Isnin, 22 Februari 2010

ADA HANTU BERDIRI...

"Ros...ada dengar cerita baru tak?" Tanya A sahabat saya suatu hari.

"Cerita ape lak." Saya tanya kembali.

"Ada 'hantu berdiri' kat tandas belakang. Takut saya nak ke tandas sana lagi." Kata A lagi.

"Ish, mengarutlah. Mana ada hantu siang-siang hari ni."Balas saya.

"Kita tak perlu takut. Mungkin 'hantu' tu nak suruh kita solat kut..." Tambah saya, sekadar dalam hati. Aduh, masih lemah iman saya ni.

Waktu tidak mengizinkan untuk saya menggunakan lidah sepenuhnya ketika bicara langsung itu. Sudah banyak kali saya membicarakan tentang kewajipan bersolat secara 'tunai', bukannya menggunakan 'cek tendang'.


Walaupun hati A sudah menerima isyarat 'tunai' itu, namun anggota badan kepunyaan Allah itu masih belum membuktikannya. Bilakah? Saya masih tertunggu-tunggu saat itu.

Lari Dari Hantu

Kekadang saya pelik dengan sikap sesetengah manusia. Terlampau ditakutinya sesuatu yang sama taraf dengannya, iaitu 'hantu'. Sama taraf yang saya maksudkan di sini ialah "hantu dan manusia" itu kedudukannya sama di sisi Allah. Semuanya sebagai hamba...makhluk...ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.

Saya bukannya menafikan secara total wujudnya 'hantu' iyang dimaksudkan itu. Semuanya kuasa Allah. Ya, mungkin benar, mungkin juga tidak. Dalam al-Qur'an ada disebut tentang kewujudan makhluk halus ini, iaitu dalam surah al-Ahqaaf : 29, yang bermaksud:


"Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu..."


Dalam surah al-An'aam: 130, maksudnya:


"Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri..."


Banyak lagi sebenarnya ayat-ayat al-Qur'an yang menjelaskan tentang kewujudan makhluk halus ini. Begitu juga dengan hadith-hadith. Saya tidak bermaksud untuk menukilkan semuanya kerana topik perbincangan saya hanya memfokuskan kepada solusi yang diambil A ketika berhadapan dengan cerita 'hantu'.


Cuma saya merasa pelik dengan tindakan A. 'Lari dari tempat 'hantu' untuk lari dari berjumpa dengan hantu'. Kenapa perlu bertindak begitu?. Adakah ia satu jaminan bahawa tiada 'hantu' yang akan mengganggu.

Jawapannya pasti TIDAK bukan. Ini kerana 'hantu' hanya akan menjauhi seseorang itu apabila keimanan kuat bertapak di hati. Saya tidak nafikan, kekadang 'hantu' ini akan mengganggu juga walaupun keimanan sudah 'bertapak'. Namun dengan penambahan iman dari sehari ke sehari, InsyaAllah 'hantu' itu tidak akan kekal lama 'bersama' kita. 'Hantu' akan pergi juga.

Isilah ruhani dengan ketakwaan. Kembalikan jasad dan ruh kepada Empunya. Sujud kepadanya, usah ditangguh-tangguh...kerna hanya Empunya yang Maha Tahu bilakah waktunya jasad dan ruh itu akan kekal kembali pada-Nya.

Mauk
Jumpa Hantu


"Ros, kitak mauk pegi sinei." Sapa rakan setugas, Siti dalam loghat Sarawak.

"Kamek mauk jumpe 'hantu berdiri'. Kitak mauk jumpe juak kah?
" Tanya saya sambil tersenyum.

Siti hanya tersenyum. Dia faham maksud saya, hendak ke tandas untuk berwudhuk bagi melangsaikan kewajipan terhadap Yang Maha Esa.


Hanya sekadar itu perkongsian saya. Jumpa lagi!


