Ahad, 4 April 2010

SAMPAIKANLAH...


"Ok lah, lepas ni kita jangan bercakap depan Ros lagi." Kata A, membalas teguran saya.

Saya menegur beberapa sahabat saya yang telah memperkatakan tentang 'ketidakpadanan' sepasang suami isteri dari sudut luaran.

"Sebenarnya kita tak boleh kata macam tu. Terasa hati dia nanti kalau dia dengar." Sebaik mungkin, saya melontarkan kata .

"Dia tak dengar...". Balas A.

"Dia memang tak dengar. Tapi, inilah sebenarnya antara salah satu sebab hukum harus persandingan berubah menjadi haram . Kita 'tengok' dengan mengunakan mulut, bukan dengan mata. Itu tak kena, ini tak kena. Apa perasaan kita kalau kita di tempat dia? Dah jodoh dia, biarkanlah..." 'Kalam' saya bersambung.

Semua sahabat saya terdiam termasuk A. Saya rasa serba salah. Saya bukannya yang terbaik untuk menasihati orang lain. Saya juga masih terlalu banyak kekurangan. Tapi telinga ini tidak senang apabila mendengar bentuk kritikan sebegitu, lalu lisan mengeluarkan bicara.

Rasanya, lisan ini begitu berhati-hati mengeluarkankan bicara, sebab bimbang ada hati yang disakiti. Dalam berhati-hati ada hati yang disakiti. Dalam berjaga-jaga ada jiwa yang terasa. Apatah lagi, mereka yang ditegur itu boleh dikatakan agak akrab dengan saya. Tapi teguran saya untuk kebaikan.

"Erm, jangan ambil hati ya Kak... saya juga banyak buat silap...banyak dosa...mengumpat pun tidak terkecuali..." Dengan rendah hati saya mohon maaf.

Sampai Bilakah...

Sampai bilakah kita layak untuk menasihati jika menunggu hati benar-benar bersih? Kita bukannya 'maksum'. Kita ini 'manusia' yang tidak lari dari melakukan kesalahan dan dosa. Selagi bernama manusia selagi itulah kita terus melakukan kesilapan dan dosa, sama ada disedari atau tanpa disedari. Sebab itulah kita hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada Allah. Sentiasa beristighfar dan memohon ampun dari-Nya.

Rasulullah (s.a.w) telah bersabda dalam sebuah hadith yang dinilai sahih. Maksudnya:

"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."


Hadith ini menginterpretasikan tentang peranan 'menyampaikan' atau 'tabligh' itu wajib ke atas semua muslim dan muslimat. Tidak kira apapun kedudukan kita. Tidak terhad kepada ulama, ustaz atau bukan ustaz, tua atau muda, bos atau kuli. Semuanya ditaklifkan sebagai da'ie yang bertanggungjawab memakmurkan bumi Allah dengan nilai-nilai moral dan insani.

Bertakwa atau tidak kita, nilainya adalah di sisi Allah jua. Andai memang benar-benar bertakwa tapi tidak menjalankan amanah sebagai khalifah yang 'menyampaikan', sia-sialah nilai jawatan yang kita sandang itu.

Jangan hanya mencari pahala untuk diri sendiri semata-mata. Bantulah jua mereka yang dahagakan santapan jiwa. Jiwa yang kontang perlu diisi dengan pengisian yang berbentuk rabbani agar jiwa tersebut kembali basah dan subur dengan iman dan takwa kepada Allah Rabbul 'Izzati.

Begitu juga dengan golongan yang masih terkial-kial dalam mendekatkan dirinya kepada Allah. Jangan pinggirkan golongan ini. Jangan pandang remeh segala nasihat dan teguran mereka. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada hati kita pada masa akan datang. Adakah hati kita terus berpegang dengan tali Allah...Adakah hati golongan yang 'terkial-kial' itu terus 'terkial-kial' atau sebaliknya. Segala-galanya mungkin...Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Cabaran...

Seringkali kita dilontarkan dialog sebegini:

"Alah, dia tu bukannya baik sangat. Pandai-pandai nak menasihati orang. Ukurlah baju di badan sendiri dulu."

atau dialog begini:

"Kubur masing-masing..."

Ada yang terus 'mati kutu' untuk meneruskan peranan sebagai da'ie apabila dihujani dengan respons sebegini.

Saya sedar, saya hanyalah da'ie kecil tapi hati saya sering bergelora...tidak tenang andai 'kebatilan keterlaluan' di hadapan mata. Mata tidak mampu untuk melihat semata-mata, lalu lisan mengeluarkan 'kata'. Hasilnya mungkin tidak seberapa, namun saya mohon agar 'kata' yang datang dari hati itu tetap bernilai di sisi Yang Esa.

Keterlaluan!

Walaupun saya tahu bahawa untuk menyedarkan seseorang itu dari lena diulit dosa tidak perlu tunggu 'keterlaluan' yang datang namun saya terlalu lemah untuk itu. Saya tahu batil tetap batil selagi ia dinamakan 'kebatilan'. Keterlaluannya saya...hanya memilih untuk mencegah kebatilan yang keterlaluan!

"Lain kali kita jangan bercakap depan Ros lagi."

Kata-kata ini amat menusuk hati seolah-olah teguran saya itu tiada kesan apa-apa. Bukan bermaksud saya kecil hati kerana teguran tidak diambil endah. Sebaliknya hati kecil saya terkilan kerana A tidak memahami maksud teguran saya. Apa yang saya sampaikan bukan untuk ditangani, tetapi hanya untuk dijauhi.

