Ahad, 27 Mac 2011

SEBELUM DAN SELEPAS

"Haa...inilah yang saya tak berkenan. Kalau before pakaian ok aje, tapi bila dah after pakaian sudah berubah.Ketat sana, ketat sini, kan dah nampak 'selekoh' sana 'selekoh sini..." Komen saya apabila melihat testimonial satu produk kecantikan.

Tidak pula saya nafikan akan keberkesanan produk tersebut. Buktinya seorang artis yang berisi telah menampakkan hasilnya selepas mencuba produk tersebut. Artis ini juga merupakan duta bagi produk itu. Lebih kurus dan slim sekarang ini.

"Ini baru betul. Testimonial diambil dari model yang berisi baru nampak hasil yang ori." Seorang rakan saya meluahkan pendapat.

Ya, saya sangat setuju statement itu. Apa-apa produk pun, sewajarnya menggunakan sampel yang sepatutnya bagi membuktikan bahawa produknya benar-benar berkesan.

"Ros dah bising tu...Kak A, Kak B, Kak C nanti bila kita dah slim kita pakai tali pinggang besar ya... ". Kata rakan setugas sambil ketawa gembira. Entah menyindir atau bergurau. Senang cerita saya anggap sebagai gurauan sahaja.

"Takde la saya marah. Terpulang atas diri masing-masing." Jawab saya, ringkas sahaja. Walau hati ini ingin saja menyambung kata: "Bukan saya yang larang, tapi agama yang melarang...tugas saya hanya menyampaikan."

Namun kata-kata itu terlekat di halkum sahaja. Tidak mampu untuk diluahkan. Bimbang ada hati yang kecil, ada hati yang terasa. Ah, betapa lemahnya jiwa saya. Tidak mampu berkata-kata walaupun ianya 'manis'. Ya, manis di sana, pahitnya di sini. Namun saya memilih yang di sini.

Saya tidak mampu ke arah itu, walaupun saya mempunyai hak untuk berbuat demikian berdasarkan kepada sabda Rasulullah (S.A.W) yang berbunyi:

Barang siapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahkan dengan tangannya. Apabila ia tidak mempunyai kuasa atau tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya. Dan jika tidak juga mampu, maka ubahlah dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” ~ H.R. Muslim.

Bercakap hendaklah berpada-pada. Lain padang lain belalang. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak." Pepatah-pepatah sebegini sering saja mengikat diri saya untuk lebih bersuara. Ya, saya sentiasa ingatkan diri bahawa saya menumpang duduk di tempat orang. Mesti sentiasa berhati-hati bila mahu meluahkan bicara.

Jika Tidak Kerana Menjaga Hati...

Jika tidak difikirkan menjaga hati, mahu saja saya menyambung bicara begini:

"Bukan apa...saya selalu terfikir akan hal ini. Kenapa semasa gemuk, semasa badan bersize XL mereka tidak memakai pakaian sebegitu, tetapi bila dianugerahkan Allah badan yang cantik seperti yang diimpikan, terus dibalasnya dengan perangai yang tidak cantik. Tidakkah mereka terfikir bahawa di sana Allah ingin memberi pahala kepada mereka, sebab itu Allah kurniakan mereka badan bersaiz XL.

Allah Maha Tahu. Bila mereka gemuk, mereka tidak akan pakai kebaya yang ketat. Jadi, dosa memakai pakaian yang 'seksi meksi' itu tidak perlu dicatat oleh Atid. Kerja Atid pun menjadi ringan. Banyak lagi borang yang perlu disenarai semak oleh Atid.

Tidak salah makan produk kesihatan selagi ia tidak memudaratkan dan ianya halal lagi berkualiti. Lagi pula Allah sukakan kecantikan. Allah juga sangat suka para hamba-Nya yang menjaga kesihatan. Malangnya di mana-mana katelog produk kesihatan, kebanyakannya saya lihat memaparkan testimonial yang sangat berbeza di antara 'sebelum' dan 'selepas'.

Jika sebelum tercapai hasil yang diinginkan, pakaian yang dikenakan agak sopan, sebaliknya selepas hasrat hati dikabulkan Allah penampilan terus berubah secara mendadak. Dari ukuran 4 meter menjadi 3 meter, dari panjang menjadi pendek. Di mana sifat malu wanita kepada pencipta-Nya. Bukankah keinginan mereka untuk berubah saiz telah dikabulkan, tetapi kenapa pula balasan curang dihadiahkan kepada Allah?" Tepuk dada tanyalah Iman.

