Rabu, 30 Jun 2010

"TAK BOLEH QADHA' KE CIKGU..."


"Cikgu!!!..."

"Ya bik..." Jawab saya tergesa-gesa.

Saya hanya punya kurang 30 minit untuk berwudhuk dan bersolat Asar. Selepas itu saya perlu melangsaikan amanah terhadap anak didik di Tahun 3 Cemerlang. Hari Selasa jadual hampir penuh. Masa 'free' hanya cukup-cukup untuk berwudhuk dan solat.

"Cikgu, saya nak tanya ni..."

Bibik Julia berketurunan Jawa merupakan salah seorang 'cleaner' di sekolah tempat saya menabur bakti.

"Tanya ape ye."

"Boleh tak kalau kita tak solat zohor sekarang, qadha' pada waktu Asar nanti..." Bibik Julia mohon kepastian.

"Maksud bibik?"

"Macam ni, bibik tak solat zohor sekarang sebab kotor. Balik rumah nanti bibik solat lah. Bibik solat asar dulu, lepas tu bibik terus qadha' solat zohor. Bibik ni kerja bersih membersih...tak yakin. Tengok ni...bibik masuk tandas. Kan ke kotor ni..."

"Saya pun masuk tandas juga bik." Dalam keadaan terburu-buru saya perlu juga melayan soalan bibik, atas dasar menghormatinya sebagai yang lebih tua. Lagipun soalan yang dilontarkan berkaitan dengan kewajipan khusus terhadap Allah taala.

"Selagi tiada najis pada badan, pakaian dan tempat solat tiada masalah untuk kita bersolat." Penerangan disambung seringkas mungkin.

"Oh..." Bibik Julia mengangguk tanda faham.

"Tak boleh qadha' ke cikgu?"

"Solat diperintahkan oleh Allah untuk mengerjakannya secara tunai...melainkan kalau kita ter..."

"...tertidur, terlupa..." Sambung bibik tanpa sempat saya menghabiskan ayat terakhir.

Alhamdulillah bibik sudah faham sebenarnya. Mungkin disebabkan senario kebiasaan mengqadha' solat tanpa sebab yang kukuh di sini menyebabkan ramai yang jadi keliru tentang kewajipan tersebut.

Mungkin hati bibik terbuka untuk bertanya apabila melihat saya dan beberapa orang rakan sekerja sering mengejar waktu solat dalam masa yang begitu semput. Moga dakwah bil hal ini dapat mencerahkan minda yang berfikiran sedemikian.

Sekian...

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"

11 ulasan:

  1. Salam kitak..:)

    Moga kitak sihat..kamek sihat jak tok alhamdulillah..

    Heran juak kamek, kitak salu madah senario kebanyakan orang Sarawak yang terbiasa meng'qadha'kan solat, dan ada kawan madah di sekolah selalulah nangga keadaan seperti yang kitak madah. Kamek tok sik penah nangga dan nemu. Maybe kamek tok kerja sendiri & sik bercampur dgn perempuan, so siklah tauk gilak. Mun urang laki tok jarang kamek nangga dan nemu.

    Sik mendalami ilmu tok yalah susah orang Islam kita, tauk meng'qadha' tu boleh tapi sik tauk dalam situasi camni boleh qadha. Ambik mudah jak...Allahu akhbar

    Mudah-mudahan mereka ni Allah lapangkan dada dan insaf atas kesalahan dan kembali ke jalan yang diredhaiNYA..

    Wassalam..:)

    BalasPadam
  2. Salam :)

    Terlebih dahulu saya minta maaf andai 'statement' saya tentang 'kebanyakan orang Sarawak...' tidak menyenangkan hati orang Sarawak.(Saya dah 'edit' ayat yang berkenaan :)

    Saya tidak bermaksud untuk mengatakan orang di tempat lain sempurna semuanya solat mereka. Bagi saya di mana-mana sahaja tempat yang kita pergi akan ada 2 unsur iaitu: baik dan jahat.

    Walau bagaimanapun sepanjang saya berkelana di beberapa buah negeri, di Sarawak lah saya jumpa istilah 'qadha' tanpa alasan yang sepatutnya. Bukan sedikit, bahkan ramai yang terbiasa sebegitu.

    Contoh yang paling jelas ialah di sekolah saya sendiri. Hanya separuh daripada guru yang mengajar sesi petang mengerjakan solat secara tunai. Jumlah ini tidak termasuk staf yang bukan guru. Daripada separuh yang 'tunai' itu pula, kebanyakannya adalah guru dari Semenanjung.

    Masalah yang dihadapi ini bukan sahaja melibatkan guru/staf perempuan sahaja tetapi melibatkan kedua-dua gender. Bukan sahaja di sekolah saya sahaja, tetapi juga di tempat-tempat lain. Hasil dapatan ini saya risik dari sahabat-sahabat saya yang bekerja di sekolah/tempat lain.

    Saya pernah mengutarakan masalah ini kepada sahabat saya yang bekerja sebagai salah seorang pegawai di JAIS. Jawapannya memang 'YA'. Masalah qadha' solat ini merupakan satu kebiasaan yang mana agak sukar untuk dikikis dari minda mereka.

    Walau bagaimanapun, kita tidak boleh membiarkan masalah ini terus berkudis.Dakwah yang berterusan amat diperlukan supaya generasi akan datang tidak mengambil remeh tentang persoalan solat ini.

    Apa yang dapat saya dan sahabat lakukan di sekolah adalah dakwah bil hal. Selebihnya saya akan tegur secara berhikmah mana yang patut dan termampu sahaja. Tapi usaha dengan lisan agak terbatas. Bukan mudah menggunakan lisan, kerana banyak hati yang terasa walaupun teguran itu tidak lain hanya untuk kebaikan semata.

    Sama-sama kita doakan agar terbuka hati mereka untuk memahami erti solat secara hakiki. Wassalam.

    BalasPadam
  3. Salam kitak..:)

    Kamek sik kecik hati dengan statement yang kitak utarakan sebelum tok berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman kitak selama berada di negeri sarawak tok.

    Mun hakikatnya memang macam tu, kita tidak boleh nak berkecil hati dan perlu akur dengan apa yang sebenarnya berlaku. Baruklah kamek tauk nang urang sitok suka meng'qadar'kan solat rupanya.

    Terima kasih kitak, kelak kamek cuba juak nak polah N3 tentang perkara tok.

    Mudah-mudahan Allah bukakan hati mereka untuk mengutamakan solat dalam kehidupan mereka.

    Maafkan kamek...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Salam kitak...

    Sikda apa yang perlu dimaafkan. Sekadar bertukar pendapat sikda masalah. 'Statement' ya tek memang mok di 'edit' sewaktu penulisan entri tuk tapi sikda 'perkataan' yang sesuai.

    Nei tauk bertukar pendapat tok dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi.

    Sebenarnya banyak lagi pengalaman kamek tentang 'solat' selama kamek di situk. InsyaAllah akan dikongsi dari masa ke semasa.

    Terima kasih atas segala komen kitak ya...Jazakallah.

    BalasPadam
  6. Just curious, I won a nominal sum of money because my employer created a hostile work environment that led to my resignation. I was given an award of compensatory damages; I am curious do I need to pay taxes on this award?

    BalasPadam
  7. Kamek tok sik penah nangga dan nemu. Maybe kamek tok kerja sendiri & sik bercampur dgn perempuan, so siklah tauk gilak. Mun urang laki tok jarang kamek nangga dan nemu.

    BalasPadam
  8. ramai bibik yang berfikiran begitu...
    yang bukan bibik pun ada juga

    BalasPadam
  9. Salam :)

    A KL CITIZEN

    Itulah realiti yang berlaku di hadapan mata saya. Sungguh, saya sangat sedih menghadapi situasi ini setiap hari...

    Saya doakan agar hati-hati mereka sentiasa dilimpahi hidayah dari Allah. Ameen.

    COMMUNITY: Kenapa ye di'copy' ayat:

    "Kamek tok sik penah nangga dan nemu. Maybe kamek tok kerja sendiri & sik bercampur dgn perempuan, so siklah tauk gilak. Mun urang laki tok jarang kamek nangga dan nemu."

    BalasPadam
  10. Salam Ros

    Alhamdulillah hari ini dapat kunjung ke sini.

    BalasPadam
  11. WERDAH :)

    Salam Kak :)

    Terima kasih ye Kak. Dah lama tak tengok akak...harap sihat selalu ye!

    BalasPadam