Selasa, 4 Mei 2010

ENTRI PENDEK

Seusai menyelesaikan beberapa kewajipan, terus saya buka 'lappy' ini. Meng'google' blogger.com dan 'sign in' bicarailliyyun. Bahagian 'papan pemuka' di'klik', lantas di'klik' pula 'edit catatan'.

Entri beberapa hari lalu yang tidak dapat disiapkan atas pelbagai kekangan dan 'mashaqqah' yang tidak dapat dielakkan, di'edit' dan terus di'edit'. Kemiskinan bahasa diusahakan untuk di'kaya'kan, kekasaran bahasa cuba di'lemah lembut'kan.

Kekurangan hiasan dalaman cuba di'make up'kan. Wangi-wangian ayat al-Qur'an juga telah direnjis-renjiskan.

Namun, kita hanya mampu merancang Allah jua Penentu segala. Entri yang sudah sampai ke penghujung bicara .... entri yang digubah sebaik mungkin, walau bukan yang terbaik.... terpadam tanpa diketahui puncanya. Oh, tidak... Terkilan? Hanya Allah Yang Maha Mengerti...

Firman Allah (s.w.t), maksudnya:

اِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْنَ

"Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan mereka yang bersabar"

"Ya Allah ya Tuhanku jadikanlah aku dari kalangan hamba-Mu yang bersabar. Ameen ya Rabbal Alameen"

6 ulasan:

  1. Salam Ros,

    Anggaplah kehilangan N3 yang dah digurap sebaik mungki tu secara positif.

    Kemungkinan Allah memberi idea yang lebih baik untuk Ros membuat N3 baru nanti.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Ani :)

    Laju Kak Ani ye :)

    InsyaAllah Kak Ani...terima kasih atas sokongan... Sayang Kak Ani :)

    BalasPadam
  3. Salam..:)

    Pa kabar kitak? Moga kitak sihat..

    Kesian kitak, kamek pun penah jadi kedak ya juak. Akhirnya kamek ambik keputusan draft kat Notepad dolok, udah puas ati baruklah copy paste di blog & publish.

    Teruskan usaha..:)

    BalasPadam
  4. Salam Ustaz Razak :)

    Alhamdulillah kamek sihat, terima kasih atas doa kitak.

    Terima kasih jua atas sokongan. InsyaAllah akan menjadi pembakar semangat untuk terus menulis.

    Shukran lak.

    BalasPadam
  5. Salam Ros.

    Kakpun pernah alami perkara ini. Jadi bila taip semula tentunya tak sama dengan yang asal.

    BalasPadam
  6. Salam Kak Werdah :)

    Betul tu Kak...bila taip semula takkan sama dengan yang asal. Aura nya dah kurang 'ump'...Hehehe..Buat masa ni saya 'stop' sekejap, tunggu 'angin' baru datang baru boleh mula balik.

    Terima kasih ye Kak atas ulasan, semoga ukhuwwah antara kita terus mewangi, insyaAllah.

    BalasPadam