Ahad, 4 April 2010

SEMUANYA KELABU

"Awak ni Ros, selalu cakap orang tu baik, orang ni baik." Kata salah seorang rakan saya, Fatima.

"Dah tu, nak cakap macamana lagi. Salah ke kalau saya puji mereka tu. Saya hanya nampak apa yang zahir." Ulas saya.

"Masalahnya kita tak tau di belakang kita mereka tu macamana..." Fatima menyambung bicara.

"Di belakang, kita tak nampak. Kalau mereka nak mengata ke...nak umpat ke...terpulang lah. Kita tak boleh tutup mulut mereka. Kita ni, kalau buat yang betul pun 'dikata' orang, apatah lagi kalau buat jahat. Semuanya tak betul di mata mereka. Apa lagi yang mampu kita buat?" Saya menyambung ulasan, beserta persoalan.

"Saya pun tak berani nak cakap orang tu baik, orang ni baik." Mencelah pula Farhah.

"Ye lah Ros. Sebenarnya saya ada dengar orang yang awak sangkakan baik tu pernah mengumpat awak. Hati-hati la ye..." Fatima mengingatkan saya.

Entahlah, kekadang saya bingung dengan keadaan ini. Saya selalu terperangkap dengan situasi begini. Saya cuba untuk 'think positive' tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Dikhianati oleh orang yang tidak kita sangka sering berlaku. Talam dua muka!

Bahkan ada juga yang ingin rapat dengan seseorang itu atas kepentingan peribadi. Tak kurang juga yang ingin mengorek rahsia. Selepas didapati apa yang dikehendaki akan disebarluaskan pula kepada rakan yang lain, akhirnya timbul perasaan tidak puas hati. Perasaan dilepaskan dengan cara fitnah-memfitnah. Kebenaran tidak wujud lagi. Kepalsuan yang melata.

"Maz, kekadang aku rasa tak sabar nak tunggu hari kiamat." Suara saya kepada rakan serumah. Timbul sedikit kerutan pada muka rakan saya. Ya, mana ada orang yang tidak sabar menghadapi hari pembalasan. Tidak terkecuali dengan diri saya. Masih banyak lubang yang perlu ditampal.

"Fitnah terlalu berleluasa sekarang ni. Dah tak nampak lagi mana yang putih, mana yang hitam. Semuanya kelabu." Saya meneruskan 'kalam'. Kerutan di muka rakan saya sudah mulai hilang.

"Aku sebenarnya tak sabar nak tahu kebenaran, tapi...sebenarnya, aku takut nak hadapi hari kiamat. Banyak lagi dosa ni... " Rakan saya mengangguk-angguk, tanda sudah memahami maksud saya.

Ya, dunia hari ini serba kelabu. Fitnah di sana sini.

Tidakkah kita semua sebagai manusia yang mengakui bahawa "Tiada Tuhan melainkan Allah" dan "Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah" melupai akan besarnya kesan fitnah sehingga Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah : 191, maksudnya:

"
...dan fitnah itu lebih besar daripada pembunuhan..."

Moga kita semua terhindar daripada bahaya fitnah ini.

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"

13 ulasan:

  1. Salam kitak..

    Moga kitak sihat..

    Sabda Rasulullah s.a.w. "Tanda-tanda akhir zaman adalah cepatnya waktu, sedikitnya amal, meratanya kebakhilan, banyaknya fitnah."

    Setiap orang akan dihadapi oleh fitnah. Ini kerana prasangka manusia yang berdasarkan naluri hati yang disaluti oleh nafsu. Namun sebagai seorang Islam, kita digalakkkan untuk merenung diri dalam menghadapi fitnah yang datang. Adakala kita melatah dan adakala kita tersedar tidak perlu untuk melampiaskan kesedihan akibat fitnah yang datang dengan bersemuka. Memang berani kerana benar, namun siapa kita untuk menahan manusia lain untuk menabur fitnah.

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum,

    Benarlah perasaan kita itu Ros sebab manusia bukanlah penilai terbaik, tugas insan ini hanyalah sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini..

    Serahlah pada Allah penilai yang hak...Maha Mengetahui segala-galanya, s/ada yg samar maupun yg terang, tersembunyi maupun yg nyata..

