Rabu, 3 November 2010

SAMA TAPI TAK SERUPA


"Ros, baju awak ukurannya kecil sedikit kan...Berbeza dengan baju-baju yang lain." Tegur rakan setugas, Rina.

"Oh..ye ke...Patutlah rasa macam tak selesa aje bila dipakai baju ni. Nampaknya, sekali ini sahajalah saya pakai baju ni. Bagi pada adik pun ok juga. Adik saya lebih kurus."Jawab saya.

"Eh, terus nak beri pada adik? Pakai ajelah. Jangan pakai di sekolah, tapi pakai di luar." Usul Rina kepada saya.

Mungkin, bagi Rina tidak wajar jika saya memberikan baju ini kepada adik, memandangkan baju tersebut baru sahaja saya rasmikan.

"Erm, boleh ke macam tu...hukum pakai di sekolah dengan di luar sekolah berbeza ke..." Saya jawab dengan meninggalkan satu persoalan.

Antara saya dan Rina wujud hubungan persahabatan yang telus. Saya boleh tegur dia, dia juga boleh menegur saya. Kami rasa sangat selesa dengan hubungan sebegini.

Alhamdulillah, setakat persahabatan yang tersimpul selama 4 tahun, cara tegur menegur antara kami juga tidak pernah mengundang rasa yang tersimpan di hati. Rasa tidak puas hati kami selalu sahaja diluahkan, tiada simpan-menyimpan.

"Teringat pula saya tentang cerita salah seorang adik perempuan saya. Adik saya pernah keluar pada waktu malam tanpa menutup aurat dengan lengkap sebagaimana pemakaiannya pada waktu siang. Lalu ditegur oleh salah seorang hamba Allah..." Saya mula bercerita kepada Rina dan beberapa orang rakan yang berkebetulan bersama-sama kami.

"Aik, lain pulak bila malam." Tegur hamba Allah itu, merujuk kepada perbezaan cara pemakaian adik saya pada waktu siang dan malam.

"Ini kan waktu malam..." Ringkas jawapan adik saya.

"Ooo...waktu malam lain hukum, siang pulak lain ye..." Balas hamba Allah itu dalam nada bergurau.Mungkin ini salah satu cara dakwah yang berkesan. Santai!

Adik saya sekadar tersengih sahaja. Benang yang basah mana mungkin mampu ditegakkan.

"Oh, samalah dengan kes saya...Saya juga pernah ditegur adik, bila tidak bertudung di hadapan lelaki Indon. Lelaki Indon datang nak baiki rumah." Giliran Rina pula bercerita.

Semua berpandangan untuk mendengar cerita Rina selanjutnya. Rina sememangnya seorang yang pandai bercerita. Mampu menarik ramai orang untuk mendengar ceritanya.

"Itukan orang Indon...". Jawab Rina apabila ditegur adiknya.

"Oh, dengan orang Indon lain pula hukumnya ye..." Cerita Rina tentang respon adik nya sambil tersenyum, menyedari kesilapan diri.

"Sama tapi tak serupa!" Detik hati saya.


12 ulasan:

  1. Salam kitak..:)

    Moga kitak sihat hendaknya dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..

    Hukum syarak, hukum adat dan hukum akallah yang memandu manusia menjalani hidup sebagai manusia dan mematuhi segala hukum dan perintah~Nya..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Alhamdulillah, saya sihat sentiasa. Terima kasih atas doa.

    Hukum syarak itulah sepatutnya didahulukan. Hukum adat pula tidak salah dijadikan panduan selagi tidak menyalahi syarak. Akal yang dipandu al-Qur'an dan al-Sunnah pula akan dapat membezakan antara yang haq dan batil.

    BalasPadam
  3. Salam Ros,

    Menjag aurat ni kadang2 ada yang tak perasan. Bila berjalan keluar bertudung. Tapi bila sidai kain baju di luar rumah terlupa bertudung.

    BalasPadam
  4. Salam Kak Ani :)

    Itulah masalahnya Kak...masih ramai lagi dari kalangan kita masih tidak jelas tentang konsep 'menutup aurat', sekalipun segalanya telah jelas dipaparkan dalam al-Qur'an, salah satunya adalah dari surah al-Nur, ayat 31, yang bermaksud:

    “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

    BalasPadam
  5. Salam Ros
    ya,kesamaanya,kita tetap kena syarak wlaau dimana kita berada,kan
    moga Allah jaga kita...

    BalasPadam
  6. salam Ros,
    walau di mana berada
    kita kena jaga syarak,kan..

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Salam Ummu ... :)

    Semoga sihat dan sentiasa dilindungi Allah...

    Ya, syarak perlu dijaga tidak kira tempat dan waktu.

    Sifat Ikhlas merupakan penentu kepada istiqamah atau tidak kita dalam menurut perintah-Nya.

    Jazakillah ya ukhtie :)

    BalasPadam
  9. Salam Ros

    Dah beberapa kali datang sini, kemudian bila nak komen keluar malware tu.

    Tp hari ini alhmdulillah w/p ada malware kak klik safety dapatlah beri komen.

    Semoga Ros diberi kesihatan dan kekuatan serta diredhai Allah.

    Eloklah kita saling tegur menegur dan memperingatkan. Semoga kita dapat sentiasa menjaga aurat kita.

    BalasPadam
  10. Salam Ros,

    Semoga sihat selalu.

    Selamat menyambut Aidiladha.

    BalasPadam
  11. Salam Kak Werdah :)

    Sebenarnya pening jugak memikirkan malware tu. Dah bermacam cara dibuat untuk atasi masalah ini, termasuk menggunakan 'anti-virus' berbayar. Tapi masih belum pulih sepenuhnya, mungkin kena reformat rasanya...

    Terima kasih atas doa akak...harap akak pun sejahtera selalu, ameen.

    Ingat mengingatkan sangat penting dalam persahabatan kan Kak...

    Jazakillah...

    BalasPadam
  12. Salam Kak Ani...

    Semoga sihat selalu, ameen.

    Salam Idul Adha buat Kak Ani jugak..

    Terima kasih.

    BalasPadam