Alhamdulillah,tercapai juga hasrat hati untuk menjadi salah seorang blogger yang sama-sama berdakwah di arena maya. Sebelum ini hanya sekadar menjadi pengunjung blog semata-mata. Di antara blog yang sering saya kunjungi ialah blog UZAR sekeluarga dan blog Marbu serta blog yang ada link dengan blog-blog tersebut. Semakin kerap blog tersebut saya ziarahi semakin kuat hati ini ingin memiliki blog sendiri.
Kenapa hati saya terasa begitu? Sudah tentu kerana merasakan diri ini terlalu mundur dalam memberi saham kepada umat Islam, tiada apa yang saya laburkan untuk mereka, sedangkan untuk diri sendiri terlalu banyak hasil pelaburan dunia yang saya nikmati. Alahai...kerdilnya rasa diri ini di sisi Yang Maha Esa. Saya juga sudah tentu ingin sama-sama menceburi dunia dakwah walau sekadar di alam maya.
Saya bukanlah seorang yang petah berbicara untuk berceramah, saya bukan seorang ahli politik yang berani melontarkan pandangan, saya juga bukanlah seorang yang sangat layak untuk berkata-kata tentang kebenaran..Seringkali diri saya memilih untuk "berdakwah" di tahap yang paling lemah...iaitu melalui hati...bukan kerana sesiapa, tetapi kerana diri sendiri juga yang tidak mempunyai kekuatan ke arah itu...kelemahan diri ini terlalu dominan berbanding dengan kekuatan.
Perasaan hati ini semakin meronta-ronta untuk menjadi pendakwah di bumi-Mu ya Allah..akhirnya jalan ini yang aku pilih.Harapanku ya Allah agar usahaku yang tidak seberapa ini dapat menambahbaik segala amal soleh ku yang tidak seberapa. Akan kucuba ya Allah agar aku juga mampu menjadi pendakwah terbaik di sisi-Mu walau sekadar di alam maya.Ameen.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan