Rabu, 11 Januari 2012

DIA SUDAH PERGI...

Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd

"Ada al-Qur'an kecil tak?"

Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012.

"Ada..." Jawab saya sepatah. 

Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam handbag  jika  bermusafir. Tidak betah untuk saya membaca naskhah berbeza,walau hakikatnya. al-Qur'an tetap satu di mana-mana sahaja kita pergi..

"Dalam keadaan kritikal sekarang, bacalah surah al-Ra'd."

"Ok.". Saya mengangguk. Menurut kata.

Dia Sudah Pergi ...

"Din dah pergi..." 

Baru beberapa ayat dari surah al-Ra'd  disuluhi, saya terima panggilan dari salah seorang adik saya dari rumah. Suaranya teresak-esak. Ya Allah! Saya juga tidak dapat menahan esak tangis. Air mata bercucuran laju. Sudah tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling. Walau ada mata yang memandang, dibiarkan sahaja.

Dengan air mata bercucuran hebat, saya kembali menelefon adik, Helmi yang ketika itu sudah  hampir sampai ke rumah. Hanya berselang sebuah kampung sahaja lagi.

"Mi, Din dah pergi. Tolong patah balik ke airport." 

"Apa?????? Dah pergi?" Di hujung talian, saya terdengar esakan adik, kami berlaga esakan. Ah! sukar untuk kami berbicara saat itu. Esakan bertalu arus, seakan tidak mahu berhenti.

Dia Yang Terbaik

Sementara menunggu adik kembali tiba di lapangan terbang, minda terus berlegar pada wajah dua anak kecil. Kalian sudah yatim sayang! Itu takdir Ilahi.

Walau kita mahukan A. Tapi Allah memilih B. Bagi kita, A yang terbaik. B pula pilihan Allah. Siapa kita berbanding Dia? Kita hanya hamba. Dia Tuan kita. Tuhan kita. Mana Yang Terbaik? Pasti Dia. 

B sudah pasti jawapan terbaik. Apa yang baik di sisi kita tidak semestinya baik di sisi Dia. Allah telah memberi yang terbaik kepada kita. Kembalinya abah kalian ke Rahmatullah adalah terbaik bagi kita sekeluarga. Segalanya dalam Ilmu Allah. Siapalah kita untuk menghalang urusan-Nya. Saya memujuk hati.Kembali merenung taqdir Yang Maha Kuasa.

Air Mata Bercucuran Lagi...

Beg beserta kotak yang sudah dipacking, dialihkan dari troli. Kembali  ke mulut Myvi putih, milik adik saya Helmi. Raut wajah adik saya tatapi. Pipinya berterusan basah. Kami sama-sama bergelut dengan kesedihan.

"Dia terlalu baik"

"Selama dia masuk dalam keluarga kita, tak pernah kita semua terasa hati dengan dia."

"Tak pernah pun kita rasa dia tu ipar. Kita sayang dia sama macam kita sayang adik beradik kita yang lain"

"Ipar hanya pada istilah..."

Ya Allah! Perbualan yang berselang seli esakan makin mengundang kesedihan. Air jernih makin lebat. Turun mencurah-curah dari tubir mata. Kami dua beradik teresak-esak, sama-sama bertukar cerita tentang kebaikan al-marhum. 


Jemariku Berhenti Dahulu...

Allah!

Aku tidak mampu lagi meneruskan bicara ini. Walau lebih seminggu ia berlalu, tapi perasaan ini masih basah.  Kebaikan al-marhum sangat kuat di ingatan.

Dua anak kecil yang sentiasa bertamu di ruang mata telah menyekat jejariku untuk terus melakar bicara. Air mata tidak mampu dibendung, diiringi esak tangis yang amat mencengkam jiwa.

Jemariku berhenti dahulu. InsyaAllah akan bersambung lagi,buat tatapan dua anak kecil.  InsyaAllah...Semoga satu hari nanti kalian akan memahami betapa baiknya abah kalian.


Abah kalian sangat baik sayang! Semoga, kata-kata ramai: "Orang baik biasanya cepat pergi..." menjadi doa buat al-marhum adik ipar. 

Moga dirimu tenang di sana. Ameen.


P/S: Terima kasih saya ucapkan buat Makcik Werdah yang turut serta bersolat hajat. Jua buat  UmmuAmmar, NaeKak NormahMakbondaKak Ani dan Kak Nisha atas titipan doa.Semoga kalian sentiasa dirahmati-Nya. Ameen. 