Kewajipan Menutup Aurat

Saya percaya dan benar-benar yakin, rata-rata di kalangan muslimah hari ini, ramai yang sedar akan perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” ( Surah Al-Nur ayat 31 )

Begitu juga dengan hadith sahih yang berbunyi (maksudnya):

Wanita itu aurat, maka bila ia keluar rumah, syaitan terus memandanginya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah.” ( Sahih at-Tirmidzi)

Sudah terang lagi bersuluh. Allah telah mewajibkan setiap muslimah menutup aurat tanpa syarat. Tidak kira sama ada muslimah itu berbadan besar atau kurus. Cantik atau sebaliknya. Tiada 'double standard' Allah dalam menetapkan hukum ini.

Sesiapa sahaja yang bergelar wanita muslimah hendaklah dia menyembunyikan segala bentuk keindahan dan kecantikan yang dianugerahkan dari pandangan lelaki ajnabi, kerna sebaik-baik pakaian bagi kita ialah pakaian taqwa.

Allah (S.W.T) berfirman yang bermaksud:

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” ( Surah Al-A’raaf: ayat 26 )

Bersyukurlah...

Wahai sahabat muslimah sekalian...

Jagailah anugerah kecantikan itu agar tidak menjadi tontonan si mata keranjang.

Jagailah ia agar tidak juga menjadi bahan promosi syarikat-syarikat kecantikan bagi melariskan jualan produk mereka.

Jangan memperbodohkan diri kita demi orang lain sehingga menodai perintah Yang Maha Pencipta.

Bersyukurlah dengan anugerah Ilahi.

Cantik di mata 'mereka' belum tentu cantik di mata Dia.

Tapi cantik di mata Dia, sudah pasti cantik juga di mata 'mereka'. InsyaAllah.

Sesungguhnya Allah telah berfirman, maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan menjadikan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur." (al-Mulk:23)

Semoga kita tergolong antara golongan yang sedikit itu. InsyaAllah.

Hingga jumpa lagi...


"Hidup Ini Indah jika segalanya kerana ALLAH"

NOTA: Entri ini ditulis lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.

25 ulasan:

  1. Bismillah.. salam alaik.. Pejuang jlnnya penuh Mehnah.. teruskan mendididk anak2 dgn penuh kasih syg

    BalasPadam
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga kitak sihat hendaknya..

    Biarlah kepahitan itu pergi dan kemanisan akan mengisi. Teruskan perjuangan..

    BalasPadam
  3. salam cikgu ros, akhirnya ada juga blog bersuara tentang hal ni. Saya dah lama membebel pada keluarga dan teman teman mengenainya. Baik tak payah kurus jika ia mengundang dosa!

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    ADHAM: Perjuangan ini tetap diteruskan hingga berjaya. Berjaya di sini, jua di sana. InsyaAllah.

    Terima kasih.


    ABD RAZAK: Alhamdulillah, kamek sihat. Didoakan agar kitak sihat dan dilindungi-Nya selalu.

    Ameen ya Rabbal Alameen. Kata-kata kitak kamek anggap sebagai doa. Shukran.


    TANPA NAMA (siapa ye :))

    Jangan putus asa 'membebel' ya. Membebel yang ada kebaikan tu.

    Saya tidak mampu 'bersuara lebih' di telinga mereka, jadi saya mengambil ruang di laman ini.

    Semoga ada hati-hati yang tersentuh. Sama-sama kita doakan.

    Terima kasih komen :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum

    Kadang-kadang kita tidak yakin untuk menegur sesuatu kemunkaran,tapi sebenarnya kalau kita lakukan juga tidaklah menjadi sesuatu kemudharatan.Tapi itulah kelemahan kita,Makbonda pun biasa dalam situasi sedimikian.

    Semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan dalam mencegah kemunkaran.

    BalasPadam
  7. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS TULISAN N3 INI. BAGUS !

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Ros,

    Nak minta tolong sikit. Sekarang blog akak ada 'warning malware'. Dulu akak ada nampak Ros pun kena. Macam mana ros cleankannya.

    Tolong please.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum :)

    MAKBONDA: Perlu ada kekuatan kan...Dakwah bil hal juga memainkan peranan yang amat besar.

    Semoga kita diberi kekuatan dan keberanian dari Allah,insyaAllah.


    LF: Segala yang 'bagus' itu datangnya dari Allah semata. Semoga bermanfaat buat semua. Terima kasih.

    BalasPadam
  10. KAK ANI:

    Waalaikumussalam.

