Isnin, 22 Ogos 2011

MUHASABAH RAMADHAN

Dalam pada kita menghadap menu pelbagai...
Dalam pada kita menempah pakaian beratus-ratus ringgit, malah mungkin beribu...
Dalam pada kita menaiki kenderaan dengan begitu selesa...
Kita kekadang 'terlupa' kesesakan dan kesusahan orang lain...

Di bawah ini gambar anak murid saya dan kediaman mereka...
Ya Allah tersentuh hati melihat keadaan ini..
Si kakak pernah bersekolah...
tapi terpaksa berhenti kerana kesempitan yang dihadapi.
Alhamdulillah kini kembali menyambung persekolahan...
Si adik pula baru mengenali alam persekolahan setelah menginjak umur 9 tahun... 







Bersyukurlah atas segala nikmat kurniaan-Nya..
Kita masih di atas jika lihat ke bawah
Kita masih kaya jika lihat yang miskin
Kita masih senang jika lihat yang susah...
Apa lagi yang kita mahu?
Bukankah semua itu nikmat kurniaan Ilahi...

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" surah al-Rahman


"Hidup Ini Indah Jika Segalanya kerana Allah"

13 ulasan:

  1. SALAM,
    SINGGAH. TERIMA KASIH ATAS INGATAN

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    Sesungguhnya Allah Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat~Nya. Segala nikmat yang dianugerahkan pada manusia terkadang lupa mensyukuri dek keseronokan duniawi yang nikmat hanya sementara....

    Syukur bukan hanya sekadar ucapan Alhamdulillah, bahkan wajib dijelmakan dengan ketundukan seluruh anggota tubuh badannya melaksanakan amal ibadat yang dituntut.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Ros,

    Memang bersyukur sangat atas kurnian dan pemberian Allah pada kita. Walaupun tak kayu tapi tak susah.

    BalasPadam
  4. Salam Ros,

    Blh bg no.akaun Ros kat saya melalui email tak, saya ingin bagi sedikit sumbangan untuk keluarga itu. Boleh Ros? email add saya: drbahiyah@gmail.com

    TQ

    BalasPadam
  5. tahniah.
    entry sebegini banyak manaafatnya kepada semua.
    sambil berblog, kita berkongsi suka dan duka, saling membantu dan mempelajari.

    p/s- teringat suatu ketika (kecil-kecuil dulu), mungkin beginilah antara keadaan kehidupan kami

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam

    LF:

    Sama-sama. Semoga ada manfaat buat kita semua.



    ABD RAZAK:

    Benar kata kitak. Setuju 100%.

    Kita juga seharusnya berusaha menjadi hamba yang benar-benar bersyukur(syakur), bukan sekadar bersyukur (syakir).

    Wallahu A'lam.

    BalasPadam
  7. Waalaikumussalam :)

    KAK ANI:

    Begitulah seharusnya kan :)

    Semoga syukur itu bukan sekadar lahir dari bibir, tapi disusuli juga dengan kepatuhan sepenuhnya terhadap Pencipta kita. InsyaAllah.


    IBUAIMAN:

    Saya dah email butiran yang diminta.

    Terima kasih atas keprihatinan. Semoga mendapat manfaat dan barokah yang berganda dari Allah taala, terutama di bulan yang penuh mulia ini. Ameen.

    BalasPadam
  8. Begitulah hasrat hati. Semoga entri yang lahir dari blog ini mampu memuhasabah diri kita.

    Terima kasih.

    P/S: Saya juga lahir dari keluarga yang miskin. Semoga dari situasi itu mampu melahirkan keinsafan di hati.

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum Ros

    Terharu juga.. mana silapnya kan.. semoga adik yang baru dapat menjejaki alam persekolahan akan berjaya mengubah keadaan.

    Syukur bagi kita yang ada kehidupan yang baik.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum,

    Saya suka komen Ros ...
    "Semoga syukur itu bukan sekadar lahir dari bibir, tapi disusuli juga dengan kepatuhan sepenuhnya terhadap Pencipta kita"

    Ia untuk saya... Terima Kasih!

    Disaat mereka dalam kedaifan... tiada apa2, 'manusia' diluar sana berlumba2 membuat persediaan serba baru...

    BalasPadam
  11. Waalaikumussalam :)

    WERDAH:

    Alhamdulillah, ada insan mulia yang membantu dua beradik ini dalam proses kemasukan ke sekolah.Semoga insan ini mendapat ganjaran di sisi-Nya.

    Ada cerita di sebalik masalah yang dihadapi, insyaAllah kalau ada keperluan saya akan ceritakan pada entri akan datang.

    Walaupun jauh ketinggalan, jika ada kerjasama antara dua pihak iaitu pihak sekolah dan keluarga, dua murid ini akan dapat mengikuti pelajaran dengan baik, insyaAllah.



    NAE:

    Sangat ramai hamba yang bersyukur dengan hanya melafazkan "Alhamdulillah" tetapi tidak disusuli dengan 'ibadah' anggota badan yang lain seperti:

    1- Solat oleh seluruh anggota badan.
    2-Mulut- bercakap yang baik-baik sahaja, membaca al-Qur'an. 3-Telinga-mendengar bacaan al-Qur'an.

    ...dan banyak lagi amalan soleh yang lain yang boeh diterjemahkan oleh anggota badan kita, sebagai tanda bersyukur.

    P/S: Peringatan kepada diri penulis juga :)

    BalasPadam
  12. bukan seorang dua, sebenarnya ramai lagi orang miskin di sebalik semak dan hutan yang kita lihat di sepanjang jalan pemanduan kita hari-hari...

    BalasPadam
  13. salam cikgu..
    bila tgk benda ni, timbul juga keinsafan.. adeiih terima kasih byk.. bila ckg kongsi benda ni, saya pon buleh amek ibrah kisah ni ke sekolah saya utk amek iktibar

    BalasPadam