Entah mengapa saya merasa sedih dengan perginya Ramadhan kali ini. Ramadhan yang datang begitu menduga keimanan saya. Satu persatu ujian menjenguk diri tanpa disangka-sangka. Ujian ini mendidik hati saya agar sentiasa bersedia untuk menerima ujian-Nya, sentiasa mengingati-Nya walau di mana berada.
Bukankah ujian Allah itu satu tanda bahawa Dia mengasihi umat-Nya? Ujian itu juga merupakan satu isyarat bahawa diri ini perlu mengislahi amalan hari ini agar menjadi lebih baik pada hari-hari seterusnya. Ujian ini juga diharapkan menjadi kaffarah dosa-dosa lalu.
Saya terfikir sejenak:
"Andai balasan dunia ini tidak mampu diharungi, mampukah balasan akhirat saya harungi? Diharapkan agar ujian ini mampu membasuh dosa-dosa lalu agar terampun segalanya di dunia, seterusnya Tuhan meredhai saya untuk terlepas dari segala azab di akhirat dan menjadi salah seorang penghuni syurga-Nya."
Layakkah untuk syurga-Mu? Sejenak teringat saya kepada alunan zikir taubat.
Tetapi ku tak sanggup ke neraka-Mu
Ampunlah dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar"
Kembali kepada cerita tadi, ujian pertama saya terima apabila terlibat dengan kemalangan, sehingga kereta saya terpaksa ditahan di 'wad'. Alhamdulillah saya tidak menghadapi apa-apa kecederaan. Diri saya tetap sihat walafiat, sehinggalah kereta disahkan 'sihat' oleh pihak 'hospital' , iaitu ketika fasa maghfirah mula menjengukkan diri.
Selepas kereta kembali 'sihat' saya pula terlantar sakit. Tiga hari saya terpaksa mengambil cuti sakit, tetapi banyak minggu juga terpaksa menunggu kesihatan kembali pulih seperti sediakala. Terbaru rumah sewa saya di Kuching pula dipecah masuk, iaitu ketika hati tengah girang meraikan Syawal di kampung halaman. Banyak barang keperluan hilang termasuklah radio, seterika, televisyen, mesin pencetak yang baru dibeli dan macam2 lagi, sehinggakan sekecil-kecil barang yang tidak dijangka pun boleh dicuri. Zalim betul pencuri tu.
Semoga Allah memberi pengajaran kepada mereka yang punya angkara tu. Ingat sikit ye! Kalau awak buat orang macam tu esok lusa awak kena lebih dari tu lagi...Hidup ni umpama roda...(Erm, macam tau je siapa punya angkara...cuma tak berani nak bertindak, maklum la saya ni hanya perantau...)
Daripada musibah ini, saya mendapat banyak pengajaran. Ketika inilah kita akan dapat kenal siapa sahabat untuk sama-sama ketawa, siapa pula sahabat yang sanggup menangis bersama-sama kita. Diharapkan agar ujian yang ditempuh ini mampu menitip rahmat dari-Nya buat saya hamba yang sangat dha'if ini.
Semoga musibah demi musibah yang menimpa ini mampu meraih empati kita kepada insan-insan malang yang hidup mereka umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Saya masih bertuah sebenarnya jika dibandingkan dengan mereka. Dan sangat-sangat bertuah jika dibandingkan dengan saudara kita di Ghaza, dan juga di Padang sana.
Tika diuji, ayat-ayat berikut menjadi peneman setia. saya InsyaAllah kita akan menjadi hamba yang lebih bersyukur sekiranya ayat-ayat berikut dihayati dengan hati.
Kenapa Kita Diuji?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
Beratnya Ujian Ini ...
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)
Kecewanya Hati ...
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)
Bagaimana Ujian Ini Harus Kita Hadapi?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)
Apa Natijah Daripada Ujian Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)
Kepada Siapa Harapan Kita?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)
Musibah ini juga diharapkan mampu mendidik hati kita agar sentiasa berusaha untuk meningkatkan taqarrub Ilallah. Tidak mustahil ujian yang menimpa itu datangnya dari kealpaan kita terhadap tanggungjawab kepada Ilahi. Kita biasanya akan lebih mengingati Allah apabila dalam kesusahan. Jadi, bermuhasabahlah selalu atas ujian yang menimpa agar Allah makin dekat dengan hati kita di waktu senang mahupun di waktu susah.
Lazimilah berdamping dengan al-Qur'an kerana Kalamullah merupakan bibliografi utama orang Islam dalam menghadapi segala onak dan duri kehidupan.
Sekian dari saya, InsyaAllah ketemu lagi. Wassalam.
(P/S Sebenarnya entri ini telah lama ditulis tapi terasa berat hati nak di 'publish'kan, sebab itulah entri ini masih berbau Ramadhan. Bila Syawal pula telah beransur untuk menginjak pergi barulah tergerak hati untuk kembali meng'edit' artikel ini... :-))
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
SABO YER CIKGU:-p
BalasPadamSalam, Illiyyun
BalasPadamSimpati Kak Ina mendengarnya. Innalillah wainna ilaihi roji'un.
Semoga tabah dan bersabar dengan ujian yang menimpa.
Yang penting, teruskan berkongsi cerita dan pengalaman ye :)
Kalau Kak Ina tak tinggal komen pun, jadi silent reader je..
Terima kasih dik.
NIETA ABADIEY
BalasPadamYe la Ciknit... Huhuhu
UMMU HUSNA
Terima kasih Kak Ina, Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan golongan yang bersabar... :-)