan. Bahawa hukum-hukum-NYA pasti terlaksana dan keputusan-NYA adalah adil.
• Pandangan tentang rahmat. Iaitu rahmat ALLAH pada ketetapan-NYA itu lebih besar daripada murka dan kebencian-NYA.
• Pandangan tentang hikmah. Iaitu hikmah kebijaksanaan ALLAH
menuntut sesuatu hal dan DIA tidak menetapkan dan mentakdirkannya dalam
keadaan sia-sia.
• Pandangan tentang tahmid (pujian). Iaitu bagi ALLAH segenap pujian yang sempurna atas ketetapan-NYA itu.
• Pandangan tentang ubudiyah. Iaitu hamba yang diberi cubaan adalah
ketetapan daripada-NYA. Sebagaimana ketetapan hukum syariat yang tidak
boleh dilanggari.
Orang yang Berpegang kepada Tauhid Tidak Takut Terhadap Sesuatu pun
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menulis di dalam kitabnya ‘Haqiqatuttauhid’, “Berpegang dengan tauhid dan akidah yang teguh menjadikan roh menjadi semakin kuat. Ini kerana jiwanya telah diisi dengan pergantungan kepada ALLAH, diisi dengan kepercayaan dan tawakal kepada-NYA, rela dengan qadak dan sabar dengan ujian-NYA.
Akidah yang kuat memberi ketenangan dan kedamaian ke dalam jiwa manusia yang beriman. Jiwa itu tidak akan dimasuki oleh tindakan sewenang-wenangnya. Ia menutup pintu ketakutan yang telah dibuka oleh manusia itu sendiri.
Takut tentang rezeki, takut terhadap ajal, takut terhadap diri sendiri, keluarga dan anak, takutkan manusia lain, takut kepada jin, takutkan kematian dan takut daripada kebangkitan setelah kematian. Orang mukmin yang bertauhid dan mempunyai akidah yang kuat tidak akan berasa takut kepada siapapun, kecuali kepada ALLAH.”109
Hasrat Hawa Nafsu dan Maksiat Tidak Boleh Diatasi Dengan Kata-Kata Sahaja
Dalam buku yang berjudul ‘Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah’, Syeikh Said Hawwa’ menyatakan, “Pelbagai jenis ibadat dan pendekatan diri kepada ALLAH mengandungi hikmah tertentu, dan dengan hikmah itulah kehidupan manusia menjadi baik. Setiap keadaan rohani yang sakit tentulah ada penawarnya dan setiap rohani yang sihat memiliki jalan dan banyak faktor yang mendokong.
Kederhakaan, keinginan hawa nafsu dan maksiat tidak cukup diatasi dengan kata-kata sahaja tetapi harus dengan ilmu, amal atau tindakan, keimanan, takwa, tunduk, warak dan suasana kalbu yang meresap kepada ALLAH. Semua ini ada dalam pelajaran tazkiyatun nafsi atau penyucian jiwa. Juga disebut sebagai pelajaran tasawuf.”
Amal soleh, perlaksanaan ibadat dan ajaran Islam itu mempengaruhi kepada bercahayanya kalbu. Selain itu, iman juga akan bertambah dan grafnya amat sukar untuk turun. Sehingga akhirnya hati kita mampu mencapai tahap ihsan. Lakukanlah tanpa henti.
Hakikatnya ubudiyah kita kepada ALLAH akan menghasilkan iman yang mantap, kukuh serta sentiasa berakar di dalam hati. ALLAH S.W.T mensyariatkan kewajipan yang pelbagai kepada hamba-NYA untuk mereka beramal.
Ini kerana hati manusia memerlukan kurnia spiritual yang banyak. Fitrahnya, manusia itu musuh syaitan. Maka dengan amal solehlah menjadi benteng untuk mempertahankan diri daripadanya. Laksanakanlah ia. Buang jauh-jauh perasaan malasmu itu. Sesungguhnya hanya orang yang berusaha yang memperolehi hasilnya. Biar kita rugi di sini, jangan pula muflis di akhirat kelak.

SUMBER: Anakku Hidup Sekali Biar Bererti: Nasihat Iman dan WasiatAnuwar Nursi
"Hidup Ini Indah jika Segalanya kerana ALLAH"
Langgan:
Catatan (Atom)