Jumaat, 14 Oktober 2011

SAYANG BAGI MEREKA

Anak-anak bakal pemimpin agama dan negara

"Saaaaaaaaayang Shanol..." 

Kata-kata manis ini diucap oleh saya dan murid-murid apabila Shanol, seorang murid tahun 1 dapat menjawab soalan yang diberikan.

Hanya Thalhah yang tidak mengungkapkan kata-kata semangat itu. Wajah Thalhah kelihatan malu-malu kucing.

"Kenapa Thalhah ...awak diam aje?" Tanya saya, pura-pura tidak tahu.

"Thalhah suka Shanol la ustazah..." Suara ramai menyahut.

"Suka Shanol? Suka macamana tu..." Ustazah itu berpura-pura lagi, sambil mengerutkan dahi seribu.

"Sayang..."

"Habis kamu tak sayang ustazah ke?

"Sayang lah..."

"Jadi...samalah kan..."

"Tak sama ustazah..." Sambil mengeleng-geleng kepala.

"Tadi kata Thalhah sayang Shanol ...sayang macamana..."

"Erm...cinta lah ustazah..."

"Cinta tu macamana ye..." Entah, sudah berapa kali guru bahasa Arab itu berpura-pura.

"Cinta lelaki dengan perempuan..." Jawab seorang murid.

Sebenarnya bermacam-macam lagi jawapan yang diutarakan, tapi cukuplah fakta yang sangat penting saya kongsikan di sini.

"Lelaki dengan lelaki macamana pula?" Saya terus berpura-pura seakan tidak memahami erti cinta pula.

"Itu gay.." Jawab Gabril.

Gulp...Guru itu terpana seketika, sebelum memberi ceramah yang bertajuk "Erti Cinta Yang Sebenar  :)



"Hidup Ini Indah jika segalanya kerana ALLAH"

9 comments:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum ustazah..

Moga kitak sihat sejahtera hendaknya dengan izin~Nya..

Dapat digambarkan bahawa pelajar tahun 1 pun dah tahu erti cinta sesama manusia...Allahu Akhbar dah pandey bergerek kata urang sarawak..

Ros Illiyyuun berkata...

Waalaikumussalam...

Alhamdulillah, sihat.

...nang pandey :)

aku HIV positif berkata...

assalamualaikum,
pengetahuan anak2 kita zaman IT kadang2 sungguh luar jangka!
cabaran mereka sangat berat.
kawalan kita sebagai ibu bapa/ guru pula semakin longgar dan memerlukan usaha yang berlipat kali ganda.

insan_marhaen berkata...

semasa ibu_suri masih mengajar di kelas Cepat Membaca, ada muridnya yang pamdai menyebut perkataan yang selalu dipaparkan dalan klip video 'biru'.

bila ditanya, rupanya dia selalu menonton bersama pengasuhnya!

Ros Illiyyuun berkata...

Walaikumussalam :)

AHP:

Benar kata AHP. Pendidikan agama asas utama dalam pembentukan akhlak.

Penggunaan ICT pula perlu dipantau sebaik mungkin agar anak-tidak mudah dipengaruhi oleh anasir yang 'melangakan'.



IM:

Ibubapa juga ada menonton cerita yang tidak sepatutnya di hadapan anak-anak. Mereka mungkin fikir budak-budak tidak tahu apa-apa. Aduhai...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ros

Dengan perkembangan teknologi kini, kenalah ibu bapa ambil perhatian yang serius. Sangat mudah anak-anak ekses laman-laman yang tak senonoh dengan hanya menaip je di googles..

Risau kan.

luahfikiran berkata...

SALAM,

LETAKKAN CINTA KITA KPD ALLAH YANG TERATAS. APABILA KITA SAYANG KEPADA ALLAH , ALLAH AKAN MENYAYANGI KITA. DGN SENDIRI, HUBUNGAN KITA SESAMA MANUSIA AKAN TERPELIHARA

a kl citizen berkata...

budak-budak sekarang memang advance

TwIstiEs*meSti Mau* berkata...

ish..budak2 ni..kecik2 da pandai dah..kasi potong baru tau(bersunat)..hahhaa