Ahad, 10 Julai 2011

KAIN PUTIH...JANGAN CUBA DIHITAMKAN...

Gambar: Kain Putih yang Besih

"Kenapa ni cikgu..." Saya bertanya salah seorang pentadbir sekolah yang sedang 'bersoal siasat dengan tiga orang murid tahun 1 di pejabat am.

Ketika itu saya ke pejabat untuk mengemaskini nama murid tahap satu.

"Mereka bertiga ni buat perangai di kelas. Disuruhnya seorang murid perempuan membuka seluar..." Ada lagi ayat yang seterusnya, tapi tidak sanggup untuk saya nukilkan di sini. Sangat merisaukan hati.Menakutkan. Terkedu saya seketika apabila mendengar cerita tersebut. Allah..Allah..

Sungguh...Saya Geram

" Ya Allah... apa nak jadi dengan kamu ni. Baru tujuh tahun, sudah pandai...." Saya tidak dapat mengarahkan lidah dari diam tanpa kata. Suara agak tinggi. Menyinga.

Selama saya berkhidmat sebagai guru lebih kurang tujuh tahun jagung ini, tidak pernah saya berhadapan dengan masalah dewasa yang berlaku ke atas budak yang baharu sahaja mencecah usia tujuh tahun.

"Selama saya mengajar, tidak pernah saya jumpa kes seberat ini yang melibatkan murid sekecil ini, cikgu." Beritahu Pentadbir tadi. Beliau sudah agak veteran, dan akan bersara sekitar tiga tahun lagi.

"Kamu ada tengol CD atau apa-apa cerita ke..." Gertak saya terhadap murid bertiga itu. Hati saya sangat panas.

Mereka semua menggeleng kepala. Ketakutan.Hanya tunduk merenung lantai.

"Ah, tidak boleh jadi ni." Hati mendesis sendiri.

Kemudian, saya kembali menumpukan perhatian kepada kerja yang masih belum langsai. Untuk seketika, saya menghalang lidah daripada menyambung kata. Mengeluarkan bicara ketika amarah menguasai diri bukan satu keputusan yang bijak.

Masalah tidak akan selesai sampai bila-bila.Sekadar melepaskan marah yang meluap-luap tiada guna juga. Bukankah menjatuhkan hukum ketika marah dilarang oleh agama?

Kena Hukum

"Ustazah, tadi sidak tiga (mereka bertiga) kena hukum" Beritahu Izwan, salah seorang murid dari kelas 1A.

Saya hanya terseyum hambar, sambil mengisyaratkan agar membaca doa bagi memulakan pelajaran.

Seusai doa dibacakan, saya bergerak ke arah Ali (bukan nama sebenar). Ali merupakan salah seorang murid yang 'membuat perangai' tadi.

Ali

"Ali, bagitau ustazah...apa yang kamu buat pada Nurul."Saya memulakan sesi soal siasat.

"Dia cium Nurul, ustazah." Lain orang ditanya, lain orang yang jawab.

Ali mengiyakan sahaja. Wajahnya pula agak jernih. Tidak sekeruh wajah Zul.

"Kenapa kamu buat macam tu..."

"Zul yang suruh saya..." Jawab Ali menyelamatkan diri.

"Ya Allah....jadi pelakon rupanya Si Ali ini. Di bawah arahan sutradara cilik....Zul oh Zul." Saya sekadar mengomel di hati.

"Kamu ada tengok CD atau apa-apa ke kat rumah?"

"Tak ada...." Meyakinkan jawapan Ali.

Mata saya seterusnya beralih arah kepada Zul.

Kelihatan 'takut-takut' Zul melihat saya.

Zul

"Zul, ustazah tanya betul-betul ni. Ustazah takkan marah, cuma ustazah nak tahu aje."

Set induksi bermula. Sambil tangan enyentuh mesra bahu Zul, seulas senyuman saya iringi. Mesra.

"...Zul, ada tengok apa-apa cerita ke di rumah..." Soalan bersambung.

"Ada..."

"Zul tengok dengan siapa?"

"...tengok dengan kakak..."

"Oh, dengan kakak...kat mana Zul dengan kakak tengok..."

"Dalam bilik...

Saya terdiam seketika. Tidak tahu mahu bertanya apa lagi. Hanya nasihat,demi nasihat yang mampu saya titipkan.

Seterusnya saya bergerak sedikit ke hadapan. Berhenti di satu kerusi....

Naqib

Senyuman kasihan saya huluri. Ya, saya kasihan kepada mereka yang menjadi mangsa kecuaian orang lain. Budak berusia 7 tahun tidak melakukannya kerana nafsu, tapi sekadar ingin 'explore' apa yang dilihat. Ingin mencuba tanpa mengetahui bahawa tindakan itu jika tidak diawasi secara berkala akan mewarna hitamkan kain putih yang terbentang tanpa sempadan.

