Isnin, 9 September 2013

UJIAN...UPSR...

Kita selalu sahaja diuji
adakala diuji dengan wang ringgit
adakala diuji dengan kerenah sahabat
adakala diuji dengan politik kerja
adakala diuji dengan masalah kesihatan
jika mahu disenaraikan, entah berapa banyak lagi ujian yang kita harungi...

Esok 9 September 2013 anak-anak didikku bakal harungi satu ujian yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan mereka iaitu UPSR.

Buat anak-anak didikku,

khusus di Sekolah Kebangsaan Matang, Kuching dan juga di Sekolah Kebangsaan Cheneh Baru, Kemaman ...serta semua yang bakal menghadapi UPSR..


Ustazah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:

"Selamat menghadapi UPSR dengan usaha yang terbaik. Semoga ALLAH kurniakan ketenangan dan kelapangan hati. Mudah-mudahan, kecemerlangan yang bakal yang kalian kecapi, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Aamiin"

اللهم اجْعَلْنَا منَ النٌَاجحيْنَ وَالفائزيْنَ في الدنيَا وَالأخرة

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Ros

    Semoga anak-anak didikmu dan semua anak-anak di semuavsekolah di Malaysia ini dapat menghadapi UPSR dengan tenang dan berjaya dengan cemerlang. Aamiin

    BalasPadam