Tak bernyawa!
Itu yang saya rasakan apabila curahan idea tidak kunjung tiba. Puas dikerah otak untuk mengatur 'bicara' tapi tidak bertandang jua. Apabila berlegar-legar di laman sesawang rakan-rakan ‘blogger’ yang sentiasa hidup dengan pelbagai curahan idea, terdetik juga rasa cemburu di jiwa.
Terfikir juga di hati saya. “Mungkin hati saya yang tak bernyawa, itulah sebabnya ‘blog’ saya tidak bernyawa". Mana mungkin kita masih hidup jika degupan nafas sudah terhenti.
Hati Yang Tidak Bernyawa
Mati
Beku
Kaku
Lesu
Pada saya, empat perkataan inilah yang paling sinonim dengan istilah tidak bernyawa.
Manusia yang mati sudah pasti tidak bernyawa lagi. Degupan jantung sudah berhenti. Tidak akan hidup lagi kecuali pada hari akhirat apabila dibangkitkan untuk dihitung amal mereka.Waktu itu sudah tiada guna lagi kehidupan mereka melainkan orang-orang yang beriman. Golongan ini sudah pasti akan menjadi tetamu Allah di syurga nan abadi.
Bagaimana pula dengan golongan yang satu lagi? Di manakah posisi mereka? Kalau tidak di syurga pastinya ke neraka. Bukankah syurga itu lawannya neraka. Atau mungkinkah berada di antara syurga atau neraka. Mengapa begitu keadaan mereka, tidak seberuntung golongan mukminin dan mukminat.
Semua ini pastinya berpunca dari hati. Hati mereka ini mungkin sudah tidak bernyawa sebelum Izra'il mengambil nyawa. Hati mereka telah mati untuk menerima kebenaran. Kaku lidahnya untuk mengatur bicara ketika berhadapan dengan kepalsuan dan pendustaan. Lantas, lesu pula fizikalnya untuk mengadap Ilahi serta melaksanakan ‘amar makruf nahi munkar’.
Hati yang mati sering dikaitkan dengan hati yang sukar untuk menerima kebenaran. Kebenaran yang pastinya akan mengiringi hidup manusia ke arah jalan yang lurus. Bukan setakat memandu hati kita ketika jasad masih hidup, bahkan turut mengiringi jasad kita yang akan kaku pabila sampai masanya nanti.
Hari ini kita dapati ramai di kalangan manusia telah ‘mati’ hatinya apabila menapis-napis kebenaran yang dibawa. Mana-mana kebenaran itu selari dengan dihidupnya ditimang-ditimang. Sebaliknya apabila didapati kebenaran itu tidak seiring dengan jalan hidup, dengan sewenangnya dibolak balikkan mengikut ‘mazhab’ sendiri.
Mengapa Hati Tidak Bernyawa
Apabila sampai masanya manusia akan menerima kunjungan Izra’il atas arahan Yang Maha Kuasa, iaitu Allah (S.W.T). Tidak sesaat pun Izra’il menangguh-nangguhkan arahan Allah selaras dengan firman-Nya dalam surah Yaasin, ayat 82, maksudnya:
“Sesungguhnya perintah-Nya apabila ia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.”
Begitulah taatnya makhluk Allah yang bernama malaikat dalam menjunjung perintah-Nya. Maka, apabila terpisahnya antara nyawa dan jasad akan matilah manusia.
Hati pula akan mati apabila dicabut nyawanya oleh kekufuran beserta dengan ‘sekutunya’ yang lain iaitu kefasiqan, kebatilan, kemaksiatan dan kejahilan. Dengan kata lain, hati akan mati apabila manusia itu melaksanakan larangan Allah, sekaligus mengingkari perintah-Nya.
Apabila hati telah mati, hati itu akan susah menerima hidayah-Nya. Hati telah diselaputi dengan titik hitam pekat disebabkan oleh kekufuran, kefasiqan, kemaksiatan dan kejahilan. Akibatnya yang kufur akan terus kufur, yang fasiq akan terus fasiq, a’si akan terus dengan perkara maksiatnya dan yang jahil akan terus jahil.
Hati-hati ini sama sekali tidak sudi menyahut seruan iman disebabkan oleh keras, kaku dan lesunya hati mereka ke arah menjunjung perintah Allah. Alangkah malangnya kita sebagai manusia andainya hati terlebih dahulu tidak bernyawa sebelum malaikat Izra’il mencabut nyawa.
Golongan yang hatinya mati diibaratkan oleh Allah sebagai golongan yang lalai, sebagaimana dalam surah al-A’raf ayat 179, Allah telah berfirman dengan maksudnya berbunyi:
“Dan Kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.
Rawatlah Hati
Apabila perut lapar kita akan mencari makanan agar perut yang lapar itu menjadi kenyang. Begitu juga dengan tubuh badan yang sakit perlu dirawat dan dicari ubat agar kesakitan yang dialami akan sembuh.
Hati juga walaupun telah mati, ia juga perlu dijaga, dirawat dan disantapi dengan pelbagai jenis vitamin agar ianya kembali hidup dengan cahaya-cahaya keinsafan, seterusnya sinar iman akan terpancar di jiwa. Maka sya’riat akan terpelihara dengan akhlak-akhlak al-Qur’an.
Antara santapan atau vitamin yang diperlukan oleh hati yang mati ialah:
-Ilmu yang bermanfaat
-Sifat-sifat Mahmudah
-Istiqamah
-Doa
Ayuh sahabat, sama-samalah kita jaga hati kita agar terus hidup dengan amalan-amalan ‘solihat’ agar hati kita terus hidup dengan pancaran keimanan. Insya’Alah, hati yang hidup ini bakal mengiringi kita apabila disapa Izrail pabila tiba saatnya nanti. Ameen ya Rabbal 'Alamin.
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
13.02.2010
11.53P.M
salam,
BalasPadamsedap pula baca kisah "TAK BERNYAWA"
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam
BalasPadamUMMI HUMAIRA: Terima kasih Kak Ummi ...Itulah nyawa saya setelah lama tak bernyawa :) Apapun 'sedap' itu milik Allah.. Tak sedap tu la milik saya. Apapun diharap ada sisi manfaatnya.. :)
Salam..:)
BalasPadamKita perlu menjaga kebersihan hati iaitu yang pertama, adalah bersihkan hati dari syirik. Hal ini boleh dilakukan dengan menguatkan ketauhidan. Caranya pun cukup mudah, iaitu dengan menundukan hawa nafsu.
Kedua adalah membersihkan hati dari kesombongan. Hal ini boleh dilakukan dengan mencuba bersikap rendah hati dan tidak melihat dirinya lebih baik dari orang lain. Dalam hal ini, kita kena selalu memohon kepada Allah agar menumbangkan pohon kesombongan yang tumbuh dalam hati.
Ketiga senantiasa memeriksa hatinya masing-masing dan senantiasa berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah agar hati kita dibersihkan oleh-Nya.
Bersungguh-sungguh untuk membersihkan hati dan bersahabat dengan orang-orang yang baik, juga menjadi dua hal yang harus dilakukan manusia agar hatinya bisa tetap bersih.
assalammualaikum
BalasPadamdalam tak ada idea pun berjaya hasilkan artikel yang menarik
salam Ros Illiyyun
BalasPadamproses mengosongkan sifat mazmumah dan mengisikan dengan sifat mahmudah ke dalam hati benar-benar perlu diusahakan dengan gigih dan istiqamah. tidak boleh dibiarkan setitik menjadi bertitik-titik.. mudah2an kita sama istiqamah mencucu qalbun kita amiin.
Salam ziarah.... Selagi idup rawatlah hati yg beku, kaku, kayu mencambah ilmu, merembes kalbu pilu dgn doa2 syahdu.
BalasPadamSalam Ros,
BalasPadamTakut juga bila Hati Tidak bernyawa.
Terima kasih kerana memberi ingatan yang baik ini.
Kadang2 memang kita beku idea tapi jgn beku jiwa, mati hati...bila jiwa beku, rosaklah diri, hilang cahaya petunjukNya..
BalasPadamSalam ceria semua :)
BalasPadamABD RAZAK: Semoga kita semua tergolong di kalangan mereka yang sentiasa membersihkan hati, lantas menjadikan hati sentiasa hidup dengan keimanan dan kepatuhan terhadap Allah yang Maha Esa.
A KL CITIZEN: Alhamdulillah, masih diberi ruang oleh Allah untuk terus berkongsi idea. Apapun, segala yang baik itu tetap dari-Nya.
WERDAH: Ye, semoga kita sama-sama berjaya mengikis sifat-sifat mazmumah, sekaligus menambah sifat-sifat mahmudah di sudut hati kita. Semoga titik-titik akan menjadi titik, akhirnya menjadi 'zero' :)
MAMAWANA: "Sesungguhnya doa itu senjata bagi golongan mukmin."
KUNANG-KUNANG: Sama-sama kita berdoa ye Kak Hanim agar hati kita sentiasa hidup di bawah naungan cinta Ilahi. Ameen.
UMMU AMMAR: Betul tu Kak...cuma yang saya takut, beku idea tu berpunca dari hati yang tidak bernyawa. Na'uzubillah
Salam Ros:
BalasPadampasti ada hikmahnya kan, Ros.
QASEH:
BalasPadamSalam ukhuwwah :) Terima kasih atas komentar. Betul tu... Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat.