Selasa, 10 April 2012

CERITA ISKANDAR

Iskandar

"Iskandar,Fadzli...nak pergi mana tu..."? Sapa saya apabila melihat dua orang anak didik berjalan di luar bilik guru.

"Nak cari cikgu DST ..." Jawab Iskandar. Pantas sekali.

"Mari sini sekejap." Sambil tangan saya menggamit mereka berdua.

Iskandar dan Fadzli terus masuk ke bilik guru, pergi ke arah guru kelas mereka.

"Awak berdua nak pergi  mana. " Soal saya. Soalan yang sama, tapi tak serupa.

"Saya nak pergi cari cikgu DST,ustazah..." Jawab Iskandar. Seorang murid yang agak lincah.

"Ustazah kan dah cakap..kalau cikgu takde, duduk aje dalam kelas. Nanti-nanti cikgu masuklah."

Para guru bukannya sengaja tidak masuk. Kekadang mereka ada urusan lain, yang tidak kurang pentingnya, sehingga proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilewatkan seketika.

"Tapi ustazah...pengetua tidak mahu cari..." Tutur Iskandar lagi.

“Pengetua mana ni?”

Dahi saya sudah berkerut sejuta. Mana tidaknya, di sekolah rendah istilah guru besar  yang digunakan, bukannya pengetua.

“Pengetua lah Ustazah…Izwan...” Laju aje Si  Iskandar yang lincah itu menjawab.

“Izwan…?” Balas saya.

“Aoklah …” Iskandar membalas dengan penuh yakin.

“Ha ha ha…”

Saya tergelak sendiri, sebelum memberikan pencerahan tentang pengetua yang dimaksudkan oleh Iskandar.

Tidak dapat menahan ketawa bila  terfikir tentang pengetua yang dimaksudkan Iskandar.

‘Nakal’ sungguh Ustazah tersebut, mengetawakan muridnya sendiri.

“Ketua la Iskandar, bukan pengetua...”

Akhirnya saya, Iskandar  dan Fadzli sama-sama ketawa.


NOTA:

DST = Dunia Sains dan Teknologi
Aoklah  (Bahasa Sarawak)= Ye lah



"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH"


17 ulasan:

  1. Assalamualaikum kitak..:)

    Moga kitak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah serta diberkatiNya...aamin

    Lucu juak cerita anak didik kitak tok, lom pandey gik nak beza pengetua ngan ketua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam :)

      ...mudah-mudahan kitak begitu juak hendaknya.Ameen.

      Nang lucu mbiak tok...Lucu dan lincah... Iskandar Oh Iskandar :)

      Padam
  2. Assalamu'alaikum Ros

    Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang dan redhaNya.. amin

    Makcik duk tersenyum sorang-sorang ni.. begitu manis keletah anak-anak kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Makcik :)

      Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan redha-Nya. Ameen.

      ...saya pun masih tersenyum bila teringat keletah mereka :)

      Padam
  3. Assalamualaikum... saya berkunjung kesini ingin menyambung silaturahmi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam

      Terima kasih atas kunjungan. Moga ada manfaatnya :)

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum cikgu ros, tergelak besar akak baca entri ni. Comel sungguh si Iskandar ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam :)

      Si Iskandar memang comel, 'happy go lucky', kecil tapi sangat lincah orangnya hingga kekadang 'tak menang tangan' menangani kerenahnya. Budak-budak memang begitukan.

      Kalau akak yang membaca tergelak, saya yang mengenali Iskandar apatah lagi. Pasti tersenyum sendiri bila mengingati... :)

      Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak, akak 'Tanpa Nama'. Alangkah indahnya jika dititipkan gerangan siapa orangnya. Salam ukhuwwah dari saya :)

      Padam
  6. wah, salah mengguna istilah budak ni ... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum :)

      ...suka hati aje istilah yang dipakai...hehehe

      Terima kasih.

      Padam
  7. Assalamualaikum Ros,

    Lamanya tak mejengok di laman ros ni. Kadang2 bila singgah Ros tak ada.

    Iskandar satu nama yang masih tersebut kuat di hati kak ani.

    Seronok gelagat budak2 ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,

      Begitu lah Kak Ani, ada masa, ada rajin ada, idea adalah hasil untuk dikongsi. Kalau tiada ketiga-tiga perencah itu, semuanya tersangkut di tengah jalan. :)

      Kak Ani pasti punya kenangan istimewa dengan insan yang bernama Iskandar,rasanya macam pernah baca kat blog Kak Ani perihal yang empunya nama Iskandar.

      Terima kasih.

      Padam
  8. Salam Ros,
    hehe... pengetua pun pengetualah....

    BalasPadam