Sibuk
Apakah yang dimaksudkan dengan sibuk...
Bagaimana dikatakan sibuk...
Adakah 'tak cukup masa' dikatakan sibuk
Atau 'tak sempat' itu juga dikatakan sibuk
Atau banyak kerja...
Macam-macam hal...
Kita selalu mengatakan diri kita sibuk
Sibuk dengan kerja
Sibuk belajar
Sibuk berniaga
Sibuk 'meeting' ...
Dan bermacam-macam sibuk lagi
Sebagai seorang guru
Saya juga sangat sibuk
Terutama di awal tahun begini
Sibuk sampai tak cukup tangan
Kita hanya punya dua tangan
Tak macam sotong ada 'lapan tangan'
Kata Saiful Islam :
"Walaupun sotong ada lapan tangan
Kita manusia yang ada dua tangan juga dipilih sebagai khalifah"
Mulianya nilai manusia di sisi-Nya
Tapi jarang kita menyedari...
Kerana sibuk kita lalai terhadap-Nya...
Lalai untuk menggunakan dua tangan kurniaan-Nya ...
Menadah dua tangan memohon ampun dari-Nya...
Menggalas amanah yang ditaklifkan...
Ya Allah ya Tuhan
Bantulah hamba-Mu ini agar 'sibuk' ini akan mendekatkan lagi diri kami kepada-Mu
Moga dua tangan ini mampu menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi-Mu
Ameen...
Apakah yang dimaksudkan dengan sibuk...
Bagaimana dikatakan sibuk...
Adakah 'tak cukup masa' dikatakan sibuk
Atau 'tak sempat' itu juga dikatakan sibuk
Atau banyak kerja...
Macam-macam hal...
Kita selalu mengatakan diri kita sibuk
Sibuk dengan kerja
Sibuk belajar
Sibuk berniaga
Sibuk 'meeting' ...
Dan bermacam-macam sibuk lagi
Sebagai seorang guru
Saya juga sangat sibuk
Terutama di awal tahun begini
Sibuk sampai tak cukup tangan
Kita hanya punya dua tangan
Tak macam sotong ada 'lapan tangan'
Kata Saiful Islam :
"Walaupun sotong ada lapan tangan
Kita manusia yang ada dua tangan juga dipilih sebagai khalifah"
Mulianya nilai manusia di sisi-Nya
Tapi jarang kita menyedari...
Kerana sibuk kita lalai terhadap-Nya...
Lalai untuk menggunakan dua tangan kurniaan-Nya ...
Menadah dua tangan memohon ampun dari-Nya...
Menggalas amanah yang ditaklifkan...
Ya Allah ya Tuhan
Bantulah hamba-Mu ini agar 'sibuk' ini akan mendekatkan lagi diri kami kepada-Mu
Moga dua tangan ini mampu menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi-Mu
Ameen...
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
16 .01.2010 0920 p.m
16 .01.2010 0920 p.m
Salam...:)
BalasPadamDalam kesibukan kita setiap hari dgn tugas dan amanah, maka sibukkan juga mencari redha Allah dgn melakukan segala perintahNYA agar bekalan kita mencukupi utk di sana nanti...:)
Selamat menjalankan tugas
Salam
BalasPadamABD RAZAK Betul tu...antara kesibukan duniawi dan ukhrawi haruslah diseimbangkan. Moga2 kita semua menempuh jalan yang mudah dalam pengembaraan ke akhirat. Ameen.
Salam Ros,
BalasPadamKata seorang kawan akak, dalam kesibukan kalau masih mampu senyum, masih belum cukup sibuklah.
Sibuk, sibuk, sibuk. Kita pendidik ini, awal2 tahun sgt sibuk. Menguruskan hal2 anak2, rumahtangga dan kerjaya sbgai seorg guru...
BalasPadamsalam ziarah...
BalasPadamsaya tertarik dgn entri ini..saya pun sekarang ni sibuk juga..keje2 sek tak pernah habis...sekarang sibuk nak sukan pulak..
assalammualaikum
BalasPadamtapi, saya memang sibuk ni...
sibuk berblog
Salam :)
BalasPadamKUNANG-KUNANG: Nampaknya saya belum cukup sibuk la ye Kak Hanim :)
HJH NAFISAH & FADZILAH : Apa nak buat...dah tugas kan. Semoga kesibukan ini mampu memberi kepuasan dan kebaikan buat semua :)
Salam :)
BalasPadamA KL CITIZEN: Sibuk berblog pun ada manfaatnya andai dipenuhi dengan pengisian yang bervisi dan bermisi. Teruskan berkongsi penulisan yang bermanfaat, teruma pengalaman-pengalaman mahal akak di sekolah ye :)