Kaya atau
miskin
celik
atau buta
cerdik
atau jahil
cerah
atau gelap
raja atau
rakyat
bos atau
kuli
kita di
bandar, atau di ceruk kampung
melayu
atau apa bangsa pun...
Kita ini
sama sahaja
Tiada
yang membezakan...
melainkan
TAQWA semata...
Ada
hikmahnya kenapa Allah jadikan dalam kalangan kita pelbagai bangsa, warna kulit
yang berbeza, tatacara hidup berbeza.
Bangsa
tidak boleh ditukar, pegangan agama seseorang itu yang boleh berubah-ubah jika
iman tidak dijadikan sebagai asas yang kukuh dalam kehidupan.
Sesungguhnya
manusia itu adalah sama, yang membezakan antara kita tidak lain dan tidak bukan
hanyalah TAQWA.
Allah
telah berfirman, (maksudnya):
"Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu)." (Al Hujurat:13)
Hidup
akan aman sentosa jika kita saling menghormati sesama kita.
Rai
kesamaan
hormati
perbezaan.
Hidup
pasti akan tenang.
Siapakah
kita?
Kita
semua hamba...
yang
sentiasa terikat dengan pahala dan dosa.
Hanya
amalan yang menjadi penentu siapa kita di sisi DIA.
Kita
semua serupa...
Hanya
TAQWA yang menjadi pembeza.
Selamat
Hari Malaysia
Bangga
jadi anak Malaysia.
Sangat
bersyukur menjadi hamba ALLAH, Yang Maha Mencipta.
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH"
Dan akak amat bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslim. Alhamdulillahi robbil 'alamin.
BalasPadamAssalamualaikum akak...
PadamTerima kasih datang ke sini.. salam ukhuwwah :)
Alhamdulillah, kesyukuran bukan sahaja dilafazkan bahkan wajib dibuktikan dengan amal soleh wajib dan sunat. Allahu Akbar.
Terima kasih :)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamYang tidak sama adalah keperibadian dan amalan.
BalasPadamperibadi yang baik di sanjungi manusia. amal yang baik disanjungi Allah.