Mati itu kian mendekat...
Namun masih ramai yang liat
Menyembah Allah, mengadap kiblat
Mengingati akhirat, mencapai berkat
Mati itu kian mendekat...
dosa juga semakin memekat
maksiat pula dirasakan sedap
pahala menanti tak mahu dekat
umpama hidup langit ditongkat
Mati itu kian mendekat...
Izrail menanti tak dapat disekat
Walau seminit, walau sesaat...
Sementara hidup hendaklah beringat
kelak di akhirat hidup selamat
Mati itu kian mendekat...
Hidup di dunia perlu dimanfaat
agar tenang di hari kiamat
wahai kerabat jua sahabat
Sama-sama kita bertaubat
Menghadap Allah Yang Maha Hebat.
Bahagia di dunia jua di akhirat
InsyaAllah semua selamat...
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
Salam kitak..:)
BalasPadamMoga kitak sihat hendaknya dalam menjalankan tugas seharian..
Semakin hari semakin terkumpul dosa menggunung, bagaimana layak pulang ke hadrah Yang Maha Agung.
Amalan masih banyak yang perlu ditampung, sedangkan usia semakin menuju angka 'kosong'.
Orang yang beruntung adalah orang yang bisa menjadikan keghaiban hari esok sebagai hidangan bagi hatinya.
Salam Ros,
BalasPadamTerima kasih atas peringatan.
Kita memang kena diingatlah selalu bahawa mati semakin hampir semoga dengan ingatan itu kita semakin mendekatkan diri kepadaNYA.
Semoga Ros sihat sentiasa dan dirahmati Allah sentiasa.
bila mengingat mati ni memang meresahkan, sebab amal tak seberapa
BalasPadamterbaru dari saya : resah sentiasa akan menggigit
bila mengingat mati ni memang meresahkan, sebab amal tak seberapa
BalasPadamterbaru dari saya : resah sentiasa akan menggigit
Salam Ros
BalasPadamSangat membimbangkan, bagaimana harus hadapinya nanti.
Inginkan kematian yang lazat tapi dah terpenuhkan iman di dada, tertingkatkah sehari demi sehari.. o bimbangnya..
Terima kasih atas peringatan ini dan memang kita seharusnya selalu ingatkannya.. Amti yang pasti
Salam :)
BalasPadamABD RAZAK:Alhamdulillah, kamek sihat seadanya.
Semoga kita juga tergolong dari kalangan orang yang beruntung itu...insyaAllah.
Terima kasih, ungkapan kata yang menarik :).
KAK ANI: Alhamdulillah saya sihat sokmo. Moga Kak Ani begitu juga, di samping rahmat-Nya.
Ye, mati semakin menghampiri diri kita. Semoga ruang masa yang ada ini mampu mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya. InsyaAllah.
Terima kasih kembali :)
Salam :)
BalasPadamKAK NORMAH: Semoga amal kita semakin meningkat dengan mengingati mati. InsyaAllah.
KAK WERDAH: Mati itu lazat bagi yang berpegang teguh kepada tali-Nya.
Semoga kita semua lebih dekat dengan-Nya, seterusnya menemui 'kematian yang lazat'. InsyaAllah
Terima kasih kembali Kak :)
persiapan tak banyak mana lagi pun...
BalasPadamterbaru dari saya : tidak pandai berniaga