Ahad, 16 Januari 2011

RAGAM BALQIS


"Saya tak nak duduk kat depan." Kata Balqis, seorang murid tahun 1.
Melihat kepada perwatakan, Balqis kelihatan seorang anak yang agak manja dan rapat dengan bapanya. Entah berapa kali Balqis bersalam, bersalam dan bersalam dengan bapa beliau sebelum membenarkan bapanya meninggalkannya di kelas bersama rakan-rakan.

"Kenapa ni cik?" Tanya saya kepada bapa Balqis.

"Anak saya tak nak masuk kelas sebab kawannya belum datang." Bapa kepada murid yang bernama Balqis memberitahu.

"Kalau macam tu tunggu ajelah kawannya." Balas saya.

Dua minggu sudah berlalu musim persekolahan untuk sesi 2011. Namun masih ada murid-murid tahun satu yang tidak yakin pada diri sendiri untuk ditinggalkan bersama rakan-rakan di sekolah.

"Dah sampai kawannya cikgu." Bapa Balqis memberitahu.

"Ok, masuk ke kelas ye Balqis." Balqis masuk ke kelas selepas berulangkali bersalaman, berpelukan serta berbisik-bisik dengan bapanya. Rela dalam paksa, dilepaskan jua bapanya pulang.

"Balqis, duduk kat depan ye." Kata saya, mengharap agar Balqis duduk di atas tikar yang dibentangkan di hadapan kelas.

Namun Balqis masih membatu, sambil menggeleng-gelengkan kepala. Beliau menunjukkan ke arah kerusi, mengisyaratkan bahawa dia hanya mahu duduk di kerusi itu.

"Duduk kat depanlah. Boleh belajar bersama kawan-kawan. Jom...." Saya masih tidak putus asa . Cuba memujuk.

Balqis menggeleng-gelengkan kepalanya. Masih enggan.

Otak saya ligat berjalan, masih mencari idea.

"Erm, kalau Balqis tak nak duduk kat depan, ustazah kena duduk kat luar la ye..." Sekadar menjentik emosinya, saya bersuara.

Balqis lalu menanggalkan kasut, terus duduk bersama-sama rakan sekelas. Pembelajaran bermula dan berakhir dengan lancar. Alhamdulillah.


"Hidup Ini Indah Jika Segalanya kerana Allah"

13 ulasan:

  1. comel je balqis..moga jadi anak yg berjaya:)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...:)

    Moga kitak sihat hendaknya dalam menjalankan tugas seharian..

    Ragam budak-budak ni bermacam kan! Kena pandai memujuk mereka kerana belum biasa berpisah dengan ibubapa mereka...

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum Ros

    Semoga sihat dan dalam rahmat kasihNya...

    Alahai manja Balqis ni tapi ustazahnya alhamdulillah pandai mengawalnya... begitulah ragam anak-anak kan..

    BalasPadam
  4. Salam Deena...

    Semoga sihat selalu...

    Balqis memang comel,kanak-kanak dicampur dengan tiada cela dengan dosa...

    Ya, moga dia menjadi anak yg berjaya di dunia, jua di akhirat...Ameen.

    BalasPadam
  5. ABD RAZAK

    Waalaikumussalam,

    Alhamdulillah, setakat ini sihat wal afiat. Semoga nikmat sihat ini berterusan...InsyaAllah.

    Ragam yang saya tuliskan NI baru 1 antara 1000. Banyak lagi ragam yang biasa dan luar biasa :)

    shukran.

    BalasPadam
  6. UKHTIE AL-MAHBUBAH WERDAH...

    Waalaikumussalam,

    Alhamdulillah saya sihat. Saya doakan agar Makcik sihat juga. Ameen.

    Bab memujuk ni saya tidak berapa pandai. Tapi, insyaAllah jika kita berniat ikhlas untuk mendidik Allah pasti akan tunjukkan jalannya.

    Jazakillah khayran kathiran :)

    BalasPadam
  7. Salam Ros,

    Cantik nama Balqis.

    Cucu kak ani yang sulung dah darjah 2 tahun ni.

    Adiknyanya 5 tahun dah mula tadika. Alhamdulillah nampaknya taklah meragam sangat.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Salam Kak Ani:)

    Alhamdulillah, boleh berdikari cucu Kak Ani.

    Di sekolah saya, masih ada yang mahu ditunggu walaupun sudah masuk 3 minggu musim persekolahan sesi ini.

    Harap-harap masalah ini sekejap sahaja.

    BalasPadam
  11. Salam kenal.
    Melompat dari blog Datin Dr Fauziah ni. :)

    BalasPadam
  12. Aslmkm.
    TQ kerana follow Kak G ya. Kak G follow kembali sebagai sokongan moral & tanda silaturrahim
    Hmmm, ada rakan sudah dahulu ikut ya. Bagus la.
    Bila membaca cerita begini, teringat pula pengalaman sendiri - semasa mula jadi pelajar & semasa anak ke sekolah rendah. Beza sekali reaksi! :)
    Balqis ni nampaknya antara anak2 yang masih kurang yakin ... perlu sedikit masa jer tu.

    BalasPadam
  13. Salam :)

    SITIJA: Terima kasih atas huluran salam perkenalan. Salam ukhuwwah dari saya juga :)

    KAK G: Terima kasih atas sokongan ye. Semoga 'follow mem'follow' ini ada manfaatnya...dapat bertukar-tukar idea serta menjalinkan silaturrahmi, insyaAllah.

    Itu baru cerita Balqis Kak. Banyak lagi corat coret ragam murid cilik ni. InsyaAllah akan dikongsi lagi.

    BalasPadam