Sudah lama saya tidak menulis, keadaan tidak mengizinkan. Semalam baru keluar wad. Rupanya sakit yang ditanggung selama dua minggu itu apendiks. Ingatkan sakit biasa. Empat malam juga saya 'terpaksa' menginap di Hospital Umum Sarawak.
Alhamdulillah, masih di peringkat awal. Lepas ni saya akan 'direfer' ke Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu. Lusa saya akan balik ke kampung. Alhamdulillah, dapat cuti sakit sehingga 20 November. 'Ngam-ngam' cuti sekolah. Berehat panjang la nampaknya saya.
Bila bercuti panjang ni, teringat la pulak saya kepada ragam anak didik di sekolah.
Imbas kembali....Suatu hari setelah selesai doa dibaca...
"Ustazah...tadi mereka berkelahi." Adu seorang murid.
"Siapa yang berkelahi sila berdiri." Arah saya. Nampaknya tiada sorang pun berani berdiri. Saya berfikir sejenak.
"Ok, Ustazah nak sesiapa berkelahi mengaku salah, jangan sampai ustazah rotan.. Siapa yang mengaku salah, ustazah takkan rotan..." Arah saya lagi. Tiada juga yang mahu mengaku kesalahan.
"Ok lah..ustazah kira sampai 'asharah' ye...sape yang tak mahu mengaku jugak, ustazah akan rotan.." Sebelum sampai ke angka sepuluh, semua yang dikatakan berkelahi tadi bangun sorang demi sorang. Dalam hati, saya tersenyum. Berjaya juga taktik saya.
"Sekarang bagitau ustazah kenapa awak semua bergaduh?"
"Hafiz curi duit Daniel..." Beritahu seorang murid.
"Awak nampak ke Hafiz curi...?" Tanya saya.
"Tak..." Hampir semua murid menjawab.
"Imran, ambik 'marker' ustazah atas meja." Suruh saya kepada salah seorang murid di kelas 1 Cemerlang. Lalu, Imran mengambil 'marker' yang saya maksudkan.
"Sekarang cuba kamu semua bagitau, siapa ambil 'marker' ustazah..." Tanya saya.
"Imran.." Serentak mereka jawab.
"Mana awak semua tau?"
"Kami nampaklah..."
"Tapi tadi awak kata Hafiz curi duit Danial? Awak semua nampak ke?" Saya mengalihkan perhatian mereka kepada masalah yang timbul tadi.
"Tak..." Jawab mereka sambil tersenyum.
"Lain kali awak semua jangan tuduh kawan kita mencuri kalau tak nampak. Berdosa...nanti Allah marah." Sambung saya lagi.
Murid-murid hanya diam sambil tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala. Seterusnya saya memulakan pengajaran yang hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi.
Inilah kerenah-kerenah murid cilik yang saban hari saya hadapi. Kenakalan mereka bila di depan mata memeningkan, tetapi bila tiada dirindui :-).
Sekadar itu coretan saya. Hingga jumpa lagi.
Wassalam.
"Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah"

Assalamualaikum...:)
BalasPadamSelamat bercuti semoga Allah permudahkan perjalanan balik sana..
Rihat secukupnya
assalammualaikum
BalasPadamsemoga ceput sembuh ya..
selamat berehat
Salam, Illiyyun
BalasPadamSemoga cepat sembuh :)
Allahummasyfiha, anta as-syaafi, la syifaa illasyifauka, syifaan layughadiru saqama, ameen
Salam ukhuwwah
Assalamualaikum Ustazah
BalasPadamsemoga Allah memudahkan segala urusan ustazah.
maaf nak tanya,ustazah dah operate ke apendiks tu?jaga diri baik-baik ya ustazah.
wassalam
ABD RAZAK & A K L CITIZEN
BalasPadamWaalaikumussalam,terima kasih, semoga kitaa semua dilimpahi nikmat kesihatan aleh-Nya, Ameen.
UMMU HUSNA
Salam Kak Ina...
Terima kasih atas doa, harap Kak Ina n keluarga juga sihat sejahtera.Ameen...Salam Ukhuwwah :)
UMMU MASYITAH
Waalaikumussalam..
Terima kasih atas segala doa. Menurut doc setakat ni saya tak perlu dibedah...Alhamdulillah. Doakan ye... Salam ukhuwwah!
salam ziarah
BalasPadamsalam...wah...nasihat yang berguna lagi manafaat...kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak...sebab itu, usaha hendak dibuat ke atas orang lelaki...takaza kita sekarang dan sampai kiamat jumpa setiap lelaki akil baligh di dalam rumah2 org islam,,ajak mereka kepada masjid..biar semua lelaki islam ada hubungan dgn masjid dan ada taaluk dengan Allah swt.
BalasPadamPUTERI
BalasPadamSalam ukhuwwah...terima kasih sudi berkunjung :-)
ANAK PENDANG SEKELUARGA
Terima kasih atas mutiara kata yang amat berguna. Betul tu ta'alluq yang kuat antara kita dengan masjid pasti akan mewujudkan taqarrub ilallah, hasilnya akan lahirlah lelaki yang pastinya akan membawa kepada pengislahan kepada wanita. InsyaAllah.