"Naqib...kamu ada tengok cd kah...atau tengok cerita kat tv?"

Soalan yang sama saya utarakan, senyuman manis saya lemparkan. Buat umpan mengait jawapan. Jawapan tulus sudah pasti saya harapkan.

"Saya tengok kat laptop... ustazah."

Oh, Naqib ini merupakan ahli kumpulan saya bagi kelas tasmik. Hari pertama, dia kelihatan begitu jakun. Memperdengarkan iqra' 1 pun begitu perlahan. Merangkak-rangkak. Eh, bukan setakat merangkak tetapi, seakan meniarap. Tergagap-gagap untuk membezakan sebutan "a" "ba" "ta"Tidak disangka istilah laptop begitu serasi dengan lidahnya.

Jangan disangka, air yang tenang tiada buaya. Bisakah saya menggunakan pepatah ini?

"Cerita kat ustazah, apa yang kamu tengok kat laptop" Saya kembali mengorek cerita.

"Erm ..." Naqib seolah-olah tidak ingin melahirkan kata.

"Ada kamu tengok cerita peluk-peluk...cium-cium?" Saya cuba mengisi tempat kosong yang ditinggalkan Naqib.

Naqib mengangguk. Saya mengeluh. Kesal. Sedih. Perasaan bersimpang siur.

"Lepas peluk-peluk, cium-cium ...apa lagi yang kamu tengok kat laptop tu?"

"Cerita kenja." Maaf, istilah ini sangat tidak manis di pendengaran. Istilah atau bahasa bagi penduduk Sarawak. Namun saya terpaksa titipkan di sini agar semua pihak membuka mata, memasang telinga terhadap tingkah anak-anak.

Wahai emak...wahai bapak...abang...kakak...pakcik....makcik...

Jangan hanya meletakkan anak, adik, cucu di sekolah semata. Sekolah bukan yang pertama, tapi yang kedua. Yang pertama adalah di rumah. Jadi, tugas sekolah hanyalah menambahbaik ilmu yang telah didapati dari rumah.

Saya merayu...pantaulah anak anda sebaik mungkin. Jika anda sampai hati ingin menonton cerita 18XS, tontonilah di tempat tertutup, tempat yang sunyi yang tidak mampu digapai oleh anak-anak yang tidak berdosa ini.

Lagi bagus jika kalian dapat mencari satu ruang yang diyakini bahawa Allah tiada di situ. Mungkinkah...???


"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH"

17 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ros.

    Makbonda pernah melalui situasi begini,dan bila disoal siasat rupanya begitu ramai anak-anak yang pernah menonton video sebegini....tambah lagi sekarang telah ada notebook percuma untuk mereka sedangkan ibu bapa buta tentang komputer,tidak tahu apa yang disimpan dalam notebook tersebut.

    Adakah ini yang dikatakan kita sedang dalam situasi aman sekarang?.

    BalasPadam
  2. MAK BONDA:

    Waalaikumussalam :)

    Ibubapa kini perlu meng'update' ilmu mengikut zaman.

    Kata-kata Syaidina Umar Al Khatab:"Didiklah Anakmu mengikut zaman mereka." perlu juga diserap kepada ibubapa, bukan difokuskan kepada anak-anak semata.

    Erm...situasi kita belum aman. Banyak kekotoran dan noda yang perlu dibersihkan. :)

    Terima kasih Makbonda, atas titipan bicara.

    BalasPadam
  3. sbg seorg sukarelawan yg terlibat secara secara langsung dgn kes2 begini sy mempunyai senarai kes yg sgt pjg dan ngeri. nk cakap pun xde mood.

    kebanyakan mmg punca daripada ibu bapa. laptop & netbook percuma ni isu baru.

    BalasPadam
  4. Masa ibu_suri masih mengajar kelas cepat membaca ( umur 3-5 tahun ) ada pelajarnya yang menonton CD 'blue' dengan orang gaji.

    Sebab itu semua perkataan yang berkaitan itu dia tahu dan faseh menyebutnya...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..

    Moga kitak sihat hendaknya..

    Allahu Akhbar...sik mampu nak berkata-kata. Moga Allah beri hidayah kepada mereka semua

    BalasPadam
  6. Assalamu'alaikum Ros

    Semoga Ros sihat dan sentiasa dipermudahkan Allah dalam setiap urusan.. amiin

    Setuju dengan Ros bahawa ibu bapa hendaklah sentiasa pantau apa yang anak-anaknya lakukan apatah lagi zaman sekarang bila diterbalikkan bahawa pelajaran agama dan pengajian al-Quran tidak penting dan belajar teknologi serta yang lain-lain lebih penting.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Ros,

    Terkedu, bukan lagi terperanjat.

    Benda2 yang tak berkat tu dibawa balik ke rumah.

    BalasPadam
  8. AHP:

    Betul,ibubapa berperanan penting dalam proses pembesaran dan pendidikan anak-anak.

    Agama menjadi benteng yang utuh dalam melahirkan anak-anak yang soleh lagi musleh.

    Maka, ibubapa yang beragama dan mengamalkan ajaran agama merupakan penyelamat kenapa 'fenomena' yang berlaku ini. InsyaAllah.


    INSAN_MARHAEN:

    Mungkin orang gaji menganggap budak yang berumur lima tahun tidak tahu apa-apa.

    Orang gaji perlu diambil dari yang berlatar belakang agama, tidak boleh sebarangan.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Waalaikumussalam :)

    ABDUL RAZAK:

    Ameen ya Rabbal Alameen, maqbulkan ya Allah.

    Shukran.


    WERDAH:

    Alhamdulillah sihat seadanya.

    Itulah, bila agama 'ditapak kakikan' maka agama sudah menjadi tempat kedua. Duniawi tetap nombor satu.

    Terfikir juga apa nak jadi kalau di sekolah tiada pelajaran Agama Islam...????

    Terima kasih Makcik.

    BalasPadam
  11. KAK ANI:

    Waalaikumussalam :)

    Kalau tak dibawa balik ke rumah, mereka boleh dapat kat mana-mana.

    Sekarang dunia sudah tidak selamat lagi. Ya Allah...terkedu lagi :)

    Terima kasih.

    BalasPadam
  12. SALAM,
    RASA TERKEJUT, RASA KESAL, RASA MARAH, RASA BIMBANG DAN MACAM2 RASA LAGI BILA MEMBACA N3 INI ! APA NAK JADI DGN GENERASI MUDA (TERLALU MUDA) SEKARANG INI ? IBU BAPA/PENJAGA, MASYARAKAT (BUKAN SAHAJA GURU) KENA AMBIL TAHU DAN BERTINDAK MENCEGAH DAN MENGATASI ISU INI ! LF BUNTU KETIKA INI UTK MENCADANGKAN APA2 LANGKAH TINDAKAN ! APAPUN, TERUSKAN USAHA MURNI DI PIHAK CIKGU2

    BalasPadam
  13. LF:

    Salam ...

    Terkejut LF, terkejut lagi saya yang menghadapinya secara langsung.

    Pada saya apa yang paling penting ialah asas pendidikan agama kena kukuh.InsyaAllah, segala perkara yang tidak diingini ini akan dapat diatasi.

    Wassalam.

    BalasPadam
  14. salam ros,
    mashaAllah, pengalaman kita hampir serupa. Jumaat lepas,ada pelajar yang saya sering memantau pelajarannhya, apabila saya minta baca kalimah syahadah, pelajar itu tidak tahu.aduh, sedihnya.sebab, bukannya sebelum itu saya tidak beritahu dan para guru/ustaz/ustazahnya pun dah ajarkan...

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum Ros,
    Memang terkedu membaca entri ini...
    Rasa sangat risau... Bagaimana generasi akan datang...
    Saya tidak pernah mengalaminya, tapi kadang2
    terdengar bicara anak2 remaja lelaki perempuan memang
    membuktikan mereka menonton CD/bahan2 kotor itu...

    BalasPadam
  16. Waalaikumussalam :)

    UMMU: Pada saya, masalah yang berlaku ini perlu gandingan dari semua pihak iaitu ibubapa, guru dan masyarakat.

    InsyaAllah, dengan kesungguhan semua pihak, masalah yang tidak sepatutnya berlaku pasti akan berjaya diatasi.

    Terima kasih



    NAEBLOG: 'Bahan-bahan kotor' amat mudah didapati pada masa sekarang. Anak-anak remaja perlu disiapkan diri mereka dengan ilmu agama yang mencukupi agar mereka mampu menapis bendasing yang boleh membawa kehancuran kepada mereka.

    Usaha keras ibubapa, guru dan masyarakat sekeliling amat diperlukan dalam melahirkan insan yang solih lagi muslih.

    Ayuh, mari kita gerakkan usaha... :)

    Terima kasih dan salam ukhuwwah ...

    BalasPadam
  17. Perkara begini sememangnya berlaku jika ibubapa tidak mementingkan ilmu agama dalam rumahtangga..Semoga Allah melindungi kita dan memberi petunjuk kepada orang yang masih alpa dan tidak tahu tentang agama..

    BalasPadam