    Alhamdulillah sudah selesai.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum Ros
    alhamdulillah jazakillah khu khairan kasira atas tazkirah hati ini.
    teringat bebelan suami kepada saya akan hal ni.terasa sendiri.:)

    BalasPadam
  12. Waalaikumussalam :)

    UMMU:Alhamdulillah,bebelan (nasihat) positif tu.

    Rasulullah (S.A.W) sendiri telah bersabda (maksudnya):

    "Agama itu adalah nasihat"

    Terima kasih.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Ros,

    Itulah jugak yang akak perhatikan. Rasanya dah salah 'nawaitul'.

    Itu mungkin dugaan Allah pada dia. Bila cantik adakah masih lagi teguh dengan suruhan dan larangan Allah.

    BalasPadam
  14. Waalaikumussalam :)

    KAK ANI:

    "Setiap perkara adalah dengan niat..." (Hadis sahih)

    BalasPadam
  15. assalamualaikum Ros
    jazakillah sudi meninggalkan komen di wordpress saya, ye.

    BalasPadam
  16. Assalamu'alaikum Ros

    Kembali mengunjungi kawan-kawan.. semoga Ros sentiasa dipermudahkan Allah dalam segala urusan

    BalasPadam
  17. Aslmkm.
    Kak G belajar lebih berhati-hati bila berbicara di Sarawak sinun! :)
    Ros masih boleh menyatakan teguran secara berhemah. Yang lebih afdhal ialah menunaikan kewajipan kerana Allah SWT.
    Sebenarnya Kak G pun nak paparkan isu berkaitan ni ... tunggu 'courage' juga! :)

    BalasPadam
  18. Waalaikumussalam :)

    UMMU: Sama-sama.

    WERDAH: Ameen. Semoga Makcik lebih dari itu hendaknya. Jazakillallah khairan kathira.

    KAK G: Betul kata Kak G. Perlu lebih berhati-hati di 'situk' :).

    Yang penting kenali dan mesrai 'mad'u' terlebih dahulu.InsyaALLAH segalanya akan menjadi lebih mudah. Kepada-Nya kita berserah.

    Terima kasih Kak... :)

    BalasPadam
  19. selalunya itulah yg berlaku...
    diri ini juga kekadang terlalai!

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum :)

    Fa10: Manusia tidak sunyi dari kelalaian.

    Semoga entri ini mampu mengingatkan mereka yang lupa, memperingatkan mereka yang lalai. InsyaAllah.

    BalasPadam
  21. Salam Ros,

    Memang betul, pengalaman Ros lebih kurang sama dgn saya, berdakwah itu memang pahit, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, akan tiba suatu zaman, orang yang berkata benar ibarat menelan bara api, Masya-Allah...akhirnya kita memilih iman yang paling lemah...Sekarang saya lebih senang untuk berdakwah melalui blog atau FB dengan mengingatkan kawan-kawan mengenai ayat-ayat al-quran dsb. Saya teringin menjadi pendakwah yang sejati iaitu berkata benar walaupun pahit namun masanya belum tiba. Mungkin saya perlu belajar lebih lanjut untuk berdakwah secara berhikmah..Moga niat saya akan dimakbulkan oleh Allah...Insya-Allah

    BalasPadam
  22. Salam Ibuaiman :)

    Sama-sama kita doakan agar diberikan kekuatan oleh Allah untuk berani berkata benar sekalipun pahit.

    Segala niat Ibuaiman saya ameenkan. Mudah-mudahan maqbul. Ameen ya Rabbal Alameen.

    Terima kasih ! :)

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum,Ros.Apa khabar?
    Lama ain tak singgah sini.
    Memang benar kata Ros, agak sukar untuk kita menegur kerana bimbang jika ada hati yg terluka.
    Maka, di blog atau di lama sosial sahaja dapat kita beri teguran dgn cara tersendiri.Apapun, adalah lebih elok kita menegur apabila melihat perkara dibuat itu adalah rakan2 yg kita kenali.
    Banyak cara boleh dibuat dan tidak semestinya dengan percakapan.Mungkin dengan gerak geri dan perilaku kita boleh dijadikan contoh,insyaallah.

    BalasPadam
  24. Waalaikumussalam Ain :)

    Alhamdulillah,akak sihat. Harap Ain sihat juga ye...

    Akak setuju dengan pandangan Ain. Dakwah bukan sekadar menggunakan lisan tetapi dakwah 'bil hal' juga antara wasilah berkesan.

    Terima kasih,nanti datang lagi ye :)

    BalasPadam
  25. I can't believe this well article.I read it very carefully & have a nice idea after read it.

    BalasPadam