    BalasPadam
  3. Salam :)

    ABD RAZAK: Terima kasih kitak...alhamdulillah kamek sihat wal afiat. Memang, manusia akhir zaman terlalu banyak terdedah kepada bahaya fitnah. Fitnahlah yang 'merebakkan' dosa-dosa lain seperti berdendam,perkelahian/pergaduhan hatta membunuh sekalipun. Sebab itu disebut dalam al-Qur'an bahawa fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh.

    BalasPadam
  4. Salam :)

    CKG RASH: Terima kasih atas lontaran pendapat. Memang benar, kita hanya mampu menilai luaran sahaja. Di sebaliknya hanya berserah kepada Yang Maha Penilai, Allah Azza wa Jalla. Wallahu A'lam.

    BalasPadam
  5. Salam Ros,

    Dalam berkawan memang kita akan berjumpa macam2 perangai mereka. Tapi satu hari Allah akan menunjukkan kebenarannya.

    Itulah yang selalu akak pujuk diri sendiri. Kalau ikutkan hati yang sakit dan sedih memang boleh hilang kawan. Terus berkawan tapi sentiasa beringat.

    BalasPadam
  6. Salam Ros..
    "Tak kurang juga yang ingin mengorek rahsia. Selepas didapati apa yang dikehendaki akan disebarluaskan pula kepada rakan yang lain,"

    hi hi,perkara ni pun sering berlaku kepada saya. Tapi saya rasa bila perkara ni terjadi, sebenarnya, Allah nak tunjukkan siapa yang benar2 boleh jadi shaabat kita dan siapa yang cuma sahabat munafik.
    erm teringat petang semalam kawan saya tanya, Ummu tak cerita kepada kawan2 ke tentang xxxx?sebab dah banyak kali terkena, saya lebih sukia diam sahaja.

    BalasPadam
  7. orang kata berkawan biar seribu, tp bila memikirkan ramai yg talam 2 muka... pepatah tu x leh diguna. Kawan x ramai pun x apa asalkan boleh mengharung susah senang bersama. Salam ukhuwwah.

    BalasPadam
  8. salam kitak..

    tq kitak sudi berambeh ke blog kamek..
    blog kitak nang bagus owh..
    ni first time kamek nanggar n maca blog kitak..

    moga kitak terus ceria alu bahagia hendaknya..ehehhe..

    BalasPadam
  9. Salam :)

    KAK ANI: Betul tu Kak Ani. Kalau nak elakkan dari 'Pembawa Mulut' memang susah, sebab kita tidak ketahui apa yang tersimpan di hati mereka.

    Sebagai jalan pintas, berkawanlah walau beribu tapi kena berhati-hati agar diri kita tidak dikhianati dan menjadi mangsa 'Si Talam Dua Muka'. Berserahlah kepada Allah, insyaAllah kebenaran akan terserlah jua. :)

    QASEH MAS: Kita perlu berhati-hati mengeluarkan kata agar tiada yang terasa dengan kita, dan tiada pula yang membuatkan kita terasa dengan mereka. InsyaAllah,Allah akan jaga hati kita.

    Jika ada dari kalangan 'sahabat' yang 'bertalam' dua muka di luar pengetahuan kita, kita pulangkan saja hati-hati itu kepada Allah, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Wallahu A'lam.

    BalasPadam
  10. Salam :)

    FA 10: Terima kasih atas lontaran pendapat.

    Bagi saya tiada masalah berkawan beribu-ribu pun selagi kita berhati-hati dalam menjalinkan hubungan itu. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

    Salam ukhuwwah :)

    CIK AMEI SENSEI: Terima kasih kitak sudi brambeh ke 'rumah' kamek. Iboh serik hoo.

    Sikda pa yg menarik di blog kamek tok. Mun ada pun semua yang baik itu datang dari Allah belaka. Moga ada manfaatnya ya.

    Salam ukhuwwah :)

    P/S Di Kuching kitak diam sinei...

    BalasPadam
  11. rahf, jgnlah fikir sgt pasal org2 mengata2 ni. byk hal lain lagi kita fikir yg boleh turn to pisitive thinking. fikir pasal org tak ada kesudahannyer.

    -sa

    BalasPadam
  12. Salam Sa (siapa ye? :))

    Betul tu. Memikirkan tentang perkara tersebut hanyalah sia-sia.

    Lebih baik memikirkan tentang perkara yang lebih penting, yang boleh menjana dan menambah baikkan amalan kita di dunia.

    Terima kasih sahabat :)

    BalasPadam
  13. sabirah.. org sekappung..se dorm..

    BalasPadam