Jumaat, 9 Mac 2012

KU KEMBALI UNTUK MENYAPA...

Assalamualaikum
Salam mesra pembuka bicara
Khusus buat rakan semua...
Sudah lama tidak bersua…
Sudah lama tidak menyapa…
Sudah lama tidak mencoret kata…

Aduh, 
Segan…canggung datang menyapa…
Malu juga tidak terhingga…
 Kepada teman bual bicara...
Laman ada, membisu tanpa suara...

Kerja datang bertimpa-timpa…
Membuat aku terpinga-pinga…
Mana satu mahu disegera…
Akhirnya kerja lebih kuterpa…
Hingga blog seakan dilupa…
Walau kerja menjadi utama…
Leka, alpa bergabung jua…
Masa juga turut  ku sia…
Akhirnya laman seperti sia-sia…

Terima kasih dari saya
Atas kesudian yang masih menyapa…
Maaf jua kupinta …
Andai ada tersinggung terasa…

Allah…
Pandulah aku dalam merungkai kata…
Manyambung dakwah Rasul Mulia
Tiada apa yang kudamba…
Melainkan redha-Mu semata-mata…


"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"

10 ulasan:

  1. Wa'alaikumussalam Ros

    Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT

    Alhamdulillah kembali meluahkan rasa di sini.

    Didoakan agar Ros sentiasa diberikan kemudahan dalam setiap urusan. Amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Makcik :)

      Alhamdulillah,saya sihat.Saya doakan Makcik sekeluarga sejahtera selalu.

      Sokongan Makcik menjadi pencetus 'kerajinan' saya.InsyaAllah :)

      Padam
  2. Assalamualaikum...

    Moga kitak sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT...aamiin

    Lamak juak kitak menyepi, gago ngan kerja sekolah owhhh..

    Selamat bercuti..mun balit kampong moga Allah permudahkan perjalanan kitak...aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumussalam,

      Didoakan agar kitak juga sentiasa dalam 'rahman' dan 'rahim' Nya.

      Bukan setakat kerja sekolah,kemalasan juga kerap melanda :)

      Terima kasih, sedang bahagia di kampung halaman,Alhamdulillah :)

      Padam
  3. ya, hidup ini pasti indah jika segalanya keranaNYA... tapi kita selalunya alpa hanyut kerna donia

    Selamat kembali Ros :-)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Ros...

    Kembali menyapa Ros... :-)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    Kembali menyapa Ros... :-)
    Semoga dipermudahkan segala olehNYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Nae :)

      Semoga Nae juga dipermudahkan Allah dalam segala hal.Ameen :)

      Padam
  6. Assalamualaikum ros,

    Dulukan mana yang perlu didulukan. Selamat berblog kembali.

    BalasPadam
  7. Waalaikumussalam Kak Ani :)


    Pentingkan yang lebih penting daripada yang penting :)

    BalasPadam