"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"





13 ulasan:

  1. Salam Ros,

    kak pernah sekali masa sekolah menengah dulu, balik dari sekolah lalu ikut kubur..waktu maghrib pulak tu.. naik basikal memang seramlah.. tiba-tiba nampak seseorang dalam gelap.. ingatkan org betul naik basikal.. bila dah dekat nampak cuma kepala sahaja ada rokok pulak tu di mulutnya.. apa lagi pecutlah basikal tu.. sampaikan lampu picit jatuh tak ambil dah.. termengah2 sampai ke rumah, tak ingat langsung dah fsl lampu picit yg dipinjam. Seminggu baru ingat fsl lampu tu, itupun org lalu di situ yg pulangkan. memang takut sgt.. tp tak tahulah betul ke atau ilusi kak.. tp memang nampak je semasa berselisih tu terus pecut dan jatuh.. masa jatuh tu beg terpelanting termasuklah lampu picit tu.. kalau org mesti dia jerit panggil kak atau tolong ke angkat basikal yg jatuh tu.. kak cuma ambil beg saja.. Cerita ni tak kena mengena kut dgn N3 ros ni.. tp nak tulis juga hehe

    itu dulu, sekarang dah faham dah sikit2 bab jin ni.. tak perlulah takut lagi kepada (hantu) ni.. kena takut hantu yg dlm badn kita.. liat nak g solat sebaik saja masuk waktu.. lebih teruk jika guna "cek tendang".

    BalasPadam
  2. WERDAH:
    Salam Kak...Terima kasih atas komen yang panjang. Boleh jadi satu entri tau :)
    Ada juga pengalaman akak tengok hantu ye. Saya tak pernah tengok lagi...setakat dengar cerita je.
    Betul kak, nak lawan 'hantu' yang dok dalam badan tu susah betul kan..Kena betul2 berjihad dan istiqamah.

    BalasPadam
  3. Salam...

    Menakut-nakutkan adanya hantu adalah bisikan syaitan yang mahu menyesatkan manusia dan boleh jadi gugurnya akidah kerana takut kepada hantu melebihi takut kepada Allah Yang Maha Esa. Awasilah sentiasa perkara ini.

    Udah pandey kitak kakar s'wak owh...:)

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. ABD RAZAK
    Salam...Benar apa yang diperkatakan. Mintak dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada rosaknya akidah, terutama di luar sedar.

    Kamek udah lamak merantau di sitok. Semestinya pandey klakar swak tek. :)

    BalasPadam
  6. assalammualaikum ros

    alhamdulillah saya tak berpeluang lagi berjumpa hantu
    biarlah jangan....
    sebab tak tau lah takut atau tidak

    BalasPadam
  7. Salam Ros
    erm,dulu masa saya kerja kat sebuah sekolah di kira pedalaman kot...anak-anak murid sering berpesan tantang hantu ini dan tempat2 tertentu di sekitar kampung mereka.pulak mereka tahu saya tengah hamil sulong,oh macam-macam yang mereka ceritakan..
    yang akak alami..erm
    apapun semua itu nak uji tahap keimanan kita kepada Allah.sesungguhnya Allah yang maha esa terlalu dekat dnegan kita..insyaAllah,bila kita dekat denganNya.

    BalasPadam
  8. Salam :)

    KL CITIZEN: Terima kasih kak, sudi tinggalkan komen...saya pun tak pernah jugak jumpa hantu, sekadar dengan cerita je. Waktu di kolej dulu,Ustaz pernah pesan, kita ni jangan terlalu takut, jangan pula terlalu berani. Mulut pula jangan cabul. Doa banyak2, insyaAllah selamat. Yang penting santapan ruhani perlu ada :)

    KUNANG2: Kenapa mintak maaf ni Kak Hanim...????

    QASEH MASYITAH: Terima kasih komen. Betul,semua tu adalah untuk menguji keimanan kita kepada-Nya. Kalau kita dekat dengan-Nya, InsyaAllah Dia akan dekat dengan kita. Sama-samalah kita berusaha untuk mendekati Dia. InsyaAllah gangguan-gangguan yang tak diingini akan menjauhi diri kita.

    BalasPadam
  9. Salam Ros,

    Ini mesti kes tak habis taip,

    Mungkin Akak nak beritahu yang akak jarang dapat buat ulasan dalam blog Ros sebab pc akak ni tak tahulah apa yang kurang. Bila ada blog yang ulasannya kena tulis word verification, wordnya tak nampak. Jadi akak tak boleh hantar ulasannya.

    Kalau kebetulan ada laptop baru boleh buat ulasan macam sekarang nipinjaman laptop anak kak ani. Tapi baca boleh.

    BalasPadam
  10. Salam...

    Nanti ada masa dtg ke blog saya ambil hadiah..:)

    BalasPadam
  11. Salam Ros,

    Akak pun ada award untuk Ros, kalau ada kelapangan jemput ke blog kak ani yer.

    BalasPadam
  12. Salam..
    KAK ANI & ABD.RAZAK: Terima kasih atas sokongan dan 'award' .Semoga kita semua mendapat 'award' di sisi-Nya jua. InsyaAllah :)

    BalasPadam