Ahad, 31 Mei 2015

Saya, Wardina, Yasmin Hani...

Apabila seorang artis, Saudari Yasmin Hani memberi pandangan berkenaan  dengan ketidakwajaran menggunakan rotan dalam pengajaran dan pembelajaran hari ini boleh dikatakan ramai dalam kalangan masyarakat memberi respons negatif. Setiap dari kita wajar untuk bersetuju, atau sebaliknya. Saya  juga ada pendapat sendiri untuk dikongsi. 

1. Saya bersetuju 100% dengan pendapat Wardina. Bagi saya, kalau tidak bersetuju janganlah kita kaitkan dengan 'kekurangan' peribadi Yasmin, kalau ikhlas nak tegur, tegurlah secara 'personal'.

Siapakah kita yang layak untuk menghukum orang lain. Dengan cara hukum menghukumlah sebenarnya orang Islam takut mahu mengikuti Islam,dan orang bukan Islam pula takut kepada agama Islam.
Apakah kita yang sudah bertudung (baca:menutup aurat) sudah dijamin masuk syurga? dan Yasmin Hani yang 'belum'  menutup aurat sudah  'cofirm' masuk neraka?

2.Satu bab lagi berkenaan dengan isu rotan. Sebenarnya dalam Islam sudah jelas tentang isu ini.

Merotan bukan tidak boleh tapi ada adab dan tatacaranya.
-Merotan salah jika dalam keadaan marah
-Rotan jenis apakah yang kita boleh guna
-Bahagian anggota badan manakah yang boleh dirotan
-Waktu bilakah boleh dirotan,apakah jika kesalahan pertama dilakukan anak/murid sudah boleh dirotan. -Apakah murid yang punya kesalahan kecil sudah boleh dirotan?
-Atas kesalahan apakah kita boleh merotan?

Dalam Islam, anak-anak dibenarkan dirotan (dalam hadis digunakan lafaz 'pukul') apabila mereka berumur 10 tahun (bukan 7 tahun), itupun atas kesalahan enggan bersolat. Kenapa Islam membenarkan rotan jika tidak bersolat. Ini kerana solat itu mencegah diri dari melakukan perkara mungkar dan maksiat. Dengan solat segala salah laku, salah kalam dapat dihindarkan. Solat merupakan rukun kedua selepas mengucap shahadah, solat juga perkara pertama di tanya di akhirat kelak. Pengakhiran hidup kita juga, diwajibkan kita disolatkan. Besarnya kesan solat di dunia mahupun di akhirat.

3. Saya turut tidak bersetuju apabila artis ini dilarang menegur kerja buat guru semata-mata kerana atas alasan Yasmin Hani bukan guru. Bukankah tugas tegur menegur (baca: berdakwah) ini diwajibkan ke atas setiap orang Islam. Nabi sendiri ada bersabda, bunyinya (maksud): "Sampaikanlah dariku walau 1 ayat."

Kita renungkan juga kata-kata Imam Hasan al-Basri:

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu , bukanlah bererti aku yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku jua pernah melampaui batas untuk diri sendiri, sendainya seseorang itu dapat menyampaikan dakwah apabila diri dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang beri peringatan" -Imam Hasan Al Basri-

Tidak kira siapakah kita, kita wajib terima teguran dari sesiapapun, kita yang ditegur berhak untuk setuju atau tidak. Berlapang dadalah terima teguran. kalau kita ditegur tidak menunjukkan kita bermasalah, kalau kita menegur pula bukan bermakna kita ini sempurna, sampai bila pun kita tidak akan mampu menegur jika menegur itu syaratnya sempurna, atau bersyarat sesama golongan. Apapun teguran juga ada tatacaranya, serta wajib berhikmah.

Sekadar pendapat seorang guru kerdil, masih hijau pengalaman, ilmu sangat kurang, kesalahan juga sentiasa berulang dalam mengajar dan mendidik. Tegurlah saya jika tulisan saya tiada kebaikan apapun, banyak kesilapan. Sebaliknya jika ada kebaikan, sekalipun secebis semuanya adalah dari Allah, Tuhan sekalian alam. Doakan saya agar sentiasa dapat bimbingan Tuhan dalam mendidik anak-anak syurga.


"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH"

4 ulasan:

  1. Penggunaan rotan saya tak pasti tapi pendidikan secara hukum anak dengan sikit pukulan saya setuju.

    Saya dulu pukul anak dengan tangan jika marah dgn peebuatan mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan,

      Rotan atau pukul tiada masalah selagi tidak melanggar syariat yang digariskan Islam.

      Padam
  2. Pada saya rotan sedikit di betis itu tidak mengapa dan bukan dalam keadaan marah. Semasa darjah 2 sata pernah di tempeleng di pipi hingga berbekas oleh guru lelaki kerana tersilap buku. Hingga hari ini sedih masih terasa. Mungk7n kalau dirotan sedikit saya taklah rasa sedih begitu sekali.

    BalasPadam
  3. Saya juga tidak setuju kalau ditempeleng. Sakit sebenarnya kena tempeleng, bukan sakit di pipi aje, tapi sakit rahang, sakit gigi sampai naik ke kepala, apatah lagi yang kene tempeleng itu fizikalnya kecil, 'penempeleng' pula, 'orang tua'.Aduh, sakitnya.

    Dalam Islam, syariatnya cukup sempurna, sebab itulah apa-apa penyelesaian dalam kehidupan haruslah merujuk kepada Islam.

    BalasPadam