Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU...

Sempena menyambut 16 Mei 2010, di sini saya himpunkan beberapa 'kata-kata ucapan' yang diterima melalui sms. Semoga kata-kata ini menjadi penguat semangat dalam menghadapi liku-liku hidup sebagai seorang pendidik.

..Selamat hari guru kepada anda semua. Semoga anda menjadi pendidik yang dedikasi, penuh kesabaran, kreatif, inovatif dan prihatin. Percayalah, tanpa anda pendidik dunia ini takkan maju dan ceria.


Dulu, dia pegang rotan, kau kata dia garang
Bila dia lambat masuk ke kelas kau kata dia malas
Bila dia marah-marah kau kata dia melampau
Kini...kau adalah dia.
SELAMAT HARI GURU

Setiap insan ingin kejayaan, tapi tak semua akan berjaya...Selamat hari guru dan teruskan perjuangan untuk mempertabatkan profesion perguruan. Moga terus diberkati hingga ke akhir hayat.


Guru sering dihina, dicaci demi membela nasib anak bangsa yang semakin terabai di Sekolah....Namun kerjaya guru tetap digagahi jua demi kejayaan anak bangsa. Kadang-kadang sedih jua mengapa ada insan yang sanggup mencaci perjuangan guru. Ketahui di hati guru penuh dengan bisikan. MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Selamat hari guru untuk rakan semua.


Kita mempunyai 1 tekad, 1 matlamat, 1 arah perjuangan demi merealisasi impian dan harapan kita bersama. Selamat hari guru buat rakan-rakan seperjuangan.


Mak cakap CIKGU macam MAGEE, makanan rutin 'time' susah,
Ayah cakap CIKGU macam D'SEEKERS, menakutkan...
Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada...
Tapi...saya cakap CIKGU macam L'OREAL kerana dirimu begitu berharga!
SELAMAT HARI GURU... Guru Pembina Negara Bangsa

Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilang diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU,tingkahlakunya diTIRU...SELAMAT HARI GURU.


Buat semua guru yang pernah saya kutip ilmu dari kalian, terima kasih yang tidak terhingga. Moga hidup kalian sentiasa dirahmati-Nya. Semoga 'amal' kita semua bernilai di sisi-Nya.

Terima kasih jua atas ucapan rakan-rakan di laman 'facebook'. Begitu juga dengan rakan-rakan 'blogger' khususnya Kak Ani, Ustaz Abd. Razak, Kak Werdah Segala ingatan dan ucapan kalian didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga kita semua berada dalam rahmat-Nya selalu. Ameen.

Selamat Hari Guru buat semua para pendidik...Guru Pembina Negara Bangsa...

Sekian, moga ada manfaat...

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"

18 ulasan:

  1. salam,

    selamat hari guru jasamu guru dikenang setiap masa..

    BalasPadam
  2. Salam..:)

    Moga Allah anugerahkan kitak sihat yang berpanjangan dalam menjalankan amanah.

    Selamat Hari Guru.

    Tekunilah pekerjaanmu nescaya cita-citamu akan menjadi kenyataan

    BalasPadam
  3. salam alaik akak :)

    selamat hari guru!! semoga terus diberi kekuatan olehNya utk mendidik anak bangsa..ameen =)

    BalasPadam
  4. Salaam...

    Selamat Hari Guru kepada Cikgu Ros.

    What nobler employment, or more valuable to the state,
    than that of the man who instructs the rising generation. ~ Marcus Tullius Cicero

    VpeaceV

    BalasPadam
  5. slmt hari guru
    mg terus istiqamah =)

    BalasPadam
  6. Salam :)

    PENJEJAK MAYA: Terima kasih ye ...

    ABD RAZAK: Terima kasih atas doa kitak.

    Betul, ketekunan dan komited dalam segala amalan pasti akan merealisasikan segala impian dan cita-cita, Ameen ya Rabbal Alameen.

    BalasPadam
  7. Salam :)

    MELATIDAISY: Terima kasih atas ucapan ya...

    InsyaAllah, segala kekuatan yang ada akan diaplikasikan sebaik mungkin demi kejayaan anak-anak didik di dunia, jua di akhirat.

    Salam ukhuwwah dik... :)

    UMI AZUDDIN: Terima kasih atas ucapan...

    Kata-kata yang menarik itu,insyaAllah akan dijadikan panduan dalam melayari kehidupan sebagai pendidik.

    Salam ukhuwwah :)

    BalasPadam
  8. JANE

    Salam :)

    Terima kasih...Ameen. Salam ukhuwwah :)

    BalasPadam
  9. saya pun nak ucap selamat hari guru juga


    banyak dapat hadiah nampaknya

    BalasPadam
  10. Salam :)

    A KL CITIZEN: Terima kasih kak ...

    Tak banyak mana pun kak...cikgu garang susah nak dapat hadiah... :) :) :)

    Apapun, syukur masih ada yang sudi memberi :)

    BalasPadam
  11. Selamat hari guru kepada semua guru-guru..

    Mesti dapat banyak hadiah.

    BalasPadam
  12. Salam...

    FARID RASHIDI: Terima kasih atas ucapan ya...Erm, hadiah tu takde la banyak sangat...

    BalasPadam
  13. Salam Ros,

    Nak ucap selamat Hari Guru jugak ni.

    Semoga Ros gembiran dengan tugas dan tanggungjawab yang telah diterima.

    BalasPadam
  14. Salam :)

    KAK ANI: Terima kasih atas ingatan...terima kasih juga atas doa ...erm, saya ada add Kak Ani kat FB... :)

    BalasPadam
  15. Salam Ros.

    Terlambat sikit sampai kemari. Terkenang semasa dulu, banyak dapat hadiah. InsyaAllah biar apapun tanggapan orang terhadap guru percayalah bahawa jasamu tetap akan dikenang.

    BalasPadam
  16. Salam Kak Werdah :)

    Terima kasih atas ingatan :)
    Lambat pun tetap diingati.Saya tak dpt banyak pun kak...maklum la cikgu garang ...hehehe

    BalasPadam
  17. hmm! Betul, ketekunan dan komited dalam segala amalan pasti akan merealisasikan segala impian dan cita-cita

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam