Sabtu, 8 Oktober 2011

MALU...???

Malu itu sebahagian daripada iman.

Rasulullah yang kata begitu. Bukan sebarang kata, kata yang bermakna.

Melihat kepada situasi hari itu adakah malu itu menjadi  perhiasan diri.

Lihat sahaja wanita hari ini. Aduh! sungguh memalukan. Sifat malu tiada lagi. Yang ada hanya sifat bangga dengan kecantikan diri sendiri.

Di sana dan di sini, penampilan mereka menjengkelkan. Pakaian umpama bernilai RM1000 semeter. Tidak berduit untuk dibeli, walau make up berwarna warni di muka. Ya Allah apakah ini tanda kiamat hampir tiba. Ramai yang berpakaian tapi telanjang.

Buka sana, buka sini. Koyak sana koyak sini. Berlubang sana, berlubang sini. Aduh, sangat menggamit dosa. Dosa bagi yang memakai, dosa bagi yang melihat.

Wanita bertudung pula umpama umpama model yang memperagakan tudung. Ketat sana ketat sini, tanpa malu kain itu  diletakkan di atas kepala bertujuan untuk menutup aurat. Menutup auratkah itu...Fikir-fikirkanlah...

Ya Allah! Apa lagi yang kamu mahu wahai para wanita sekalian. Apakah kamu mahu menjadi salah seorang model tanda-tanda kiamat hampir tiba. Iaitu yang dikatakan oleh Rasulullah isebagai berpakaian tapi telanjang.

Atau kalian mahu menjadi salah seorang wanita yang diperlihatkan Allah kepada baginda ketika perjalanan Israk Mikraj, iaitu baginda telah diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.Apabila ditanya oleh baginda, wanita itu tidak lain dan tidak bukan mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain

Sanggupkah kalian menjadi wanita yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang
menyala. Mereka juga adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Betapa Allah sayangkan wanita ini. Sehingga berulangkali ditayangkan slaid berkenaan balasan terhadap wanita yang tidak segan silu, tanpa malu mempamerkan segala bentuk keindahan yang ada.

Wahai wanita muslimah...

Hidup ini tidaklah lama

Kecantikan itu tidak akan kekal
Lambat lain pasti kan pudar

Pakaian  taqwa seharusnya ditata

Bukannya maruah diri dipapar...

Agar terus bernilai di mata Allah ...

Marilah kita tundukkan hati dengan firman-Nya yang bermaksud :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” ( Surah Al-A’raaf: ayat 26 )

NOTA: Tidak pasti sama ada tajuk sesuai atau tidak dengan entri :)


"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH"

7 ulasan:

  1. sekarang ini ada yang malu untuk berbuat kebajikan.

    BalasPadam
  2. Salam, baru je berbincang isu ni dgn puteri remaja saya. Tersentuh hati mendgr katanya. Wanita yg tidak memakai tudung tu ingkar pada Allah dan sgt mementingkan diri sendiri. Sebabnya kerana perbuatan mereka itu hanya akan mengheret ayah, suami, abang dan adik lelaki ke neraka. Bukankah itu selfish namanya. Muga Allah melindungi kita dari kemurkaanNya.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum :)

    IM:

    Betul kata IM. Tapi buat jahat tak malu pulak kan...



    TANPA NAMA(Boleh tahu nama? :) )

    Sama-sama kita pastikan agar kita tidak ter'kategori dari golongan wanita yang dimaksudkan.

    Dalam masa yang sama, kita juga seharusnya berusaha sedaya mungkin untuk berpesan-pesan kepada kebaikan agar maruah wanita terpelihara.

    Rasulullah (S.A.W) telah bersabda:

    "Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."

    (hadith Riwayat Muslim)



    NAE:

    Terima kasih kembali :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Moga kitak sihat hendaknya dengan izin~Nya..

    Jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu.

    Peliharalah keduanya dengan baik agar tidak terjerumus dalam kancah maksiat.

    BalasPadam
  5. perasaan malu semakin terhakis skrang ni.. remaja2buka baju..dedah aurat..
    Bala-bala.

    BalasPadam
  6. ABD RAZAK:

    Waalaikumussalam,

    Alhamdulillah, sihat sejahtera.

    Iman dan malu seharusnya bergandingan dalam melayari hidup di dunia. Jika hilang salah satunya, maka hilanglah maruah kita.

    Jazakallah.



    ZUL FATTAH:

    Benar kata Zul. Sama-samalah kita berperanan 'berpesan-pesan kepada kebenaran'. InsyaAllah,jika ada kesungguhan, masalah ini akan dapat dikawal. Ameen ya Allah.

    BalasPadam