Ahad, 6 Mac 2011

MEREKA TIDAK BERSALAH

"Putra ni memang anak Cik ke?" Tanya saya ketika terserempak dengan Encik Abdullah. Ketika itu, sudah menjelang waktu pulang.

"Ya." Encik Abdullah menjawab sepatah.

Saya terdiam seketika sebelum menyusun ayat secantik bahasa.

"Anak kandung kah?

Encik Abdullah mengangguk, sambil tersenyum.

Alhamdulillah, soalan saya tidak memberi kesan negatif kepada perasaan beliau.

"Erm, dalam surat beranak Putra ni birbinkan Abdullah...?"

Sudah lama saya mencari jawapan kepada persoalan ini. Sebagai guru kelas saya perlu menyiasat hal sebegini kerana saya perlu mengemaskini biodata murid. Juga sebagai persediaan sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Tiada langsung terfikir di hati untuk menjaga tepi kain orang.

Tidak!

"Oh...sebenarnya Putra memang anak kandung saya. Dulu, saya dan isteri tak dibenarkan kawin. Jadi Putra tak boleh dibinkan kepada saya."

"Oh...begitu...saya ingatkan dia anak angkat. Sebab saya tengok dalam surat beranak, anak-anak Encik semuanya dibinkan kepada nama Cik kecuali Putra..." Saya berhenti seketika, sebelum menyambung dialog seterusnya.

"...dalam surat beranak Putra, maklumat bagi ibu dan bapa distatuskan sebagai maklumat tidak diperolehi. Jadi, emak dan bapa kepada Putra ni sama orangnya dengan anak-anak yang lain ya..."

"Ya lah." Jujur Encik Abdullah membalas.

"Putra ni anak sulung kah?

"Ya, tapi dia ada abang tiri."

"Oh, gitu..."

Cukuplah di situ. Fikir saya, sekalipun jawapan yang terakhir sememangnya kelabu.

Saya hanya memerlukan maklumat yang sewajarnya yang perlu saya tahu sebagai seorang guru kelas. Selebihnya bukan keperluan, jauh sekali kehendak.

"Kesian Putra..." Hati saya berdetik.

Sebenarnya ada lagi beberapa orang lagi murid saya yang statusnya sama dengan Putra. Nama ibu dan bapa yang tertera pada surat beranak: Maklumat tidak diperolehi.

Mereka jadi mangsa.

Mangsa keadaan.

Apapun...

Mereka tidak bersalah!

Semoga hidup mereka sentiasa dalam peliharaan-Nya. Mendapat didikan yang terbaik dan berjaya di dunia, jua di akhirat. Ameen.


"Hidup Ini indah jika segalanya kerana ALLAH"

15 ulasan:

  1. ya ros... moga anak2 ini jadi insan yang lebih baik dan soleh

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Ros

    Semoga sihat dan sentiasa dalam redha Allah.

    Kesihan ya kepada mangsa keadaan.. semoga perjalanan hidup mereka sentiasa dirahmati Allah. Sebab mereka tidak bersalah.

    BalasPadam
  3. A KL CITIZEN:

    Assalamualaikum :)

    Ameen ya Rabbal Alameen.

    Semoga doa kita dimakbulkan Allah.


    WERDAH:

    Alhamdulillah, saya sihat sejahtera. Terima kasih ye Makcik, doakan saya. Semoga Makcik pun sejahtera selalu.

    Doa dan harapan yang dipanjatkan mohon diperkenankan Allah. Ameen, ameen, ameen ya Rabbal Alameen.

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Sorry lewat membalas kunjungan. Tadi Kak G tak dapat masuk pula.
    Anak2 semuanya dilahirkan suci dari noda & dosa.
    Selain ibubapa, guru boleh membantu didik dengan terbaik.
    Insya Allah, baik jadinya.

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam Kak G :)

    Dari Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”(HR Bukhari)

    Terima kasih Kak ... :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Ros,

    Nak kongsi pengalaman saya.Waktu kelas ganti tahun 3,saya bawak radio dan buka nashid "keluarga bahgia"saujana. Seronok mereka bernasyid,tiba-tiba seorang mencelah "Cikgu Hawa menagis". Benar hawa menangis yang sungguh2.
    Hawa(bukan nama sebanar). Dia dibela oleh datuk dan nenak yang penyayang,ibunya OKU yang diperkosa. Cikgu dilanda amat rasa bersalah kerana kurang peka lalau memujuk. "Hawa tak perlu rasa sedih,kan datuk dan nenek sayang Hawa,itu kan keluarga bahagia namanya,ada orang duduk dengan mak bapak dia tapi tak dapat rasa keluarga bahagia,Hawa marah ke cikgu buka lagu ni?".Dia menggelang kepala,tersenyum,lalu bersama-sama bernasyid(Suaranya memang comel,secomel wajahnya)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Ros,

    Nak kongsi pengalaman saya.Waktu kelas ganti tahun 3,saya bawak radio dan buka nashid "keluarga bahgia"saujana. Seronok mereka bernasyid,tiba-tiba seorang mencelah "Cikgu Hawa menagis". Benar hawa menangis yang sungguh2.
    Hawa(bukan nama sebanar). Dia dibela oleh datuk dan nenak yang penyayang,ibunya OKU yang diperkosa. Cikgu dilanda amat rasa bersalah kerana kurang peka lalau memujuk. "Hawa tak perlu rasa sedih,kan datuk dan nenek sayang Hawa,itu kan keluarga bahagia namanya,ada orang duduk dengan mak bapak dia tapi tak dapat rasa keluarga bahagia,Hawa marah ke cikgu buka lagu ni?".Dia menggelang kepala,tersenyum,lalu bersama-sama bernasyid(Suaranya memang comel,secomel wajahnya)

    BalasPadam
  8. Waalaikumussalam Makbonda :)

    Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman di sini. Dapat juga saya jadikan panduan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini.

    Makbonda tentu sekali mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding saya yang masih merangkak ini.

    Di harap dapat lagi kita berkongsi pengalaman pada masa akan datang ye.

    Terima kasih segalanya.

    BalasPadam
  9. ASH_MZA:

    Assalamualaikum :)

    Terima kasih ziarah ke sini. Harap ada manfaatnya.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Ros,

    Semoga Ros diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.

    Sedeh yer bila perkara ini terjadi. Anak2 sebegini memang kesian. Nasib baik dia lelaki, kalau perempuan lagi sedeh.

    BalasPadam
  11. Waalaikumussalam Kak Ani :)

    Semoga akak juga diberi kesihatan yang baik juga.

    Apa yang berlaku lahir dari kejahilan ibubapa mereka yang terlalu menurut hawa nafsu syaitan. Semoga golongan ini dicampakkan keinsafan ke hatihati mereka oleh Allah Taala.

    Semoga anak-anak ini sentiasa dipelihara Allah taala. Ameen.

    BalasPadam
  12. hai rose... nice posting
    ada pengajaran disebalik cerita...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Nur Misnan... :)

    Terima kasih sudi ke 'rumah' saya.

    Begitulah harapan saya, semoga di sebalik patah-patah kata yang terukir di sini mampu menghadirkan pengajaran, walau mungkin secebis cuma.

    Salam ukhuwwah :)

    BalasPadam
  14. I have no more words to describe this well sharing.It is really excellent sharing with have sound info.

    BalasPadam