"Takdir ke tu?" A bertanya B.
"Ye, takdirlah. Sudah takdir..." Jawab B.
"... takdir boleh berubah tak?Tak perlu berusaha ke?" Tanya A lagi.
"Kan semua tu sudah takdir-Nya." B tetap dengan pendiriannya.
"Takdir boleh berubah.Sebab itu kita disarankan agar berdoa.Tanyalah ustazah tu." Ujar A sambil menuding jari ke arah saya.
Dialog yang sempat saya rakamkan di minda sebelum diberi peluang untuk 'menyampuk'. Ketika itu saya sekadar singgah sekejap di bilik pemulihan, sementara menanti waktu P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) seterusnya. Tidak pula saya tahu ada perbincangan santai.
B tercengang mendengar kenyataan A .
"Tapi saya dah banyak berdoa, tak makbul-makbul juga..." Jawab B.
Saya sudah mengagak jawapan itu. Ini kerana saya pun pernah berbual ringan dengan B berkaitan dengan takdir.
"Ye, takdir boleh berubah, sebab itulah kita disarankan berdoa...Apa gunanya Allah suruh kita berdoa kalau takdir itu tidak berubah. Mungkin doa kita akan dimakbulkan di akhirat kelak. Tak semestinya semua doa kita dimakbulkan terus di dunia." Saya 'menyampuk'.
Kita sebenarnya tidak tau bagaimanakah caranya Allah mengabulkan doa kita. Adakah terus dibayar 'cash'? Tidak mustahil juga dibayar dengan menggunakan 'cek'. Yang penting jangan berputus asa untuk terus meminta.
"Allah bagi apa yang Dia tahu, bukannya Allah bagi semua apa yang kita minta. Apa yang kita minta tak semestinya baik untuk kita." Ulas A.
Ye, sebenarnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita. Tak semestinya baik di fikiran kita, maka baiklah bagi ilmu Allah. Boleh jadi sebaliknya. Sebab itulah kita perlu redha dengan apa yang ditakdirkan kepada kita. Tapi tidak bermakna kita harus tunduk dan mengalah dengan takdir. Berdoa...dan teruslah berdoa.
Sekiranya apa yang dipinta itu tidak direalitikan oleh Allah, pasti ada hikmah yang tersirat. Hanya Allah yang Maha Tahu. Kita juga harus muhasabah diri kenapa doa kita tidak dimakbulkan Allah. Mungkin ada hijab yang menghalang.
Hijab-hijab Yang Menghalang
Ketika Ibrahim bin Adham (seorang sufi) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai.
Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?".
Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:"
- Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
- Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
- Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
- Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
- Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
- Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
- Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.
"Hidup Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
Salam...
BalasPadamIndahnya nasihat di sini...
Salam ziarah...
ABDUL RAZAK
BalasPadamSalam...
Semoga kita sama-sama dapat pangajaran dari nasihat-nasihat tersebut.Ameen. Terima kasih sudi ziarah ye...
salam....
BalasPadamsebagaimana firman ALLAH yang bermaksud :
"berdoalah kepadaKU nescaya akan ku perkenankan kepadamu"
dalam ayat ini menunjukkan perjanjian ALLAH kepada hambaNYA yang berdoa kepadaNya untuk memenuhi segala permintaan hambaNYA baik yang beriman atau yang melanggar perintah ALLAH.
namun ada 3 sebab kenapa doa seseorang itu tidak dimakbulkan oleh ALLAH :
1-barang yang diminta itu tidak layak untuk diterima oleh yang meminta.
2-ALLAH hendak menggantikan yang lebih baik dari apa yang diminta.
3-ALLAH hendak menjadikan doa itu sebagai satu pahala di akhirat kelak.
ALLAH MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG....biarpun doa kita tidak dimakbulkan,tetapi ianya tetap diterima di sisi ALLAH.
-wallahua'lam-
assalammualaikum
BalasPadamsalam ziarah
no 9.... tu yang takut sekali, sebab mulut ni kadang2 terlaju dari akal fikir
RAHMANW:
BalasPadamSalam...Ulasan yang sangat bermanfaat. Kadang-kadang kita tak fikir tiga hikmah tersirat itu. Yang kita fikir ...apa yang diminta mesti kita dapat kan...Sepatutnya kita hendaklah sentiasa berdoa, dan terus berdoa dengan penuh pengharapan dan keinsafan...Wallahu A'lam
A KL CITIZEN:
Waalaikumussalam...
Betul tu kak..kita selalu alpa dengan perkara ke9 tu ye... Kerana mulut santan binasa, Apapun kita kena sentiasa berjaga-jaga... :)
salam kenal dari kakintan...alhamdulillah masuk ke blog ni banyak info yang kakintan dapat.salammmmm
BalasPadamKAK INTAN: Salam perkenalan juga dari saya. Erm, baru mula nak belajar menulis...Dah lama tinggalkan alam pengajian..Kira macam dah berkarat lah...ni kiranye nak kikis balik lah...hehe...Apepun saya harap sedikit sebanyak ada manfaat buat semua...Terima kasih Daun Keladi, Ada Masa Jenguk lagi :-)
BalasPadam