"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH"

20 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Ros

    Siapa yang tidak bersedih bila keadaan ini terjadi lebih-lebih lagi orang tersayang dan baik pula. Namun kita percaya ada hanya Satu Pemilik yang memberi pinja, al-Maalikul Mulki yang mengatasi kita.. daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

    Semoga ahli keluarga tabah hadapi ujian ini dan semoga arwah Din ditempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati Allah.. Amiin

    BalasPadam
  2. Salam Ros,

    Innalillahiwainnailaihirajiuun.

    Alfatihah untuk roh almarhum. Takziah untuk keluar almarhum dan Ros sekeluarga. Tabahlah dengan ujian Allah ini.

    Semoga Allah masukkan almarhum ke dalam golongan orang-orang solihin dan sodhigin.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    Moga kitak sihat hendaknya dengan izin~Nya...amin

    Kita datang daripada Allah dan kepada~Nya kita dikembalikan..moga Allah tempatkan arwah Din di kalangan orang-orang yang berbahagia di sisi~Nya.

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam :)

    MAKCIK WERDAH:

    Kami sekaluarga tidak pernah kehilangan (kematian) keluarga terdekat/keluarga induk. Ini adalah kali pertama, sebab itu rasa sayu begitu menyengat di hati.

    Tambahan pula bila kami mengenangkan dua anak yatim, anugerah Rabbul izzati.

    Kami akur dengan takdir Ilahi. Kami tahu sehebat manapun kita merancang Allah jua Penentu segala.

    Ya! Kita ini tidak punya apa. Tidak miliki apa-apa. Segalanya adalah pinjaman, sudah sampai masanya pinjaman itu wajib dikembalikan kepada Empunya Yang Maha Memiliki.

    Terima kasih Allah kerana memberikan pinjaman yang amat berharga itu.

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam.. :)

    KAK ANI:

    Terima kasih atas titipan ucapan dan doa. Doa Kak Ani saya aminkan.

    Mudah-mudahan apa yang terjadi ini mampu memberikan keinsafan kepada kami sekeluarga.



    ABD RAZAK:

    Alhamdulillah, saya sihat sejahtera. Moga kitak juak sentiasa sihat dalam meneruskan amal soleh di bumi ini.

    Begitulah aturan hidup. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, melainkan Allah sahaja yang tidak punya awalan dan dan juga akhiran.

    Doa kitak diaminkan. InsyaAllah makbul.

    Terima kasih kitak!

    BalasPadam
  6. Salam....Salam takziah dari saya untuk ros sekeluarga....semoga rohnya dirahmati olehNya....Amin....

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Ros,

    Terima kali berkongsi pengalaman tentang nak turunkan bacaan gula dalam badan ni. Nak tanya macam mana nak dapatkan air alkaline ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumussalam,

      Maaf Kak Ani lambat reply.Nanti saya PM Kak Ani tentang air alkali ye,InsyaAllah.

      Padam
  8. Assalammualaikum Ros,

    Membaca dan menatap gambar anak-anak kecil ini membuatkan hati akak sayu walau akak tahu ianya sudah ketetapan dari Ilahi.

    Moga semua ahli keluarga tabah dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.Ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam :)

      Takdir sudah tertulis begitu, siapalah kita untuk menafikannya,walau perit untuk hadapinya.

      Pasti ada hikmah di sisi Allah.Kita tidak tahu,tapi Dia lebih tahu.

      Terima kasih atas keprihatinan.

      Padam
  9. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas doa yang dititipkan. Salam silaturrahmi dari saya :)

      Padam
  10. Assalamualaikum Ros, semoga Ros sekeluarga tabah dalam menghadapi situasi ini. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang dirahmatiNya... Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,

      Terima kasih atas segala doa.

      Terima kasih juga atas kesudian meninggalkan jejak.

      Ameen, ameen, ameen ya Rabbal 'Alameen.

      Padam
  11. Assalamualaikum...

    menjengok Ros.
    lama menyepi...

    Semoga Ros sekeluarga tabah, dan semoga arwah termasuk dalam golongan soleh di sampingNYA. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam

      ...kemalasan tengah kuat melanda,tengah berjuang untuk mendapatkan kembali kerajinan 'update' blog.

      Terima kasih segalanya.

      Padam
  12. "Allahummagfirlahu warhamhu, wa'afihi wakfu anhu."

    Salam takziah dan kita akan kembali menyusuri jalan yang sama. itu pasti.

    BalasPadam
  13. "Allahummagfirlahu warhamhu, wa'afihi wakfu anhu."

    Salam takziah dan kita akan kembali menyusuri jalan yang sama. itu pasti.

    BalasPadam