Seolah-olah lisan yang berbicara itu tidak mempunyai sedikit 'isi' pun. Apapun, saya sedar semua itu hanya dugaan semata. Tiada apa yang perlu diambil kira. Hanyalah ujian yang tersangat kecil.

"Aku mohon padamu ya Allah agar aku mampu istiqamah dalam menyampaikan kebenaran-Mu. Ameen ya Rabbal 'Alameen.


"Hidup Ini Indah Jika Segalanya kerana Allah"

15 ulasan:

  1. Salam..:)

    Moga kitak sihat..:)

    Biarlah kita tidak dikasihi manusia kerana sebab ingin menyeru kepada kebaikan, asalkan Allah mengasihi dan sayang kepada kita. Yang penting tugas khalifah yang kita sandang itu tulus dan suci semata-mata taat atas perintahNya mengajak manusia ke jalan yang diredhai..

    :)

    BalasPadam
  2. salam Ros ...

    Ros hebat dan kuat iman ...berani

    akak tabik semangat dan keberanian Ros demi kerana hukum Allah.

    BalasPadam
  3. Salam :)

    Alhamdulillah kamek sihat. Harap-harap kitak sihat juak :)

    Bagi saya kalau kita melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah,insyaAllah kebaikan itu akan kembali kepada kita juga.Lambat atau cepat aje... Yang penting kita kena bersabar menghadapi segala dugaan dalam menyatakan kebenaran.

    Semoga kesabaran itu subur tertanam dalam jiwa kita. InsyaAllah.

    Terima kasih kitak sebab tidak jemu melontarkan pendapat, malar jak kitak jadi 1st 'comentator' :)

    BalasPadam
  4. Salam Kak Ummi:)

    Saya masih bertatih Kak. Bukan selalu begitu. Jika telinga tidak tahan mendengar barulah lidah bersuara.

    Selalu juga saya membisu dan hanya tersenyum kerana tidak kuat untuk menyatakan kebenaran. Dalam hal ini hanya hati yang mengambil peranan sebagai da'ie. Itulah selemah-lemah iman.

    Terlalu tidak layak untuk diri saya dikatakan sebagai kuat iman. Hebat jauh sekali. Masih banyak kelemahan yang menjadi milik saya. Apa pun, yang baik itu datangnya dari Allah (s.w.t), manakala segala kekurangan itu sudah pasti datang dari pihak saya sendiri.

    Terima kasih Kak ya, semoga ukhuwwah ini terus mekar mewangi:)

    BalasPadam
  5. Salam Ros,

    Tak aper, apa yang Ros lakukan adalah bertujuan baik. Berdoalah semoga satu hari nanti mereka akan berubah.

    BalasPadam
  6. Salam Kak Ani :)

    Betul tu Kak ... "Doa Senjata Mukmin" Sama-sama kita doakan agar kita semua sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.

    Hari ini lebih baik dari semalam, Esok lebih baik dari hari ini. InsyaAllah...

    BalasPadam
  7. Salam Ros,

    Kak ni selalu terlambat ke sini sebab link Ros di blog kak tak nampak N3 baru, begitu juga dalam dashboard, kmd nak aksess ke blog Ros ni pun dia keluar mcm ni..

    Invalid content type: bicarailliyyuun.blogspot.com dan

    http://bicarailliyyuun.blogspot.com/feeds/posts/bicarailliyyuun.blogspot.com

    Memang benar kita kena berlatih dengan kuat dan istiqamah, kak yang dah tua ni pun banyak lagi yang perlu ditarbiyah, jadi nak menasihati orang kadang-kadang takut macam Ros juga tp kita cuba sedaya upaya kita kan. Kadang-kadang memang ada orang yang tak mahu mendengar nasihat kita. Tp sekurang-kurangnya bila kita menegur kita terkesan juga nak baiki diri kita, manusia bersifat lemah.

    Semoga kita semua dirahmati Allah.

    BalasPadam
  8. Salam Ros,

    tentang persoalan tersebut di atas tu kakpun tak tau cara nak atasinya.

    BalasPadam
  9. setuju sekali dengan quote yang last sekali tu.. :)

    BalasPadam
  10. Salam Ros,

    Seronoklah sekarang. Link ros dengan akak dah okey.

    Dulu2 terpaksa mengagak sebab tak dapat paparan baru.

    BalasPadam
  11. Salam Kak Werdah :)

    Terima kasih atas ulasan

    Setakat yang mampu kita cubalah menasihati, kerana menasihati itu salah satu uslub dakwah. Sekiranya tidak mampu cukuplah berdakwah melalui hati iaitu selemah-lemah iman.

    Rasulullah (s.a.w) telah bersabda, maksudnya:

    Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Hadis riwayat Imam Muslim).

    BalasPadam
  12. Salam :)

    UMMU MISHKAH: Terima kasih sudi tinggalkan jejak ye...Semoga ada manfaatnya...salam ukhuwwah :)

    KAK ANI: Terima kasih atas sokongan dan semangat yang diberikan. Doakan agar saya terus istiqamah dalam menulis ye..Terma kasih segalanya.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Ros..
    Ain terpandang entry ni, tajuk 'Sampaikanlah' dan gambar Ros guna utk entry ni sama dengan entry ain yang terbaru, cuma isi kandungan berbeza.Kebetulan lah pulak!
    Sabar ye Ros, niatkan aje apa yg kita sampaikan itu dapat membawa kebaikkan kepada yang lain, dan niatkan semata-mata utk Allah SWT.

    BalasPadam
  14. Waalaikumussalam Ain :)

    Tidak mengapa Ain, lagipun gambar itu bukan akak yang punya.

    Niat ikhlas kerana Allah akan membawa kita kepada perasaan sabar,insyaAllah.

    Jazakillah. :)

    BalasPadam