Khamis, 6 Mei 2010

DETIK ITU DATANG LAGI...

Detik itu
Seorang ibu sedang kesakitan
Menanti satu kelahiran
Sanggup berkorban
Walau dalam kesusahan

Detik itu jua
Hati seorang bapa
Resah gelisah
Ke depan salah
ke belakang pun salah
Mundar mandir ke sana sini
Doa dipohon tak pernah henti
Mohon diringankan sakit si isteri

Akhirnya gelisah bapa berlalu sepi
Sakit ibu beransur pergi
Tangis si anak menjernihkan hati
Lafaz tahmid tidak dilupai
Tanda kesyukuran tidak terperi
Atas kelahiran kurniaan Ilahi

Oh ibu
Terima kasih atas kelahiran ini
Ku pohon restu darimu
Agar langkahku sentiasa dalam doamu
Ku tahu
Tanpa restumu
Hidupku tidak akan secerah hari ini

Setiap kali datangnya detik itu
Seringkali mengingatkan aku
Betapa besarnya pengorbananmu
Melahirkan aku
Membesarkan aku
Mendidik aku
Mengasihi aku
Hingga hidup aku kini menjadi secerah mentari

Dari dulu sampai kini
Pengorbananmu tetap tersemat di hati
Terima kasih ibu...
Semoga hidupmu sentiasa di sisi Ilahi.

"Puisi ini saya dedikasikan kepada ibu sempena hari lahir saya. Biasanya, kita sentiasa bergembira menyambut hari lahir, tapi jarang muhasabah kembali pengorbanan ibu yang sanggup menanggung kesusahan demi kelahiran kita pada hari tersebut."

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"


10 ulasan:

  1. Salam..

    Moga kitak sihat..

    Subhana-ALLAH! Ibu adalah ibarat ladang tempat kita menanam benih kebaikan hingga mampu mendatangkan Redha ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Ibu adalah sebahagian dari nafas dalam hidup kita.

    BalasPadam
  2. Salam Ros.

    Pengorbananmu ibu takkan pernah dapat dibalas, kecuali dengan berbuat baik kepadanya dan jangan sekali-kali melukakan hatinya kerana redha Allah atas redhanya.

    BalasPadam
  3. Salam :)

    ABD RAZAK: Alhamdulillah, kamek sihat. Terima kasih atas doa kitak. Harap kitan sama juak, sihat wal afiat.

    Ibulah segala-galanya dalam mencapai keberkatan hidup. Redha Allah teletak pada redha ibubapa.

    BalasPadam
  4. Salam Ros,

    Kasih ibu sepanjang jalan. Untungnya pada mereka yang masih mempunyai ibu.

    Pndang wajah ibu pun dapat pahala apa lagi kalau kita sentiasa menjadi anak yang baikkan.

    Selamat Hari Ibu pada semua ibu-ibu.

    BalasPadam
  5. Salam :)

    WERDAH: Semoga akak sihat selalu...InsyaAllah.

    Betul kak...seluruh dunia pun jika dihadiahkan kepada ibu kita, masih tidak setanding dengan pengorbanan beliau terhadap kita. Besar sungguh jasa ibu.

    BalasPadam
  6. Salam Kak Ani :)

    Harap akak sihat selalu, insyaAllah.

    "Redha Allah terletak pada redha ibu"

    Semoga kita semua masih diberi kesempatan untuk meraih 'title' anak solehah. InsyaAllah.

    BalasPadam
  7. seluruh dunia pun jika dihadiahkan kepada ibu kita, masih tidak setanding dengan pengorbanan beliau terhadap kita....

    BalasPadam
  8. Salam Community :)

    Ya, betul tu. Pengorbanan ibu amat tinggi nilainya. Takkan terbalas jasa mereka dengan apa jua cara pun.

    Apapun kita seharusnya berusaha untuk menjadi yang terbaik buat ibu kita.

    "Redha Allah terletak pada redha mereka"

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam