Assalamualaikum
Salam mesra pembuka bicara
Khusus buat rakan semua...
Sudah lama tidak bersua…
Sudah lama tidak menyapa…
Sudah lama tidak mencoret kata…
Aduh,
Segan…canggung datang menyapa…
Malu juga tidak terhingga…
Kepada teman bual bicara...
Laman ada, membisu tanpa suara...
Kerja datang bertimpa-timpa…
Membuat aku terpinga-pinga…
Mana satu mahu disegera…
Akhirnya kerja lebih kuterpa…
Hingga blog seakan dilupa…
Walau kerja menjadi utama…
Leka, alpa bergabung jua…
Masa juga turut ku sia…
Akhirnya laman seperti sia-sia…
Terima kasih dari saya
Atas kesudian yang masih menyapa…
Maaf jua kupinta …
Andai ada tersinggung terasa…
Allah…
Pandulah aku dalam merungkai kata…
Manyambung dakwah Rasul Mulia
Tiada apa yang kudamba…
Melainkan redha-Mu semata-mata…
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
Wa'alaikumussalam Ros
BalasPadamSemoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT
Alhamdulillah kembali meluahkan rasa di sini.
Didoakan agar Ros sentiasa diberikan kemudahan dalam setiap urusan. Amiin
Salam Makcik :)
PadamAlhamdulillah,saya sihat.Saya doakan Makcik sekeluarga sejahtera selalu.
Sokongan Makcik menjadi pencetus 'kerajinan' saya.InsyaAllah :)
Assalamualaikum...
BalasPadamMoga kitak sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT...aamiin
Lamak juak kitak menyepi, gago ngan kerja sekolah owhhh..
Selamat bercuti..mun balit kampong moga Allah permudahkan perjalanan kitak...aamiin
Walaikumussalam,
PadamDidoakan agar kitak juga sentiasa dalam 'rahman' dan 'rahim' Nya.
Bukan setakat kerja sekolah,kemalasan juga kerap melanda :)
Terima kasih, sedang bahagia di kampung halaman,Alhamdulillah :)
ya, hidup ini pasti indah jika segalanya keranaNYA... tapi kita selalunya alpa hanyut kerna donia
BalasPadamSelamat kembali Ros :-)
Assalamualaikum Ros...
BalasPadamKembali menyapa Ros... :-)
Assalamualaikum...
BalasPadamKembali menyapa Ros... :-)
Semoga dipermudahkan segala olehNYA
Waalaikumussalam Nae :)
PadamSemoga Nae juga dipermudahkan Allah dalam segala hal.Ameen :)
Assalamualaikum ros,
BalasPadamDulukan mana yang perlu didulukan. Selamat berblog kembali.
Waalaikumussalam Kak Ani :)
BalasPadamPentingkan yang lebih penting daripada yang penting :)