Jumaat, 30 Disember 2011

MOHON DOAKAN...

Adik ipar saya (suami kepada adik), Mohd Khairudin bin Saleh telah kemalangan pada 21 Disember 2011. Masih belum sedar hingga ke saat ini. Sudah tiga kali kepala dibedah.

Berita terbaru, dikhabarkan sedang tenat. Mohon rakan-rakan doakan. Bagi ahli surau, mohon solat hajat di surau masing-masing.

Mohon doakan juga si isteri (adik saya) serta anak-anak kuat semangat menghadapi ujian ini.

Dua anak kecil ini sudah 10 hari tidak menatap wajah abah mereka. Abah mereka sedang terlantar di hospital, masih belum sedar sejak 21 Dis yang lalu. Semoga dua anak kecil ini kuat menahan rindu. Ameen.


Jazakumullah khairan kathira.

P/S: Air mata sering bergenang mengenangkan dua anak kecil. 

10 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Ros

    Semoga Allah melimpahkan rahmat buat keluarga Ros serta memberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.. Sama-sama kita mendoakannya yang terbaik..InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. Salam,
    UA doakan semoga ukhti dan keluarga tabah menghadapi ujian ini. Dengan izin Allah, semoga abang iparmu sembuh seperti sedia kala dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum ros...

    Moga Allah makbulkan doa ros dan keluarga. Dan moga Allah beri kelapangan hidup serta kekuatan bagi keluarga ros dan anak-anak buah itu. amin.

    BalasPadam
  4. Salam Ros,

    Insyaallah... semoga adik ipar Ros diberikan kesembuhan OlehNYA, dan semoga bersabar dengan dugaan ini...
    Insyaalah... amin

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,

    Sudah lama tidak menjenguk ke sini,Masyaallah.......Semoga seluruh keluarga diberi kekuatan menghadapi ujian ini.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Ros,

    Akak doakan dia selamat. Sempoga Ros sekeluarga tabah menghadapinya.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum buat rakan2 yang dihargai...

    Terima kasih atas doa kalian.

    al-Marhum adik ipar saya telah kembali ke Rahmatullah. Sayang macamana pun kami terhadap al-marhum, dia tetap milik Allah.

    Itulah yang terbaik kepada isteri, anak2 dan kami sekeluarga.

    Saya masih belum ada kekuatan untuk menulis tentang al-marhum. Air mata masih menitis mengenangkan kebaikan al-marhum. Semoga Allah merahmati. Ameen.

    BalasPadam
  8. Tambahan: Al-marhum pergi pada 1 Januari 2012.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum semua,

    Salam takziah dari akak untuk Ros dan keluarga. Semoga isteri dan anak2nya tabah menghadapi ujian ini. Ujian menjadikan kita seorang yang lebih kuat dan tabah dari sebelumnya.

    Al-fatihah...

    Wallahua'lam.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum semua,

    Salam takziah dari akak dan keluarga. Semoga isteri dan anak2nya sentiasa tabah menghadapi ujian ini. Ujian menjadikan kita lebih matang dari sebelumnya.

    Al-fatihah dan salam takziah.

    BalasPadam