Sikap ibu itu memang melampau.
Walau sikap ibu ini melampau mendera anaknya, janganlah kita juga turut
melampau menghina, menyumpah seranah, menghentam bagai si pelaku,
seolah diri kita maksum dari melakukan dosa, tidak pernah zalim pada diri apatah lagi zalim pada pencipta diri.
Macam-macam kata nista yang keluar, sehingga ada juga melampaui hukum
hudud. Sedih, bila ianya turut datang dari mulut-mulut yang comel yang
bergelar ibu bapa kepada ummat nabi Muhammad.
'Perbuatan' ibu
ini memang keji, 'perbuatan' ini memang wajib dihentam, ditegah.Tapi
janganlah pula kita mencabul lidah kita dengan menyumpah seranah,
membabi, menganjing, menghina, mencarut bagai si pelaku.
Mencegah yang mungkar bukan caranya dengan melakukan kemungkaran sama (dengan lidah).
Insaflah wahai hati ...hati saya dan hati kita semua.
Apa yang ALLAH tunjukkan ini bukan bahagian dia sahaja, bukan bahagian
pihak berkuasa sahaja. Tetapi kita juga ada bahagiannya. Pasti ada
sesuatu yang ALLAH ingin bisikkan untuk kita juga.
#Ya
ALLAH ya Hadi, tunjukkan kebenaran kepada ibu ini dan buat kami semua
dalam menongkah dunia yang semakin mencabar, dunia yang semakin banyak
terdedah dengan fitnah.
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH"
Kalau betul kita lihat sendiri si ibu mendera anak, memang kita patut membenci sikap itu. akan tetapi kalau sekadar mendengar dari khabar orang kita perlu selidiki.
BalasPadamBetul, elakkan bercakap hanya mengikut perasaan semata-mata.
PadamIbu yg mendera anak itu sebenarnya mengalami gangguan emosi. Tiada seorang ibu pun di dunia ini yg sanggup mendera anak.
BalasPadamSaya setuju. Manusia yang normal tidak akan tergamak mendera anak sendiri.
Padamkata2 ibu adalah doa buat anak2, semoga kita terus diberikan kekuatan iman untuk mendidik anak2 menjadi yang soleh dan solehah..salam ukhwah.
BalasPadamSalam ukhwah dari saya juga. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa kita, apatah lagi di bulan yang penuh barakah ini. Aamiin.
Padam